Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, March 7, 2014

"Biduk Lalu Kiambang Pun Bertaup"

NAJIB AKAN BERDEPAN DENGAN TSUNAMI REFORMASI 2.0





Tenang dan masih boleh melemparkan senyuman ... suatu kelebihan yang amat jarang ada kepada pemimpin lain terutamanya dari kalangan kelompok UMNO/BN.

Lima belas tahun lalu pada 1998, Kuala Lumpur dibanjiri dengan demonstrasi jalanan hampir setiap minggu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana tuduhan meliwat dan salahguna kuasa.
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang. – Gambar fail.Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang.
Tidak berapa lama sebelum itu, Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hampir setiap minggu selepas 20 September 1998 – hari anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merempuh rumah Anwar dan menahannya – Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dibanjiri dengan rakyat yang menuntut pembebasan Anwar.

Malaysia yang pada ketika itu berdepan dengan krisis ekonomi dikejutkan dengan budaya baru demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Walaupun tidak berjaya menjatuhkan Dr Mahathir sepertimana rakyat Indonesia menjatuhkan Jeneral Suharto, peristiwa 1998 menjadi pemangkin kepada kerjasama politik erat parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang hari ini bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dr Mahathir menggunakan polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat namun ianya tidak mampu mematikan kebangkitan politik dan menyaksikan parti-parti pembangkang menjadi semakin kuat.

Seperti “dejavu” semalam Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 1998.
Mahkamah Rayuan juga menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar, tetapi membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.
Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang? – Gambar fail.Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang?Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sekuat Dr Mahathir di zaman pemerintahannya.

ISA sudah dimansuhkan dan PR menguasai tiga negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta mendapat undi popular sebanyak 51% dalam PRU13.

Dalam erti kata lain, penyokong Anwar lebih tersusun dan ketua pembangkang itu mempunyai dana daripada tiga negeri untuk menyokong gerakan politiknya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membayangkan akan berlakunya "Reformasi 2.0" sebagai bantahan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
"Apa patut kita buat? Kita patut lawan.. hendak turun jalan raya? Orang yang zalim, yang rasuah, perompak penjenayah, tidak boleh dijatuhkan melalui pilihan raya. Ianya hanya boleh dijatuhkan dengan demonstrasi jalan raya," kata Azmin yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak di Kajang malam tadi.

PKR yang sedang mengalami krisis politik akibat pertembungan Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali bersatu dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar semalam.
Jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, penyatuan PKR akan menjadi semakin kuat dan Malaysia sekali lagi akan menyaksikan demonstrasi besar-besaran setiap minggu sehinggalah ketua pembangkang itu dibebaskan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang akan melawat Malaysia pada April ini akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi krisis politik Malaysia dan ini akan menyukarkan Najib untuk menjawabnya.
Mampukah Najib berdepan dengan semua ini pada ketika beliau sendiri tidak disokong kuat oleh Umno dan BN, tidak seperti Dr Mahathir pada 1998.

1 comment:

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK