Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, March 10, 2014

Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?



Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.

Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.

Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.
 

Waktu yang cukup mengembirakan pada petang Jumaat tersebut. Esoknya sabtu cuti. Banyak kerja2 rumah tertangguh. Rumput halaman sudah lama panjang terbiar. Berhajat juga nak mesin walau pun hampir kering dek kemarau. Dalam waktu berangan2 untuk tugasan hari esok, handphone pulak berbunyi. Ada pesanan sms masuk. " Anwar bersalah dan dihukum 5 tahun penjara" Cepat2 saya buat carian melalui internet. Kes ini terlalu bercelaru. Mahkamah Tinggi membebaskan sebelum ini. Mahkamah Rayuan pulak yang menghukum. Karpal berhujah kenapa tidak merujuk lapuran perubatan dari doktor2 pakar. Doktor sebelum ini melapurkan tiada sebarang tusukan ke buntul Safool. DNA Anwar bersama2 DNA yg tak tidak dikenal pasti dijumpai dlm buntut Saifool. Sapa pulak yg masukan kalau tak ada tembusan zakar.....Macam2 terjadi sewaktu hari penamaan calon hampir tiba. Papagomo kalah saman memfitnah Anwar dlm kes Saifool. Tiba2 Anwar pulak yang dipenjara. Lagi keliru dan bercelaru,..Macam ada sesuatu peristiwa besar yg telah dirancang.

Lepas magrib terus ke Sg Sekamat untuk sama2 penduduk  Kajang mendapat kesahihan musibah.Ramainya orang sampai melimpah jalan2 utama. Rakyat cukup marah. Laungan keras Reformasi berkumandang semula. Pimpinan PR berucap termasuk DS Anwar. Pagi selepas subuh terus mengadap komputer untuk mendapat berita2 dari sesawang blogger yg lain. Tiba2 satu berita tergempar terbaca " Penerbangan MAS hilang"

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.

Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.

Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?

Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.

Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.

Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.

Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam? Atau sekadar untuk pertunjukan pameran LIMA di Langkawi ?

Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.

Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?

Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.

Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.

Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...

Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.

Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.

Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.

Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.

1 comment:

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK