Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, October 24, 2010

Anda adalah Hakim - Pemilihan Pimpinan Pusat PKR 2010

Calon-calon pemimpin yang ingin bertanding.....Perlu "Benar-Benar" berubah andainya
Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !


Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masing-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka.

Kuala Pilah, Senaling dan Jemapoh telah menjadi lokasi kempen yang dihadiri hampir kesemua calon2 yang ingin bertanding. Nama2 besar seperti Nurul Izzah, Mansor Osman, Mustapha Kamel Ayub, Samsul Iskandar dgn barisan masing2 telah mula menapak. Kami percaya....Esok atau lusa Azmin, Zahid dan yang lain2 seterusnya akan singgah untuk berkempen untuk menerangkan manifesto masing2.


Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada
beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya ada diantaranya semakin terkeluar daripada landasan peruangannya.

Adakah laluan Putra Jaya semakin hampir...dan ada diantaranya berangan2 menjadi Menteri.?


Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat,

Segelintiranya kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Ada yang ingin bertanding sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika.

Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.

Tinggalkan Amalan Jahiliah BN Jika Mahu Berubah


Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Yang ingin menjadi pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional.

Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran.


Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka.

Rakyat tak suka pemimpin2 serta pengikut2 yang bersikapnya lagak umno. Itu saja... mudah sangat nak faham. Rakyat tak suka umno kenapa? Sebabnya ialah kronisma. Rakyat inginkan perubahan bukan persamaan. Rakyat sudah ambil iktibar . Malaysia perlukan perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu pemimpin yg berkarisma yg boleh membentuk perubahan diperlukan. Jika bakal pemimpin yang dipilih tiada perubahan.....serupa sahaja seperti Najib dan Mahathir....amat lah malang parti2 Malaysia ini. Pemimpin2 seharusnya serius seperti DAP. Sebagai contoh Pas dan Pkr adalah 2 parti yg paling terkebelakang dlm pendaftaran pemilih pengundi baru kerana terlalu sibuk berpolitik ala UMNO. Kami di grassroot bercampur gaul dgn mereka dan kami lihat ada diantara mereka tidak ubah seperti Umno malah segelintirannya ego dan sombong.

Kami menyokong keadilan bukan sahaja nak mengantikan Umno tapi kami inginkan PERUBAHAN. Kalau masih serupa Umno maka lebih baik terus sokong umno yg dah establish. Lebih mudah dan lebih senang dapat projek. Tapi kami perlukan keadilan bukan penerusan sistem2 yg korup. Begitulah antara sebahagian rungutan-rungutan ahli-ahli Pakatan Rakyat terutama ahli-ahli Pkr yang bertungkus lumus membuat beberapa program mencari dana menjelang PRU13 kelak

Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan.


Amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding.

Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini.


Apa yang pasti.....30hb Oct ini...khususnya ahli-ahli PKR Kuala Pilah yang bakal membuang undi bertempat di Pejabat Dataran Jemapoh, jangan kita biarkan mereka2 bersifat Umno yang menawarkan diri di jadikan pemimpin kita....

Tahi2 lalat yg di sebarkan Umno BN yang cuba diserapkan ke PKR harus dihapuskan dengan kuasa perlembagaan baru...

Anda adalah hakim....Undi anda adalah undi penentu ke arah perubahan politik baru. Kuasa mutlak ditangan anda...

No comments: