Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, June 28, 2009

Kerajaan Pusat - Kelantan Tidak Layak Royalti Minyak

Hari ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dalam percubaannya untuk menutup pembohongan dan perbuatan khianat kerajaan UMNO BN menyatakan dengan menyakan poemimpin parti pembangkang tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas di Kelantan kerana ia tidak berbangkit

Katanya kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Menurutnya, isu berkenaan bukanlah baru, malah pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pihak pembangkang.

Katanya lagi, kerajaan Pusat tidak sekali-kali mencabuli hak kerajaan negeri dan tidak menzalimi rakyat menikmati peluang pembangunan sebagaimana negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, walaupun Kelantan tidak mendapat royalti bagi bahan petroleum itu, namun kerajaan Pusat tidak mengabaikan kebajikan rakyat dengan menyalurkan peruntukan besar sehingga lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Siapa yang boleh percaya kepada Mustapha yng bercakap mengenai isu pembangunan di kelantan itu sdangkan beliau sendiri pernah membuat membuat pengakuan bahawa beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Majlis Peunding Ekonomi Negara satu ketika bertanggungjawab menyekat pembangunan di Kelantan?

Kita tayangkan semula pengakuan itu dan kemudian di sana ada jawapan bahawa Mustapha dan sekalian pemimpin UMNO BN adalah pendusta dan perompak yang menjadikan Kelantan sebagai mangsa kezaliman dan kedurjanaan mereka!

@@Bro Luv @@






Krisis Perak Semakin Meruncing-Aziz Bari (Klik Melihat Video)

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

@@Bro Luv @@

Saturday, June 27, 2009

PR Bersatu Teguh..Umno BN akan roboh...

http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM&feature=quicklist
(klik disini)





Santai Durian.....































Atas kiri : Hantu Durian!!!!!!!!!!!!....Atas Kanan: Abe Uji kito bejoohh makee durian.....Bawah kiri: Bro Karim & Pak Teh juaro kopek durian...di karate ehh kulit durian tuh....Bawah Kanan: YB emy kito bercerito kisah MANIK URAI kek semuo.....undilah calon PAS/PR jika rakyat semuo nak meraso makan durian bersamo2.....orang UMNO mano dapek makan berjemaah mcm ni....kih..kih..kih....

Mlm td pertemuan santai sahabat2 PR DUN Joseh di tpt biaso....byk jugak hot topic di bincangkan....sambil bincang sambil makan durian....pueh hati boto makan reramai...meriah dan sederhana semuo eh.....perbincangan mengenai kojo-kojo PR di DUN Joseh....update ahli baru....kenalpasti pengundi2 baru di Joseh ini....byj jgk ahli2 baru yg mendaftar dan pengundi baru di joseh ini....kojo mesti di buat secara smart utk memastikan PRU13 Parlimen KP dan 5 DUN milik PR......

Juga diskusi mengenai konvoi ke MU@Manik Urai...sahabat PR kebanyakkan eh akan poie 3 hari sebelum hari mengundi....nampak gayo ehh 3 hari laa ambil cuti...takpoo...cuti byk laie....demi perjuangan kami akan terus berjuang....survey mlm td mungkin satu van, satu keto, satu hilux akan turun ke MU nanti...tapi masih perbincangan awal....mungkin akan berubah mengikut keadaan semaso dan komitmen masing2....oleh itu PR JOSEH mengajak semuo warga PR serata temapt untuk kito konvoi bersamo.....segalo pertanyaan bulih la hubungi SU PR Joseh@mediaprjoseh.....

Sekian...update dari mediajoseh...

Monday, June 22, 2009

Agenda Umno Yg tersembunyi Musnah.....



Isnin 22 Jun 2009 | 28 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) -

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_

Saturday, June 20, 2009

Biduk Lalu Kiambang Pun Bertaup

Tidak sah rasanya dalam situasi politik sekarang ni andaikata pengikut politik tidak membicarakan soal Kerajaan Perpaduan umNO-PAS ini. Isu ni semakin menjadi panas, panas dan semakin panas. Kalau bukan kerana melibatkan umNO pastinya isu ni tidak mempunyai apa-apa maknanya pun. Tapi kerana yang terlibat dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah umNO maka ianya perlu dipanas-panaskan lagi

Nah! Sekarang ni apa yang berlaku pada PAS ? Berpadukah atau bercelaru ? Tidak siapa yang mempu mentafsir perkara ini dengan jelas.

Namun jika mahu memberi persepsi atau gambaran, jelas kepada kita bahawa PAS sekarang ni sedang bergolak. Mungkin sesetengah pihak sanggup mengatakan bahawa PAS kini sedang mengalami proses perpecahan.
Percanggahan pendapat cuba ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai perpecahan dalam pimpinan PAS. Yang jelas siapa yang galak memainkan isu ini ?

Jawapannya mudah sahaja. Pemimpin-pemimpin umNO, Media-media umNO, penulis-penulis umNO dan penyokong-penyokong umNO. Tidak lupa juga musuh dalam selimut PAS sendiri.
Golongan-golongan ini mudah dikenali dengan melihat kepada kenyataan, tayangan serta tulisan di arus media kini. Samada media arus perdana ataupun media alternatif melalui capaian intenet sekarang ni. Dan semestinya golongan yang semakin bersemangat untuk terus memperkatakan isu ni adalah pemimpin-pemimpin umNO. Ya pemimpin-pemimpin umNO berhak untuk membicarakan terus isu ni kerana ia melibatkan umNO secara langsung. Mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan perkara ini.

Kini rakyat disajikan dan ditayangkan dengan dua fenomena yang berbeza antara PAS dan umNO dalam membicarakan soal ini. PAS dilihat semakin bertahan manakala umNO semakin galak menyerang. Melihat kepada perkembangan politik mutakhir nampaknya inilah satu-satunya peluang untuk umNO memenangi perjuangan melawan PAS atau signifikannya melawan Pakatan Rakyat.

Peluang kemenangan ni nampak begitu cerah untuk umNO sehingga mereka kini semakin berani membicarakan soal kerajaan Perpaduan ini. Manakala di pihak PAS pula terpaksa berhempas pulas mempertahankan pendirian mereka sehingga seakan nampak pasti ada korban di pihak PAS. Kalau tak terkorban pun pasti ada pemimpin PAS yang akan cedera. Cuma rakyat hanya mampu untuk melihat isu ini.

Dan apa yang jelas kepada rakyat dan pemimpin-pemimpin PAS adalah sikap sebenar yang ada pada umNO. Bagaimanapun umNO cuba berselindung di sebalik isu ini, identiti dan niat serta halatuju perjuangan umNO terhadap PAS ni akan nampak juga. Ya bagi mereka yang mengenali umNO ni tidak susah mentafsir niat umNO ni. Nampak, cuba tengok betul-betul. Pasti nampak. Kalau tak nampak maka tulisan ini akan cuba sedaya mungkin cuba menampakkan niat umNO itu.

Melihat situasi yang timbul di dalam pimpinan PAS hari ini kelihatannya umNO semakin ikhlas dengan niat mereka Ya memang mereka katakan niat mereka ikhlas tapi benarkan begitu ? Di mana keikhlasannya?Satu perkara pelik tentang keikhlasan umNO dalam Kerajaan Perpaduan ni.

Semakin umNO menampakkan keikhlasannya semakin teruk PAS jadinya. Semakin umNO memperbesar-besarkan isu ni semakin parah PAS dibuatnya. Semakin pemimpin umNO dekat kepada pemimpin-pemimpin PAS semakin jauh jadinya persaudaraan PAS ni.
Di pihak umNO pula semakin PAS mendiamkan diri semakin rancak mereka bercakap isu ini. Semakin PAS nampak bercelaru semakin galak mereka memainkan isu ini. Semakin PAS terseksa semakin hebat mereka menekankan isu ni. Apa yang ditunjukkan atau dimahukan oleh umNO, PAS semakin terdesak, tersesak dan tidak mustahil akhirnya nazak seperti mereka juga. Pelikkan ?
Bagaimana pula ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa umNO ni rakan penyelamat mereka ? Apakah ini sikap yang dikatakan rakan, sahabat atau teman ? Tak tahulah pulak, cuba fikir-fikirkanlah.

Yang peliknya juga kenapa keikhlasan dan kebaikan yang umNO war-warkan dalam isu ini semakin menjejaskan populariti dan keyakinan rakyat pada PAS. Kenapa kebaikan umNO ni seakan membawa musibah kepada PAS ? Ya kini seakan-akan PAS nampak berpuak-puak pula jadinya. Kebaikan yang cuba dilakukan oleh umNO ni mendatangkan keburukan kepada PAS pulak.

Kalau gabungan PAS dengan PKR dan DAP selama ni semakin menguatkan dan mengukuhkan kedudukan PAS, mengapa pula begini jadinya nilai perpaduan PAS dengan umNO. Rasa-rasanya belum ada pemimpin PKR dan DAP yang terdesak dengan isu ni. Yang nampak terdesak sekarang ni adalah PAS. Dulu tanpa isu ni PAS nampak begitu elegan sekali. Wajah pemikiran pemimpin-pemimpin PAS begitu rasional sekali. Tapi bila bab cuba Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni nampak yang sehati sejiwa pemikiran PAS ni berbeza-beza pulak. Adakah perkara baik seperti ini seakan-akan menimbulkan malapetaka buat PAS. Sedangkan rakan mereka tadi umNO nampak semakin baik dan bertenaga pula.

Ni lah yang menggambarkan sebenarnya niat umNO mahu membesarkan isu Kerajaan Perpaduan ni. umNO dah lama tahu bahawa inilah senjata yang cukup ampuh untuk mereka menjahanamkan PAS. Dan segalanya nampak terserlah kini. Yang jelas niat baik umNO untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan ni akan menghancurkan PAS. PAS akan rugi manakala umNO akan untung. PAS akan binasa umNO akan perkasa.

Dengan kata lain tidak ada niat ikhlas yang ada pada hati jiwa umNO ni untuk berpadu dengan PAS. Yang ada hanyalah niat untuk menghancurkan PAS. Bila PAS hancur maka kuasa umNO kembali kuat. Apa yang ditunjukkan dalam Kerajaan Perpaduan ni seolah-olah, PAS seumpama sepohon durian yang lebat buah serta rendang pohonnya cuba menanam pokok Ara umNO di pohon mereka. Pokok Ara akan tumbuh subur merimbun dengan akar besar membelit manakala pokok durian akan mati kekeringan.

Rasa-rasanya belum tertafsir dalam nilai persahabatan yang dikatakan baik itu membawa keburukan kepada mana-mana pihak melainkan ada niat busuk disebaliknya. Kerana perkara baik jika dilakukan dengan niat yang tidak baik maka buruk jadinya. Kenapa pengabungan PAS dengan PKR dan DAP menciptakan perpaduan yang begitu kukuh dan utuh sekali. Kebaikan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat ni begitu mendatangkan faedah dan manfaat besar sekali kepada PAS. Tapi perpaduan umNO-PAS ni membawa kemudaratan kepada PAS ? Tak masuk akal kebaikan yang umNO lagukan dalam Kerajaan Perpaduan ini menimbulkan keburukan pada PAS seperti waktu ini. Pasti ada niat buruk disebalik Kerajaan Perpaduan ni !

Kepada mana-mana pihak yang terus menyokong usaha ni pasti nampak niatnya. Yang menyokong dalam isu ni semuanya adalah kroni-kroni umNO yang selama ini telah ditarbiyahkan oleh umNO bahawa PAS adalah musuh umNO. Kekuatan PAS adalah malapetaka besar buat umNO. Justeru itu jika mereka mahu umNO terus hidup maka mereka haruslah menghancurkan seterusnya menjahanamkan PAS. Buatlah apa saja demi sasaran ini. Kalau sebelum ni melalui cara by hook or by crook semakin berjaya menguatkan PAS kini cara lebih efisen lagi digunakan.

Dalam istilah perjuangan pernah menyatakan ; Sekiranya kamu tidak mampu mengalahkan musuh kamu dengan cara berlawan dengan mereka maka hendaklah kamu menggunakan cara berbaik-baik dengan mereka. Nescaya kamu akan mampu menggalahkan musuh kamu itu.
Kepada seluruh organisasi PAS sedarlah, insaflah bahawa sesungguhnya umNO itu adalah musuh kamu yang nyata. Perkuatkanlah saf-saf perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin kamu dalam menentang umNO ni agar segala tentera bawahan kamu yakin bahawa PAS adalah Pembela Bangsa dan Negara.

Perpaduan PAS adalah atas dasar Agama Islam bukannya atas prinsip perjuangan parti. Renungkanlah dan lihatlah bagaimana lagaknya pemimpin-pemimpin umNO membicarakan isu ni pada arus perdana. Mereka kini tersenyum megah bila menyebut Kerajaan Perpaduan ni di media umNO. Wajah pemimpin-pemimpin umNO begitu berseri-seri bersolekkan Kerajaan Perpaduan ni. Sedangkan di pihak PAS waktu ini pemimpin-pemimpin PAS kesakitan menanggung derita. Anak-anak kebinggungan melihat kesakitan ayah mereka.

Bangkitlah PAS dengan segera kerana Manek Urai sedang menunggu kamu. Maruah PAS lebih penting dan cukup berharga buat rakyat di Manek Urai. Rakyat Malaysia sedang menunggu reputasi PAS di Manek Urai. Sejarah-sejarah kegemilangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam setiap PRK di Semenanjung menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya gabungan PAS dan Pakatan Rakyat. Aura kekuatan ni semakin terasa bayunya dari Perlis hingga ke Sabah.

Justeru itu musnahkanlah segala jerat yang terpasang oleh umNO ni. Jika terjerat sekalipun waktu ini maka kumpulkan segala kekuatan dan tenaga PAS secara keseluruhannya dengan niat perjuangan suci PAS, tarik nafas panjang-panjang, sentakkan jerat itu biar terputus dari ikatan. Biarlah sakit asal jangan mati.

Rakan-rakan doktor dari PKR dan DAP sedia mengubati. Merekalah rakan dan teman sejati untuk mengukuhkan perjuangan PAS. Yakin dan percayalah bahawa dengan niat para penyokong ikhlas yang berada di segenap tempat merentasi warna kulit dan bangsa maka PAS akan akan mampu pulih dari kecederaan ini.

Yang penting.......kuburkan Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni di Manek Urai. Buktikan dan tegaskan kepada rakyat bahawa PAS adalah satu-satu pilihan bangsa melayu yang benar-benar membela dan menjaga hak mereka. Tidak akan ada istilah Kerajaan Perpaduan PAS-umNO. Jika melayu benar-benar ikhlas membela hak dan bangsa Melayu maka PAS adalah pilihannya. Ini kerana PAS adalah parti yang lebih komplit daripada umNO. Bezanya hanya satu umNO masih berkuasa dan kuasa PAS tidak diiktiraf oleh umNO.

Insya Allah jika kuasa PAS diiktiraf oleh rakyat maka PAS akan membuktikan bahawa dasar perjuangan PAS mampu mengangkat dan memartabatkan bangsa melayu dan Islam itu ke tahap yang lebih gemilang. Doa kami: Biduk lalu kiambang pun bertaup.

Ayuh! Buktikan ketelusan dan kehebatan PAS kepada rakyat. Allahhu Akbar, Allahhu Akbar, Allahhu Akbar.

@@Bro Luv@@

Friday, June 19, 2009

AMK BAHAGIAN / DEWAN PEMUDA PAS KP SEDIA JENTERA KE MANEK URAI.....

Dalam kemelut kisah kerajaan perpaduan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah dan Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Pilah telah merancang menghantar jenteranya ke PRK Manek Urai pada 1~~14Julai ini....

Sdr. Nizam, Timb Ketua AMK Bah Kuala Pilah dan Sdr Utz Fuad Ketua Pemuda Pas Kaw Kuala Pilah ketika dihubungi media Pakatan Rakyat memberitahu, " AMK KP dan DPPKP akan ke Manek Urai sekitar 1-14 Julai, insyallah". Beliau menambah lagi, "walaupun jumlahnya tidak ramai AMK dan DPP akan membantu."

Sehubungan itu beliau menyeru AMK / DPP kawasan / negeri lain turut bersama membantu calon PAS yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Ketika ditanya mengenai jumlah jentera AMKKP/DPPKP, beliau sedang mengumpulkan seberapa ramai dan akan berkerjasama dengan DPPNS dan AMKNS.

Beliau menjawab ketika ditanya mengenai peluang calon Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, " jika memandang remeh, kita akan menerima kekalahan seperti di Batang Ai".

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai had umur AMK kepada 35 tahun, Nizam berkata, "Undi majoriti telah bersetuju, kita bukan Umno yang semua setuju semasa membuat keputusan kemudian bertelagah." tegasnya lagi...
.

KAMI BERADA DI KIRI KANAN DEPAN BELAKANG TOK GURU.....


INGAT!!!! KEMANA KITA WAKTU TOK GURU SUSAH DAN MENDERITA TATKALA KELANTAN DIHINA, DICERCA DAN DILANYAK HINGGA TOK GURU MENANGIS KESEDIHAN.. dimanakah kita !!......INGAT...dimanakah kita sekarang ...
KAMI BERSAMA TOK GURU.. SUSAH DAN SENANG, SENYUM DAN TANGIS, KAMI TETAP BERSAMA...TAKBIRRRRR...

TITISAN AIR MATAMU BERHARGA KETIKA SUSAH...TETAPI KETIKA MEREKA SENANG?????

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru...

Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...

Kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.

KAMI BERSAMA TUAN GURU!!! TAKBIRRR....

ir pening...

Wednesday, June 17, 2009

ANAK MUDA MALAYSIA AKAN INGATI PERISTIWA INI...



Dato Seri Nizar...akan ku ingati laungan semangat mu di Parlimen. Laungan yang telah menyebabkan Zionis BN terkejut dengan tindakan mu itu.

Benar kalau ikut kata MSO tindakan mu itu persis beruk. Biarkan. MSO baru lagi dalam kancah politik PAS.

Anak muda Malaysia sudah persetankan tulisannya. Kami ini yang menyokong anda. Kami ini yang akan menampal poster mu di bilik kami. Kami ini akan membawa semangat juangmu yang cukup tinggi.

Nizar.....teruskan perjuangan ini......rakyat sedang bangkit untuk menguburkan UBN dalam PRU13 nanti...........takbirrrrrrrrr.....

ir pening...

Wahai pimimpin PR...MANEK URAI DAH DEKAT NIHHH....APO CITOO..

Wahai semua pimpinan Pakatan..., Manek Urai dah dekat dah nie..apo korang dok sebok sangat pasal isu Kerajaan Perpaduan ini apasal??!!! Dah kemaruk sangat ka?? Siang malam dok cerita pasal benda nie..... Dah dah la tu. Lepas Manek Urai sambung la balik isu kerajaan perpaduan ke apa ke...

Woi Bloggers, dah dah la tu bincang isu kerajaan Perpaduan tu. Ni hala senjata kat Manek Urai. Mulakan serangan kat BN tu. Diorang sengaja..aku ulang sekali lagi SENGAJA mainkan isu kerajaan perpaduan. Biar korang hilang tumpuan. Lagi kita layan, lagi senang dorang nak membohong rakyat....

Aku ni rakyat bawahan, aku tau, TG Nik Aziz dah bagitau jangan sokong kerajaan Perpaduan. Anwar pun kata kita nak bincang pun hanya isu nak selamatkan ekonomi negara. Aku nak Pakatan kuat. Menang sekali lagi kat Manek Urai.

WOI...WOIIIIIIIIIIIIIIII...dah la tu...Manek Urai tentera Zionis BN dah mula pi amik tempat kat kampung - kampung tu. Bloggers?? Cepat...jom jom...kita pegi Manek Urai......

Akann ku lawan habis-habisannn untuk kuburkan UMNO....tiada tempat untuk UMNO BEE END di muka bumi ini selepas ini...lawan totap lawan...

ir poning...

Saturday, June 13, 2009

Kongres Khas PKR 2009 - 13jun09


PKR semalam telah mengadakan kongres khas pada Sabtu (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahli partinya memilih keppimpinan pusat mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas.

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR.

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti

Lawan tetap Lawan....Lawan demi Islam dan Keadilan....ayuh rakan2 PAKATAN RAKYAT...bersatu kita....jangan mengundur....setiap langkah kita hendaklah ikhlas kerana ALLAH....

Kemenangan Ahmadinejad: Kemenangan untuk Islam


TEHRAN- Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah memenangi pilihanraya umum negara itu apabila menewaskan calon popular Mirhossein Mousovi.

Ahmadinejad mendapat undi sebanyak 65% berbanding Mousovi yang membawa agenda utama iaitu menggalakkan perdamaian di antara Iran dan Amerika.

Ahamdinejad yang dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang lantang bersuara menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha perdamaian dengan Washington masih mengekalkan pendirian untuk membangunkan tenaga uranium di negara teluk itu.

Sebelum ini juga Ahmadinejad dilihat sebagai seorang yang lantang mengecam pemimpin arab berikutan serangan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan beribu warga penduduk Palestin. Hanya beliau seorang yang dilihat berani mempertahankan hak tanah suci umat Islam itu secara terang-terangan.

Hakikatnya beliau dapat diibaratkan sebagai 'Singa' bagi umat Islam pada era ini meskipun beliau berketurunan Syiah. Dunia melihat kemenangan Ahamdinejad sebagai kemenangan untuk seluruh umat Islam...takbir....

SENARAI PENUH AJK KERJA PAS PUSAT 09/11

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
& PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 � 2011

Presiden
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO' USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya
DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa
DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO' HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

AHMAD DULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO' DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

JOHOR : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

SABAH : MUHAMAD ABDULLAH

SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA

selamat menjalankan amanah rakyat yang memilih anda semua.....kami warga PR Juaseh KPNS sentiasa bersama-sama anda dalam melaksanakan amanah demi ISLAM DAN KEADILAN.....takbir..

ir pening....

BERITA EKONOMI...

BERITA BAIK
CARACAS (Reuters) – Hugo Chavev pemimpin revolusi sosialis Venezuela hari Rabu dahulu telah menutup kilang Coca-Cola dan menarik minuman Coke Zero dari pasaran.

Minuman ini merosakan kesihantan warga Venezula. BOILOT ISRAEL.........


BERITA SEDIH KAUM KAPITALIS
Menurut akhbar Japan Today dua warga Jepun telah ditahan di sempadan Itali/Switzerland.

Dua warga Jepun ini cuba membawa $134 billion dolar undeclared U.S. bonds, mostly Treasury bonds.


GERMAN
June 10 (Bloomberg) – Syarikat German yang jatuh muflis telah meningkat 10 peratus untuk tiga bulan pertama tahun ini.

Ekonomi German telah mengecut. Tahun lalu 7,712 syarikat telah jatuh muflis mengikut laporan Federal Statistics Office di Wiesbaden. Kenyataan ini juga menunjukkan pada bulan March ini syarikat jatuh muflis telah meningkat ke 31 peratus. Tahun lalu hanya 2,874 syarikat yang muflis.

Keseluruhan syarikat muflis untuk tiga bulan pertama tahun ini ialah 39,004.


AMERIKA
June 11 (Bloomberg) – Rumah kediaman yang dirampas oleh bank kerana tuannya tidak sanggup membayar hutang bulanan di Amerika untuk 3 bulan pertama tahun ini telah melintasi 300,000 buah.

Pada bulan May ini mungkin angka rumah untuk dilelong akan mencecah angka 1.8 juta buah – ini mengikut laporan RealtyTrac Inc.


Yg SELAMAT
Hanya sebuah negara sahaja dalam dunia ini yang terselamat dari krisis ekonomi dunia ini.

Ini kerana negara ini untuk pertama kalinya dalam dunia telah berjaya menemui cara untuk mengeluarkan minyak dari sampah sarap.

Negara ini memang banyak sampah dan sarap.

Negara ini bernama MALAYSIA kah kah kah....MALAYSIA NEGARA KASIM SELAMAT BULIH LAA...