Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, June 19, 2009

AMK BAHAGIAN / DEWAN PEMUDA PAS KP SEDIA JENTERA KE MANEK URAI.....

Dalam kemelut kisah kerajaan perpaduan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah dan Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Pilah telah merancang menghantar jenteranya ke PRK Manek Urai pada 1~~14Julai ini....

Sdr. Nizam, Timb Ketua AMK Bah Kuala Pilah dan Sdr Utz Fuad Ketua Pemuda Pas Kaw Kuala Pilah ketika dihubungi media Pakatan Rakyat memberitahu, " AMK KP dan DPPKP akan ke Manek Urai sekitar 1-14 Julai, insyallah". Beliau menambah lagi, "walaupun jumlahnya tidak ramai AMK dan DPP akan membantu."

Sehubungan itu beliau menyeru AMK / DPP kawasan / negeri lain turut bersama membantu calon PAS yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Ketika ditanya mengenai jumlah jentera AMKKP/DPPKP, beliau sedang mengumpulkan seberapa ramai dan akan berkerjasama dengan DPPNS dan AMKNS.

Beliau menjawab ketika ditanya mengenai peluang calon Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, " jika memandang remeh, kita akan menerima kekalahan seperti di Batang Ai".

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai had umur AMK kepada 35 tahun, Nizam berkata, "Undi majoriti telah bersetuju, kita bukan Umno yang semua setuju semasa membuat keputusan kemudian bertelagah." tegasnya lagi...
.

No comments: