Pihak Majlis Pakatan Rakyat Dun Juaseh Kuala Pilah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ceramah Umum di Dun Juaseh baru-baru ini.
Sementara itu dalam siri penerangan daripada Saudara Shamsul Iskandar bahawa Najib gadai maruah negara dengan konspirasi politik dan tersalah pengiraan apabila tidak menjangka kerajaan akan mengalami tekanan antarabangsa yang merosakkan hubungan diplomatik dan ekonomi negara.
Tekanan diterima Najib cukup besar kerana negara-negara seperti seperti Amerika Syarikat dan Australia mula mengkritik pentadbirannya ekoran konspirasi politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah kes konspirasi liwat yang mendapat liputan seluruh dunia ini memungkinkan negara-negara Islam lain seperti Indonesia, Turki dan Qatar akan turut mendesak kerajaan memberi pengadilan wajar terhadap Anwar.
“Saya tidak menyangka Najib akan menggadaikan negara hanya disebabkan dendam kesumat politik beliau terhadap Anwar. Jika dilihat daripada strateginya, beliau mahu memenjarakan Anwar sekali lagi ekoran khuatir keadaan politik Umno-Barisan Nasional yang semakin merudum kini,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut beliau, krisis ini dicetuskan oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor sehingga menyebabkan individu lain serta rakyat terpaksa menanggung kesilapan dan kegagalan beberapa kes seperti kehilangan enjin jet, kapal selam KD Tun Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam dan sebagainya.
Shamsul (gambar) turut menyifatkan kenyataan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai bodoh apabila menyatakan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry yang menuntut keadilan terhadap Anwar sebagai pandangan peribadi sahaja.
“Kenyataan Jamaluddin bodoh sedangkan selama ini Amerika Syarikat adalah rakan dagangan nombor satu Malaysia. Kenyataan John akan beri kesan langsung kepada hal diplomatik dan ekonomi juga. Sebarang kenyataan John bukan atas sebab peribadi. Jamaluddin tidak jelas mengenainya,” jelas beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pernah menyatakan masalah dan implikasi ini wujud kerana kepimpinan Najib dan konspirasi yang dicetuskannya.
Pelabur asing hilang keyakinan melabur bukan disebabkan kes Anwar (gambar) semata-mata.
Mereka bukan bodoh untuk ditarik hidung apabila mahu memuji, mengutuk atau beri pandangan dengan tegas.
Inilah manifestasi fitrah pertama yang masih berlarutan. Najib sepatutnya bangunkan integriti tersebut untuk bawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.
“Malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi sepatutnya membawa negara ke tahap yang lebih baik. Namun, di bawah Najib, kita sudah jauh ketinggalan berbanding Vietnam mahupun Indonesia yang pesat dengan pertumbuhan ekonomi dewasa ini.
Pertumbuhan Indonesia misalnya telah mencecah 5.8% lebih baik daripada Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment