Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, June 13, 2009

Kemenangan Ahmadinejad: Kemenangan untuk Islam


TEHRAN- Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah memenangi pilihanraya umum negara itu apabila menewaskan calon popular Mirhossein Mousovi.

Ahmadinejad mendapat undi sebanyak 65% berbanding Mousovi yang membawa agenda utama iaitu menggalakkan perdamaian di antara Iran dan Amerika.

Ahamdinejad yang dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang lantang bersuara menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha perdamaian dengan Washington masih mengekalkan pendirian untuk membangunkan tenaga uranium di negara teluk itu.

Sebelum ini juga Ahmadinejad dilihat sebagai seorang yang lantang mengecam pemimpin arab berikutan serangan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan beribu warga penduduk Palestin. Hanya beliau seorang yang dilihat berani mempertahankan hak tanah suci umat Islam itu secara terang-terangan.

Hakikatnya beliau dapat diibaratkan sebagai 'Singa' bagi umat Islam pada era ini meskipun beliau berketurunan Syiah. Dunia melihat kemenangan Ahamdinejad sebagai kemenangan untuk seluruh umat Islam...takbir....

No comments: