Ibarat pokok kelapa yang ditanam. Pokok menjulang awan, akar mercup menyelirati bumi. Badai dan taufan melanda bagai pucuk mencecah bumi. Namun patah batang di tengah tidak sekali apalagi tercabut dan tungkar menghambat jalanan. Begitulah PKR.
Musim pemilihan merupakan musim bergelora setiap parti yang mengamalkan demokrasi. UMNO lagi maha hebat geloranya berbanding PKR sekarang. Bezanya para pewarta yang berbagai medium mereka pandai menonjol apa yang menunjukkan mereka kuat dan bijak laksana pula menutup dan menyembunyikan aurad dan kelemahan parti.
Ibarat seorang wanita yang hendak melahirkan. Ia hanya terjadi dalam suasana yang terkawal dan tertutup lantaran banyak hal yang tidak membolehkan ia dilakukan dikhalayak dan dipersaksikan secara umum. Keindahannya sahaja yang dapat dikongsikan apabila hasilnya iaitu seorang bayi didukung erat dengan kasih sayang dan mengumbirakan seisi yang hadir.
Lain halnya situasi PKR sekarang. Musin geloranya telah dan sedang dimanipulasi sepenuhnya dan tiada apa yang menghalang untuk diwarkan sama ada secara positif atau negatif.
Para pemimpin dan ahli janganlah melatah dek kerna kuatnya bunyi taufan dan tiupan anginnya serta kruk-kraknya bahan yang berterbangan yang pastinya akan bertaburan juga ke tanah.
Setelah badai dan taufan berlalu, segalanya akan tenang dan tenteram. Masing-masing dapat melihat peri kelakuan diri apabila dibadai sebegitu rupa.
Yang betah bertahan akan mengucap syukur, kerana berjaya melepasi badai. Sedang yang melepaskan pegangan dan diterbangkan si badai juga akan merasakan sakit ngilunya apabila sedar diri telah tersilap dan terhempas ke bumi. Namun Semuanya akan bercarian sesama sendiri serta saling berhuluran tangan untuk meneruskan perjuangan hidup seterusnya.
Itulah PKR sekarang. BERSABARLAH.
Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment