Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, September 7, 2012

RANTAU Kawasan MB NS Semakin Terancam





Ribuan rakyat Negeri Sembilan hadir ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Rantau (kawasan DUN yang diwakili MB NS).Angin perubahan makin kencang bertiup di bumi Negeri Sembilan! Jom jatuhkan BN.
 
 

Sebelum itu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.
 
Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M. 
 
Maksudnya ialah UMNO BN akan berkubur apabila rakyat sudah celik mata dan memilih Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Putrajaya.

Dalam erti kata lain juga, Mahathir cuba mengugut agar rakyat memilih BN lagi untuk PRU akan datang ini.

Mahathir tahu bahawa kerosakan yang telah dilakukan pemerintah UMNO BN terhadap rakyat dan negara ini terlalu teruk, dan dengan sebab itu rakyat tidak akan lagi memberi peluang kepada UMNO BN memerintah jika PR berkuasa kerana nanti rakyat dapat membezakan "keadilan" kerajaan PR sepertimana yang telah ditunjukkan di negeri-negeri ia sedang berkuasa seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Mahathir resah gelisah segela kebobrokan pemerintahan UMNO BN akan terbongkar apabila PR berkuasa, terutama kekejaman dan kezaliman yang bermula di era pemerintahannya sendiri. Menganaktirikan pembangunan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dengan merembat royalti kerajaan-kerajaan negeri tersebut melalui penghapusan Perjanjian royalti dengan menggantikan wang ehsan.

Pembelakangan konsep "federalisma" yang dilakukan bermula di era pemerintahannya sudah pasti akan ditamatkan dan ini cukup meresahkan Mahathir dimana beliau boleh didakwa di mahkamah dan dihukum lantarannya.

Dan banyak lagi penyelewengan serta salahguna kuasa oleh pemerintahan UMNO BN akan terbongkar sebaik saja ia turun dari takhta yang menyebabkan tak mungkin lagi UMNO BN dapat bernafas di dalam gelombang "kebenaran dan keadilan" yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Dan Allah pun telah berfirman:

“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap” ( Al-Israa’:81)

No comments: