Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.
“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.
Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.
Menyalahi undang-undang
“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.
Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.
“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”
Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.
Sesiapa sekali pun
“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.
“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.
"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
ULASAN: Apa jugak niat yg tersirat atau yang tersurat Khairy....itu perkara no 2. Tetapi sepatutnya UMNO BN seharusnya bersama2 dlm himpunan ini. Kerana sebelum ini ada jugak pimpinan mereka mengkritik SPR sewaktu beberapa siri pilihanraya sebelum ini.
Dan kalau benar SPR ini adalah badan bebas seperti yang pernah mereka laungkan, kenapa berkeras sangat hendak menghalang himpunan ini. BERSIH & rakyat cuma berhadapan dengan SPR atas ketidak puasan pihak SPR mengendalikan sistem pilihanraya sebelum2 ini, disamping memberi beberapa idea & pandangan untuk menambah baik sistem tersebut.
Rakyat dan wakil2 parlimen telah membuat bantahan & pandangan dengan tertib mengikut saluran yg ditetapkan. Telah terjumpa beberapa bukti senarai pengundi yg bertindih, yg telah meninggal dunia dan senarai pengundi hantu dan pernah dihukumkan mahkamah oleh hakim Kamil membatal kemenangan Yong Teck Lee di Sabah kerana kemenangan menggunakan projek KDN & pendaftaran mencipta kad pengenalan untuk warga asing. Ada mereka kisah bantahan & lapuran tersebut...???
Sekiranya Umno BN bising dan beriya-iaya sangat membantah dan menghalang BERSIH ini. Telah ketara sangat bahawa SPR bukanlah badan bebas seperti yg diwar-warkan. Sesungguhnya dan sememangnya SPR, SPRM, Hakim, Polis adalah dibawah ketua yang sama yang diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bosnya tetap boas yg sama - Dato' Najib Razak.
No comments:
Post a Comment