Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, February 28, 2010

Anai-anai dalam PR Mencuba & Menagih Nasib Dgn Umno


Terkini - 28hb Feb 2010

Bekas Adun PKR Penanti Fairus menagih dan mencuba nasib dengan UMNO semula setelah tertekan tuduhan hebat dengan rasuah.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Kamaruddin menyertai Umno semula kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Sebelum bersama PKR, Fairuz adalah bekas ahli Umno salah satu cawangan di Selangor. Dan kini sujud semula kepada Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Sejurus sahaja mengumumkan beliau keluar daripada KEADILAN dan menjadi ahli Umno kad keahlian beliau sudah pun tersedia dengan nombor 02634284 dengan status bertaraf aktif.

Menurut maklumat kad keahlian yang diperolehi daripada www.daftar.umno.org.my, Fairus menjadi ahli Umno cawangan Bandar Wawasan di dalam bahagian Bukit Bintang.

Bahagian Bukit Bintang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Zabidi, Bendahari Agung Umno.

Syukur Fairus Keluar Keadilan (klik)

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Sehubungan tingkah sumbang Fairus yg tidak mahu berubah telah di nasihatkan oleh PKR untuk melepas jawatan Adun dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang. Beliau tersalah langkah dan beranggapan bahawa setelah dapat memerintah, kuasa yang ada dapat mengumpul kekayaan seperti UMNO dan BN.

Pakatan Rakyat adalah wadah baru keselesaan rakyat dan bukan wadah pemimpin yg mencari kekayaan. Rakyat akan sentiasa memantau kerja-kerja termasuk salah laku pemimpin. Keadilan dan perjuangan rakyat bukan mainan di pentas ucapaan malah ianya terlalu luas mencakup kekuatan dalaman amalan diri untuk di terjemahkan.

Kini Umno terpaksa memelihara anai-anai ini untuk di jadikan modal membina semula busut yang di lihat semakin pupus bagi menghadapi PRU 13 nanti. Dah cukup ketara jiwa-jiwa pelahap ini adalah spesis yang harus di longgokan semula bersama Umno BN yg sememangnya sudah sedia maklum tabiatnya.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” hujah untuk meraih simpati dalam menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Strategi Umno berjaya. Najib memasang umpan dan jerat membalas rintihan Fairuz dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Tugas baru anai-anai ini sudah siap menanti. Anai-anai ini akan menjadi jurucakap mengondam PR samada didalam ceramah atau temu bual media. Program2 akan di susun satu demi satu dan akan di beri imbuhan yang lumayan kiranya tugasan ini mula menampakan hasilnya. Hebatnya Umno Mencekam ... dan tidak pernah tidur berpolitik sepanjang masa selama 365 hari.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Ijab Kabul Mematangkan Politk Jemapoh

From 2010-02-20


From 2010-02-20


Mohamad bin Lani bekas Pengerusi JKKK Desa Jempoh juga bekas Ketua Umno Cawangan Desa Jemapoh memilih ibu tunggal adik iparnya sendiri Kalsom binti Hj Mohd Pilus sebagai isterinya, serta menamatkan zaman dudanya setelah kematian isteri Habibah Binti Pilus akibat kanser buah pinggang.

Isteri yg terkini adalah ibu kepada ahli parti PKR Hafiz Shahril b. Mohd Shah juga merupakan anak buah kepada bro luv.

Mohamad Lani telah meletakan kesemua jawatan dalam parti setelah rasa terhina di atas setiap ucapan Tim Menteri Dato' Hassan kerana kononnya dilihat gagal untuk menyekat program AMK cabang " Karnival Futsal Siratulrahim" yg menggunakan Padang Rakyat Awam berhadapan rumah Mohamad sendiri setahun yang lalu. Beliau pernah di datangi risek tentera di soal siasat kerana perletakan jawatan ini dan berita2 yg mengatakan beliau akan bersama Pakatan Rakyat. Tekanan ini memungkinkan agar Mohamad tetap taat setia kepada Hassan dan tetap memberi sokongan yg tidak berbelah bagi sekiranya Hassan berhajat untuk menentang Ismail Lasim merebut Ketua Perhubungan Umno bahagian Kuala Pilah pada pemilihan yang akan datang.

Beberapa saksi dan pagawai masjid adalah ahli PR manakala nazer Khariah adalah Ketua Umno Cawangan. Manakala Mohammad ahli Umno, kini akan hidup didalam satu bumbung bersama anak2 dari isteri keduanya yg berlainan parti.

Turut hadhir pada malam harinya Ketua MPR Juasseh Tuan Haji Rosli bersama2 sahabat. Manakala siangnya Naib Ketua AMK NS Azizi Aziz dan Naib Ketua AMK Cabang Nizam dan Shidee bersama2 sahabat. Rombongan UMNO terdiri Exco NS Dato' Ismail Lasim, Yahya Pilus dan Dahlan hadir jam 2.30pm.

Kematangan sebahagian penduduk Desa Jemapoh dlm menilai erti berpolitik sering bekerjasama didalam sesuatu program dengan bersepakat tetapi tetap menetang sebahagian dasar UMNO yang di lihat sering gagal dan tersasar untuk membela rakyat.

Doa dari pejabat MPR moga bahtera kedua mempelai sering memperolehi keberakatan

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, February 27, 2010

Bekas Perdana Menteri Kanada kini membantah kes Anwar


Bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin menjadi pemimpin terbaru menyertai gelombang antarabangsa membantah pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyusul pemimpin-pemimpin dan ulamak dunia Islam beserta Ahli Parlimen Australia dan Pengerusi Senat Hal Ehwal Luar Negara Amerika Syarikat John Kerry yang menyifatkan pertuduhan itu sebagai satu lagi cubaan menamatkan kerjaya politik Anwar.

Martin, menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Jika mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang bermotifkan politik terhadap Anwar digugurkan,"katanya.

Martin berkata Anwar harus bebas untuk meneruskan visinya melahirkan Malaysia sebuah negara demokratik, yang menghormati hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Martin adalah Perdana Menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi ahli Parlimen selama 20 tahun. Beliau juga menjadi Menteri Kewangan dari 1993 hingga 2002.

Martin berkata, kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengikuti perbicaraan Anwar adalah tanda keprihatinan masyarakat asing tentang pertuduhan fitnah yang dikenakan ke atas beliau untuk kali kedua sejak 1998.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.

Sebelum itu lebih 50 ahli parlimen Australia turut menggesa kes Anwar digugurkan kerana ada tanda tanda jelas ia konspirasi politik.

Turut menyuarakan bantahan terhadap pertuduhan itu adalah ulamak-ulamak tersohor antarabangsa seperti sheikh Dr Yusuf Qaradawi.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demontrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

"Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

"Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

"...jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita," katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

"Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia."Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak," katanya.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, February 25, 2010

Hebatnya Umno Mencekam ...

Salam semua,

PR adalah alternatif kepada BN?. Inilah apa yang kita semua harapkan, kita yang kasih kepada tanah air tercinta ini....

Namun harus ingat, PKR adalah parti terbaru dalam PR....dan beberapa kelemahan PKR yang nyata telah menggugat PR seperti kemelut di Perak, Penang, Kedah termasuk Selangor....

PR Jemapoh/Juasseh mohon janganlah kerana 'political expediency', PKR menerima siapa2 saja yang cakap berapi2, tunjuk semangat berlebih, tunjuk 'lagak' dalam kes2 tertentu menghentam BN....dan mereka diterima masuk PKR/PR dan mereka diterima pulak jadi calun2 dalam PRU.....samada di DUN atau Parlimen.....Faktor 'political expediency' ini akan memakan PKR/PR dalam saat terbaik mereka boleh mengambil alih pucuk pemerintahan negara pada PRU ke 13 nanti.

Sebab kami terlalu faham dan tahu mainan umno/bn sejak berdekad lalu.....kenapa?....sebab umno/bn tak pernah tidur dari berpolitik.....mereka sentiasa ada jarum2 mereka yang bergerak dalam masyarakat 24 jam, 365 hari.....mereka ada KEMAS.....Kita lihat mainan umno di Kelantan (1969-1974 dan 1980an), Terengganu (jatuhnya kerajaan Pas pimpinan Hj Hadi) dan terbaru kemelut Perak.

Ada seorang pemimpin melayu (yang keluar umno dan menjadi peneraju Parti Melayu Semangat 46 di Johor) mengingatkan kenangan kami.....Katanya "Dalam Politik Malaysia, apa sahaja kita nak buat untuk melemahkan atau menjatuhkan umno, belum sempat kita bertindak, baru cakap2 sahaja dikalangan kita, umno sudah tahu!"......

Inilah hebatnya umno mencengkam masyarakat melayu dengan infrastruktur terperinci mereka yang mereka sudah pasang berdekad lamanya.....ramai 'orang umno' sentiasa di serapkan oleh umno ke dalam parti2 politik di negara ini pada ketika2 tertentu....hanya untuk bertindak demi kepentingan umno/bn pada masa2 yang mereka sudah tentukan!......

inilah hebatnya umno main politik.....dan kita kena akur fakta ini.....namun tak mustahil mereka boleh tertumpas......selain 'berpolitik', PR melalui PKR dan Pas wajar meminta pertolongan Allah swt selalu agar perjuangan ini dibantu dan diberkati olehnya...Tok Guru Nik Aziz amat sebati dengan pendekatan ini melalui solat hajat dan berdoa....inilah sahaja senjata sulit orang2 Islam melawan musuh....

Dalam masa yang sama gabungan BN, menghadapi masalah dalam yang cukup kronik. MCA dan PPP tidak akn kesudahannya selagi ong kee tiat tidak letak jawatan...dan bagi PPP pula akan ada tuduhan liwat ketas Murugiah konon2nya...sepertimna berlaku keatas anwar olih Maha dan 1M.

Dalam kesibukan pelbagai tugasan dan perbicaraan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat mengirim SMS mengingati kami dgn pesananmya: Perkemaskan Jentera.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Sunday, February 21, 2010

Sistem Keadilan Yg Semakin Punah

Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
Hishamuddin Rais
Feb 19, 10
2:04pm

Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

Lawak bodoh

Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat - satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

BN menahan marah

Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

Dialog seorang supir

Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat 'the last bottom show'.

Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

Lawak seram

Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita - naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

Lucah dan meloyakan

Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

Thursday, February 18, 2010

Hakim Pulak Yg Tangguh. Hujah Karpal Baru Nak Bermula...

18hb Feb 2010
Kes Anwar: Hakim Enggan Undur, Karpal Dedah PM & Rosmah Sebagai Dalang


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini secara rasmi diberitahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful ,pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul. Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan sekarang,”katanya.

Sumber: tvs

@PR Juasseh/Jemapoh@

Tuesday, February 16, 2010

Umno Dengan Agendanya....

Menghayati semangat konsep Pakatan Rakyat......

Kepada kesemua pimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat Buka Panggung.....

Keghairahan rampasan kuasa (kudeta) Perak dan Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan & Selangor, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Isu-isu ketuanan Melayu, kepala lembu, khalimah Allah tidak mendapat sambutan orang Melayu Islam.

Kini.....Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya.

Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang bingkas bangun daripada tidur lenanya untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia -

“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”


Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata:

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan”
untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.


Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

@PR Juasseh/jemapoh@

Monday, February 15, 2010

Apabila Pemimpin Yang Tiada Roh Keadilan....

Umum tahu Dato Zahrain yg membelakangi semangat PAKATAN dan keceluparan, Ahli Parlimen yg gagal menghayati perlembagaan perjuangan yang ditanggung oleh PKR Pulau Pinang sebagaimana yang dikatakan oleh Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff atau Pak Mus yg telah mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas , kini di bakal dihina pejuang2 reformasi.

Alasannya ialah kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan sengketa dimulakan oleh beliau dengan menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beberapa minggu yang lalu Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Zahrain begitu memarahi Lim Guan Eng hingga beliau mengeluarkan perkataan yang biasa digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyerang DAP.

Rupa-rupanya hanyalah kerana Lim Guan Eng pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

Hanya kerana Lim Guan Eng menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club, Zahrain telah menuduhnya sebagai Diktator, Cauvinis dan berfikiran komunis.

Diktatorkah Guan Eng bila melantik Zahrain sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP) atas permintaan Zahrain sendiri? Zahrain dilantik sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd kerana bagi Guan Eng, Zahrain lebih berpengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Golf.

Untuk menyakinkan lagi penyokong-penyokong PKR dan PR umumnya tentang dakwaan beliau yang Lim Guan Eng itu seorang Diktator, Zahrain telah mengatakan kepada sebuah akhbar bahawa beliau telah dipecat oleh Guan Eng sebagai pengerusi Island Golf Properties Bhd kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Sedangkan tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau Island Golf Properties Bhd (IGP) kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan dalam kedudukan IGP.

Cubaan Zahrain gagal apabila dalam masa kurang dari 24 jam Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan tiada sebarang perubahan dalam kedudukan IGP yang bermakna Zahrain masih kekal disitu tidak dipecat.

Tindakan menyerang Guan Eng itu telah menyebabkan Zahrain diminta mempertahankan tuduhannya itu di depan Lembaga Displin PKR.

Beliau dirujuk kepada lembaga itu kerana dilihat mencabuli prinsip Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu.

Namun Zahrain tidak bertindak begitu dan apabila dipanggil oleh PKR untuk menjelaskan kritikannya terhadap Guan Eng, beliau bertindak keluar parti dan mengisytiharkankan dirinya ahli parlimen bebas.

Jika beliau tidak bertindak keluar parti besar kemungkinan beliau akan dipecat daripada parti sekiranya didapati bersalah. Ini kerana surat tunjuk sebab telah dihantar kepadanya pada 8 Februari 2010 meminta beliau menjawab sebelum atau pada 12 Februari 2010.

Jadi Dato Zahrain telah memilih untuk memalukan PKR daripada dimalukan oleh PKR.

Apa pun, Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Waktu itu, kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.

Zahrain adalah bekas ahli Umno dan sering dipalit dengan tuduhan sengaja menimbulkan provokasi di Pulau Pinang untuk memberi kelebihan kepada Umno-Barisan Nasional di negeri itu.

Itu adalah kisah Dato Zahrain ataupun Biawak hidup yang ditanggung oleh PKR Pulau Pinang dan bagaimana pula dengan Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR YB Zulkifli Nordin dan YB Tan Tee Beng yang dihadapkan ke Lembaga Displin PKR.

Mereka juga telah mencabuli prinsip Pakatan Rakyat dengan tidak menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu. Mereka juga telah menggunakan Media yang sepatutnya diboikot oleh Pakatan Rakyat.

Adakah mereka juga akan mengambil jalan memalukan PKR sebelum dimalukan oleh PKR? Sama-samalah kita nantikan.....Sesungguhnya kematangan pejuang reformasi tulen sedang memerhatikan dan menilai setiap lakonan.

Semangat reformasi bukan saja untuk di laungkan, malah ianya terlalu luas, terbit dari keinsafan sudut jiwa hingga terbitnya perubahan sistem negara...

Pakatan Rakyat kini menilai KPI pemimpin........

Sunday, February 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010 DARI PAKATAN RAKYAT DUN JUASEH.


SELAMAT TAHUN BARU BARU CINA 2010 DARI PAKATAN RAKYAT DUN JUASEH.






Dari..mejamediaprjoseh

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DUN JUASEH BARU2 INI

NOTICE BOARD

Para petugas menjamu hidangan ringan setelah selesai program..lopeh makan jgn lupo mengomehkan kawasan sekitar tapak ceramah....
Wajah-wajah para pejuang yang akan terus menyuburkan lagi wadah PAKATAN RAKYAT..
Para tetamu menjamu selera..
Perkongsian informasi sesama PAKATAN RAKYAT...
Bergambar bersama para tetamu jemputan...
Assalamualaikum wbt,

Pihak Majlis Pakatan Rakyat Dun Juaseh Kuala Pilah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ceramah Umum di Dun Juaseh baru-baru ini.

Sementara itu dalam siri penerangan daripada Saudara Shamsul Iskandar bahawa Najib gadai maruah negara dengan konspirasi politik dan tersalah pengiraan apabila tidak menjangka kerajaan akan mengalami tekanan antarabangsa yang merosakkan hubungan diplomatik dan ekonomi negara.

Tekanan diterima Najib cukup besar kerana negara-negara seperti seperti Amerika Syarikat dan Australia mula mengkritik pentadbirannya ekoran konspirasi politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah kes konspirasi liwat yang mendapat liputan seluruh dunia ini memungkinkan negara-negara Islam lain seperti Indonesia, Turki dan Qatar akan turut mendesak kerajaan memberi pengadilan wajar terhadap Anwar.

“Saya tidak menyangka Najib akan menggadaikan negara hanya disebabkan dendam kesumat politik beliau terhadap Anwar. Jika dilihat daripada strateginya, beliau mahu memenjarakan Anwar sekali lagi ekoran khuatir keadaan politik Umno-Barisan Nasional yang semakin merudum kini,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, krisis ini dicetuskan oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor sehingga menyebabkan individu lain serta rakyat terpaksa menanggung kesilapan dan kegagalan beberapa kes seperti kehilangan enjin jet, kapal selam KD Tun Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam dan sebagainya.

shamsul-iskandar Shamsul (gambar) turut menyifatkan kenyataan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai bodoh apabila menyatakan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry yang menuntut keadilan terhadap Anwar sebagai pandangan peribadi sahaja.

“Kenyataan Jamaluddin bodoh sedangkan selama ini Amerika Syarikat adalah rakan dagangan nombor satu Malaysia. Kenyataan John akan beri kesan langsung kepada hal diplomatik dan ekonomi juga. Sebarang kenyataan John bukan atas sebab peribadi. Jamaluddin tidak jelas mengenainya,” jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pernah menyatakan masalah dan implikasi ini wujud kerana kepimpinan Najib dan konspirasi yang dicetuskannya.anwar-ibrahim5

Pelabur asing hilang keyakinan melabur bukan disebabkan kes Anwar (gambar) semata-mata.

Mereka bukan bodoh untuk ditarik hidung apabila mahu memuji, mengutuk atau beri pandangan dengan tegas.

Inilah manifestasi fitrah pertama yang masih berlarutan. Najib sepatutnya bangunkan integriti tersebut untuk bawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

“Malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi sepatutnya membawa negara ke tahap yang lebih baik. Namun, di bawah Najib, kita sudah jauh ketinggalan berbanding Vietnam mahupun Indonesia yang pesat dengan pertumbuhan ekonomi dewasa ini.

Pertumbuhan Indonesia misalnya telah mencecah 5.8% lebih baik daripada Malaysia,” katanya.


BERPADU-BERUBAH-BERKAT

sekian, dari meja mediaprjoseh..


Friday, February 12, 2010

Pemimpin Yang Masih Berjiwa Umno....


Zahrain sebelum ini telah diminta mempertahankan tuduhannya terhadap Guan Eng itu di depan Lembaga Displin PKR.

Beliau dirujuk kepada lembaga itu kerana dilihat mencabuli prinsip Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu.



Berhadapan dengan tindakan displin dari Parti Keadilan Rakyat, Ahli parlimen Bayang Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengambil keputusan keluar dari PKR terlebih dahulu.

Zahrain menggunakan alasan beliau keluar tidak berpuas hati dengan Setiausaha Agong DAP Lim Guan eng sebagai punca utama beliau bertindak demikian.

“Mutakhir ini cara politik sempit yang dibawa YAB Lim Guan Eng jelas membuktikan sikap cauvinis, ekstrimis, diktatorial dan berfikiran ala komunis” kata Zahrain pada sidang media ringkas pagi tadi.

Zahrain sebelum ini diminta mempertahankan tuduhannya terhadap Guan Eng itu di depan Lembaga Displin PKR.

Beliau dirujuk kepada lembaga itu kerana dilihat mencabuli prinsip Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan sebarang perbedaan pendapat melalui saluran dalaman gagasan itu.

Namun Zahrain tidak bertindak begitu dan apabila dipanggil oleh PKR untuk menjelaskan kritikannya terhadap Guan Eng, beliau bertindak keluar parti dan mengisytiharkankan dirinya ahli parlimen bebas.

"Sebagai presiden tentulah saya kecewa dengan keputusan beliau. Tidak pernah dibangkitkan di dalalm parti atau kepada saya saya isu dasar selain daripada pertelingkahan peribadi dengan ketua menteri, YB Lim Guan Eng dan itu pun kita dengan tetapi untuk menghukum ketua menteri dengan kata-kata yang kesat kita tidak dapat terima. Jadi beliau ditegur atas dasar-dasar itu" ujar Ketua Umum PKR apabila diminta mengulas berhubung perletakan jawatan Zahrain.

Anwar berkata semua pihak dalam pakatan rakyat harus mengutamakan permuafakatan dalam gagasan itu dan tidak ghairah melontar tuduhan secara melulu.

"Saya telah mengelak daripada membuat kenyataan, selain menyatakan tidak setuju dengan serangan keras dia terhadap YB Lim Guan Eng kerana proses dan prosedur kita harus bincang dengan baik. Di Selangor Tan Sri Khalid jadi ketua, di Pulau Pinang YB Lim Guan Eng jadi ketua. Patut kita hormat prinsip itu dan saya tidak ada bukti hendak mempertahankan hujah dia itu pro-komunis ataupun cauvinis ataupun diktator kerana rundingan dengan saya, dengan pemimpin Pakatan Rakyat diteruskan" tambah Anwar lagi.

Anwar berkata dakwaan kononya Guan Eng tidak boleh ditegur adalah fitnah yang disebarkan oleh Umno untuk meracuni pemikiran pengundi Melayu semata-mata.

Zahrain adalah bekas ahli Umno dan sering dipalit dengan tuduhan sengaja menimbulkan provokasi di Pulau Pinang untuk memberi kelebihan kepada Umno-Barisan nasional di negeri itu.

"Apa yang 'untouchable'? Ini hanya persepsi yang dibawa oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa Cina dalam MCA Gerakan itu semuanya baik, Cina DAP ini semua pelampau dan tidak boleh dikira. Pandangan saya berbeza, Cina dalam DAP kita bekerjasama dari segi soal dasar, ketelusan, tidak rasuah. Itu jelas" kata Anwar.

"Saya tidak boleh pertikai kewibawaan YB Guan Eng dari sudut menjalankan pentadbiran yang bersih dan cekap dan semua program-program untuk kepentingan Melayu, majlis agama, kontrak orang bumiputra, masalah perumahan rakyat miskin. Itu dibahaskan ada sebahagian termasuk 'microcredit'yang telah dimulakan. Yang lain kita bincang. 50 tahun UMNO jaga dengan Gerakan tak jadi isu, dua tahun kita diserang setengah mati oleh media UMNO" ulas Anwar lagi.

TVSelangor

Ulasan:
Kalau hati tiada erti perjuangan lebih baik keluar
Kami bukan mahu kuantiti untuk kemenangan...
Tapi kami mahu quality dlm perjuangan...

Jihad kemenangan yg kami mahu...
Moga tiada orang-orang yg lemah dlm jemaah...

Berjuanglah atas landasan islam...dan keadilan
Bukan atas landasan perut hati yg busuk...

Thursday, February 11, 2010

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DUN JUASEH


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
DUN JUASSEH, KUALA PILAH NS 2010

TAJUK : SELAMATKAN NEGARA, PERAK & LIWAT 2

TARIKH : 12 /2 /2010 (JUMAAT MLM SABTU)..mlm ini..


MASA : 8.45MLM


TEMPAT : PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH (DATARAN JEMAPOH)


PENCERAMAH :


1) SDR SAMSUL ISKANDAR MAT AKIN (KETUA AMK PUSAT)


2) SDR ADLY ZAHARI (TIMB PJ PAS MELAKA)


3) YB TEO KOK SEONG (ADUN BAHAU)

SEMUA DIJEMPUT HADIR....








Sunday, February 7, 2010

DNA Anwar ....kat saipool ? Betul ke ?

Bagaimanakah, sekali lagi, mereka cuba untuk mencipta bukti terhadap Anwar

Posted by AnakSungaiDerhaka at 1:18:00 AM

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008 sebagaimana yang didakwa.

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.

Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.

RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.

Anda nilailah .......Saiful

Mohd Saiful Bukhari Azlan, former aide to Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim, who is accusing his former boss of sodomising him, waves to journalists as he leaves the Desa Damansara Condominium, where the alleged sodomy took place, in Kuala Lumpur February 4, 2010. Anwar faced his 24-year old male accuser in court on Wednesday in a trial for sodomy that could see one of Asia's best-known politicians jailed for 20 years.

Melihat wajah budak ini sudah dapat menggambarkan yang dia sendiri maklum kes yang sedang dibicarakan ini semata mata memenohi kehendak politik mereka2 yang tertentu.

Bagi budak ini isu kes liwat yang memalukan bagi orang lain adalah tidak bagi dirinya.

Lihat saja gaya dan wajah maco yang ditunjukan dalam gambar ini, memang sengaja digayakan bagi merealisasikan cita citanya ingin menjadi orang terkenal.

Kehadiran wartawan dan jurugambar telah menyemarakan lagi keinginan naluri untuk menjadi public figure seolah dia adalah fokus utama yang akan disiarkan gambar dan berita yang melibatkan seorang tokoh politik yang sudah terkenal diperingkat antarabangsa.

Inilah saat yang dinantikan oleh Safool Bukhari, yang selama ini mendesak supaya kes sodomi ini dibicarakan segera, semata mata kerana ingin cepat terkenal dan berita dirinya akan tersiar dimuka akhbar dalam negeri dan antarabangsa.

Nah! sekarang ini apa yang diharapkan itu telah menjadi kenyataan.
Cuba kita lihat pakaian dan liok lentok Saifool dalam gambar ini jika tanpa sebarang nota kaki, pastinya lagak budak ini kelihatan seperti seorang tokoh.

Menurut bacaan kepada wajah budak ini. Dia bukan jenis manusia yang akan menilai yang mana salah dan yang mana betul. Dia tidak akan berfikir tindakan mendedahkan konon yang dia diliwat oleh DSAI itu akan memalukannya dan keluarganya. Kerana yang dituduh meliwatnya itu bukan sebarang orang. Retetan beberapa perjumpaan dengan tokoh-tokoh politik sebelum ini telah membuat orang ramai melihat satu skrip kemusnahan seseorang pejuang Dan dia juga faham tuduhan liwat ini ditaja dan diatur atas kepentingan politik pemimpin negara. Saifool merasa pengorbanan marwah yang sedang dilakukan ini meletakan dia setaraf dengan wira yang mempertahankan Pemimpin organisasi melayu dan kepada negara Malaysia tercinta.

Berikutan dengan merosot dan kehilangan 2/3 kerusi BN dalam PRU 12 yang lalu. Mindset Saifool sebenarnya telah dibrainstorming supaya sedia berkorban kerana Umno yang sekarang semakin lemah dan tergugat.

Manusia yang mengancam kuasa pemimpin2 orang melayu Umno ialah DSAI, lalu Saifool diminta memberi kerjasama untuk menghapus karier politik DSAI.

Wajah Saifool menggambarkan ia bangga dengan tugas ini walaupun marwahnya punah dan musnah.

Saturday, February 6, 2010

Siapa Sebenarnya Saiful Bukhari Azlan ??



cikwiduri
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti. - ainisazreen.wordpress.com
Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari Azlan suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah.
Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Friday, February 5, 2010

DUN Perak bakal dibubar...???

Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang. 
Qin Lang, Merdeka Review
Politik mula bergolak di negeri Perak berikutan desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri sejak kebelakangan ini.  Pada hakikatnya, khabar angin ini tersebar sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009.  Tetapi, pengalaman lalu yang berakhir dengan "satu lagi pembohongan", telah menghakis harapan orang ramai.  Namun, kemungkinan khabar angin ini menjadi kenyataan amat tinggi untuk kali ini.
Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang.  Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kiri) untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.
Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.  Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain.  Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.
Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR.  Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.
Pengumuman langkah BN yang mesra rakyat
BN dikhabarkan tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menang dalam kes ini.  Lebih-lebih lagi BN dikatakan berniat untuk membubarkan DUN, tetapi menunggu saat-saat yang terbaik.  Situasi ini menjurus kepada peningkatan kemungkinan pembubaran DUN.
Oleh kerana niatnya untuk memburu kesempatan terbaik agar mengembalikan sokongan rakyat, BN terpaksa mengakur kepada hasrat rakyat sejak rampasan kuasa.  Selain pengumuman langkah-langkah yang "mesra rakyat", kerajaan BN sanggup memberi laluan dalam isu yang dibantah atau diperjuangkan oleh rakyatnya.  Setidak-tidaknya, ini jarang berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan negeri BN dahulu.
Kebelakangan ini, pengumuman peruntukan dana, tanah menjadi lebih kerap daripada kerajaan negeri BN, malah memperlihatkan keberkesanan yang tinggi.  Segala-gala ini merupakan cubaan untuk menawan hati rakyat.
Bukan itu sahaja, BN yang kini memegang kuasa untuk membubarkan DUN, mengambil sikap yang lain daripada dahulu, ketika berdepan dengan khabar pembubaran DUN kali ini.  Ramai pemimpin memberi reaksi secara berasingan, bahawa "khabar angin ini diada-adakan oleh PR", "dakwaan yang menghina mahkamah".  Bahkan, EXCO kerajaan negeri BN, Hamidah Osman mengadakan sidang media khas untuk memberi reaksi kepada khabar angin ini.
MCA bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi
Satu lagi hujah mendakwa bahawa parti komponen BN mahu membubarkan DUN, tetapi tidak dipersetujui sesetengah pemimpin UMNO.  Untuk MCA yang hanya tinggal dengan satu kerusi, Gerakan dan MIC yang tidak mendapat satu kerusi pun dalam PRU ke-12, menganggap hanya dengan pembubaran DUN, barulah mereka berpeluang untuk mendapatkan lebih kerusi.
Khabar angin di atas belum pasti kebenarannya.  Yang pastinya, kedua-dua pihak BN dan PR telah mula menggerakkan jentera kempen untuk pilihan raya, sebagai persiapan seandainya PR diputuskan menang oleh Mahkamah Persekutuan, dan pembubaran DUN yang menyusul selepasnya.
Pemimpin BN peringkat pusat akan melawat ke Perak untuk menunjuk kekuatan, setiap kali khabar pembubaran DUN tersebar, terutamanya pemimpin MCA yang akan mengunjungi "kubu" mereka, menunjukkan kesungguhan untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi PR dalam PRU ke-12.
Ahli Majlis PBT
Oleh kerana masih memegang kuasa kerajaan negeri, Mah Hang Soon (gambar kanan) yang memegang portfolio Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam telah mengarahkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengangkat sumpah jawatan sebelum 5 Februari.  Ini mencungkil syak wasangka bahawa langkah ini sebagai persiapan terhadap penghakiman yang bakal diumumkan pada 9 Februari.
Pada tahun lalu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping PR telah mengangkat sumpah jawatan sebelum rampasan kuasa pada 6 Februari.  Jadi, BN terpaksa memeras otak untuk memaksa Ahli Majlis PBT meletak jawatan selepas itu.  Walaupun mungkin ada yang menerima realiti bahawa "tukarnya pemimpin, maka tukarlah anak buahnya", namun tindakan BN kali ini tidak disenangi.  BN telah dilihat merampas kerajaan negeri Perak dengan kuasanya di peringkat persekutuan.  Paksaan mereka terhadap ahli majlis PBT PR mencerminkan imej gelojohnya mereka terhadap kuasa.
Setelah mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lalu, BN kini lebih celik dengan menghabiskan upacara angkat sumpah jawatan di 15 majlis PBT, empat hari sebelum penghakiman diumumkan.  Niatnya walaupun tersirat, tetapi disedari umum.
Bilangan kerusi dijangka tak banyak berbeza
Ceramah untuk mendedahkan selok belok rampasan kuasa telah bermula, sejak kerajaan PR ditumbangkan pada tahun lalu.  ADUN PR telah membongkarkan penyelewengan BN di kawasan pengundian masing-masing, berjaya menyebarkan mesej bagaimana BN berkomplot untuk merampas kuasa.
Seandaianya DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan, PR dijangka akan menghangatkan sentimen ketidakpuasan komuniti Cina, malah India terhadap BN dengan imej Nizar Jamaluddin yang baik di mata komuniti Cina.  Namun demikian, dari kaca mata masyarakat Melayu, Nizar pula digambarkan sebagai pengkhianat Melayu dan boneka DAP.  Ini mungkin kelemahan yang ada pada Nizar.
Tidak pelik seandainya Zambry meraih sokongan masyarakat Melayu dengan penguasaan sumber dan kerajinan beliau untuk turun ke kampung Melayu.  Di masyarakat Cina pula, tidak kira berapa langkah yang memanfaatkan rakyat, beliau tetap dengan imejnya sebagai ketua rampasan kuasa BN.  Beliau dijangka tidak disenangi pengundi Cina.
Namun, setelah tiga orang ADUN keluar dari PR, maka PR telah memiliki 28 kerusi seperti BN, dengan jumlahnya 59 (28vs28+3).  Seandainya pemilihan semula mengekalkan perbezaan bilangan kerusi pada satu atau dua, dipercayai rampasan kuasa (peralihan kuasa) mungkin akan berlaku lagi.  Ia mungkin tidak terhad kepada tarikh 8 Mac dan 6 Februari.
*Qin Lang ialah penulis khas MerdekaReview, edisi Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Tuesday, February 2, 2010

Perbicaraan Ds Anwar bermula.....!!!!







jam: 5.00 petang

Perbicaran kes Anwar Ibrahim ditangguhkan petang ini.

Perbicaraan ini akan disambung esok jam 2.30 petang.

Usaha untuk mengadakan dengan Peguam Negara gagal kerana
Peguam Negara tidak ada di pejabatnya di Putrajaya.

Keputusan menangguh kan ke sebelah petang bagi membolehkan peguam Anwar bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Alaudin Mohd Sherif bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan semakan itu adalah untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi persediaan pembelaan kes liwat itu.


NOTA:
wajib untuk dibaca malam ini.

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.


KES HAIRAN YANG BENAR BENAR PELIK


Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

CONTOH CONTOH BUKTI YANG DIREKA REKA

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."

Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

KONSPIRASI HASAD NIAT JAHAT DALAM KES SEKARANG

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

KONSPIRASI POLITIK

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

SIVARASA RASIAH