Bagaikan
bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan
detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia.
Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini
sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat
itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau
Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak
kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.
Rakyat
khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada
BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan
tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi
dan kuasa rakyat.."
Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia
menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar
di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses
media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia
berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang
mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat
khabar.
Maka, tak menghairankan BN lebih berkubu di kawasan
kampung, pedalaman, Felda dan juga 'fixed deposit' di Sabah &
Sarawak. Pengundi di kawasan sebegini kurang terdedah kepada sumber
maklumat alternatif dan mempercayai seboleh mungkin segala propaganda
Utusan, Berita Harian, RTM & TV3. Sebagai bukti, PR mampu menang di
negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan hampir kesemua ibu negeri
di Malaysia.
Mengikut pecahan kaum pula, PRU12 menunjukkan
ketika itu kaum Cina dan India bangkit membuat perubahan manakala kaum
Melayu agak kurang yang membuat perubahan. Maka hasilnya, PKR yang
bertanding di kerusi campuran kaum dan DAP yg bertanding di kerusi
majoriti kaum Cina mendapat kerusi yang lebih banyak berbanding PAS.
Contoh yang paling mudah, kes di Perak di mana DAP mendapat kerusi DUN
paling banyak manakala PAS mendapat paling sedikit.
Mengikut
faktor geografi pula, arus 'tsunami' ini deras melanda di sebelah Pantai
Barat dan Utara sahaja. Di sebelah Pantai Timur dan Selatan pula hanya
tempias sahaja yang melanda. Maka hasilnya, BN masih kekal berkuasa di
Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu. Di Negeri Sembilan pula, BN gagal
mendapat 2/3 kerusi Dun kerana kerusi campuran telah dimenangi DAP dan
PKR. Di Sabah dan Sarawak pula jelas menunjukkan ketika itu, mereka
sebagai penyelamat kerana berjaya menyumbangkan 55 kerusi parlimen kpd
BN berbanding pembangkang hanya mendapat 2 kerusi (Kuching dan Kota
Kinabalu). Di Semenanjung, BN hanya menang 85 kerusi manakala
pembangkang pula mendapat 81 kerusi. BN juga gagal mendapat undi popular
di Semenanjung iaitu 49% berbanding 51% dimiliki pembangkang.
Episod baru politik Malaysia ini tak terhenti di situ. PM, Pak Lah
gagal untuk memimpin kerajaan baru pada 2008 ini dengan teguh
sepertimana PRU 2004. Beliau ditekan daripada segenap sudut, dari dalam
mahupun luar. Antara yang utamanya ialah persetujuan awal dari Ahli Parlimen BN "Kerajaan Baru 16
September" tajaan Anwar dan juga konspirasi kudeta rampasan kuasa di
Perak. Akhirnya beliau berundur dan menyerahkan baton PM kepada
penggantinya, Najib Razak. Senario politik Malaysia terus berwarna-warni
dengan kemunculan NGO tajaan Umno iaitu Perkasa dan deretan NGO lain
yang atas namanya pelbagai tapi hakikatnya ia dimiliki BN mahupun PR.
Setelah itu, giliran Pembangkang pula diuji iaitu 'katak-katak' pun
muncul melompat ke seberang dengan diberitakan menerima tawaran-tawaran jutaan ringgit dari BN . Walaupun mereka tidak menyertai BN secara
terus tetapi hakikatnya mereka adalah 'bebas' yang pro BN. Antara aktor
utamanya ialah Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, dan Zulkifli
Nordin.
PRU13: "Harapan baru untuk rakyat & perubahan yang membawa kesejahteraan..?"
Kini, pada bila-bila masa sahaja PM, Najib akan mengumumkan pembubaran
parlimen dan sekaligus PRU13 akan dilangsungkan. Buat pertama kalinya,
kelihatan PM begitu takut untuk membubarkan parlimen sedangkan mandat
yang diberikan oleh rakyat secara moralnya tamat pada hari ini 8 Mac
setelah genap 5 tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa kali ini parlimen
begitu lambat dibubarkan..? Mungkin sebab PM masih mencari masa yang
terbaik pada ketika sekalian rakyat jelata merasai manisnya gula-gula
yang diberikan itu atau mungkin juga PM belum yakin akan kemampuan BN
utk kembali ke Putrajaya setelah kuasa yang ada sekarang diserahkan
kepada rakyat.
Antara faktor lain yang menarik untuk kita
perhatikan pada PRU13 ini ialah kecenderungan rakyat untuk membuat
perubahan. Setakat ini, kelihatannya kaum Cina begitu kuat dan
bersemangat untuk menukar kerajaan baru, kaum India sebahagian besarnya
sudah mula berpatah balik kepada BN manakala kaum Melayu..? Kaum Melayu
masih dalam dilema kerana mereka yang di pedalaman mahupun golongan
intelektual ada yang termakan dengan momokan ‘jika PR menang, habislah
nasib kita orang Melayu, Islam akan diketepikan, Raja akan hilang kuasa’
dan bermacam lagilah igauan mimpi ngeri yang cuba ditanam dalam minda
orang Melayu. Maka usahlah dihairankan apabila munculnya Third Force,
arus baru yang mengaku mereka tak berpihak kepada mana-mana tetapi
hakikatnya mereka adalah penyelamat kepada BN antaranya ialah Jati dan
juga Isma.
Di samping itu, PRU13 ini adalah "perang alam
siber". Jika PRU 2008 dahulu, ruang vakum internet ini dikuasai
sepenuhnya oleh pembangkang melalui blog, Youtube dan portal berita
kini, BN telah pun menyedari kealpaan mereka dahulu. Maka medan
pertempuran maklumat di alam maya ini sama ada melalui Facebook,Twitter,
Youtube dan Blog menjadi persaingan hebat antara PR vs BN. Pelbagai
kaedah dan strategi digunakan sehingga kadangkala ia melampaui batas
seperti sebaran fitnah dan gambar yang diubah suai sesuka hati mengikut
selera kecenderungan parti masing-masing. Begitu hebatnya penangan media
baru ini begitu jelas dapat dilihat seperti contoh fenomena "Listen,
Listen, Listen", "Ini semua salah Anwar", dan bermacam lagi virus
maklumat yang begitu cepat tersebar dengan adanya fungsi button "share"
di FB.
Sebagai akhirnya, PRU13 ini adalah cabaran getir buat
kedua-belah pihak. BN akan berusaha dengan begitu bersungguh seperti
mana amanat Presiden Umno, Najib pada 2010 iaitu "walau berkecai tulang
dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari,
walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".Malangnya ...Imej BN hampir musnah dengan pendedahan kes C4 Altantunya oleh Deepak adik angkat Rosmah dan penyiasat persendirian PI Bala yg di bayar oleh sahabat Najib Razak Baginda. Yang terbaru Kes Lahad Datu dengan amarah militan SULU yg telah mengorbankan Anggota Polis atas kegagalan perjanjian tanah & penempatan seperti dakwaan beberapa pemimpin SULU yang telah tersiar dalam media2 Filipina. Rakyat Sabah kecewa kerana hanya untuk memenangkan BN, projek IC oleh Mahathir kepada pendatang-pendatang ini telah mula "makan tuan"
Sebaliknya ..Kesedaran umum terhadap PR semakin terserlah bila bapa Saifool dlm kes liwat2 memohon maaf terbuka kepada Anwar dengan mendakwa bahawa ini adalah satu konspirasi Najib untuk menjatuh Anwar.
PR pula yang dikemudi oleh Anwar seboleh mungkin memacu bersama PKR,
PAS dan DAP ke mercu kuasa Putrajaya. PAS dilihat memikul cabaran yang
paling getir kerana secara tradisinya akan bertanding di kerusi majoriti
Melayu. Kerja keras dengan gerak kerja serta maklumat-maklumat terkini wajib sampai kepada setiap pengundi sekiranya ingin bersama-sama melihat arus perubahan dalam
kalangan kaum Melayu pendalaman untuk mendayung bahtera ke
Putrajaya.
Impian PR untuk sampai ke Putrajaya juga akan
menjadi realiti sekiranya berlaku perubahan besar di Sabah dan Sarawak,
serta kaum Melayu dan India turut sama dengan arus perubahan. Dan
sememangnya, faktor pengundi muda khususnya Generasi Y yang sifatnya
kritikal dalam menilai juga akan menjadi salah satu faktor utama penentu
dalam PRU 13 ini. Pengundi lain juga secara umumnya sudah semakin bijak
dalam menilai dan membuat pilihan dengan syaratnya akses media yang
adil sampai ke segenap lapisan masyarakat.
SPR pula sebagai
pengadil perlawanan perlulah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka
dengan berani, telus dan adil untuk mengendalikan the mother of all
election yang dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia ini.
Sebagai Muslim, kita tetap yakin dan percaya bahawa tiada kerajaan yang
mampu kekal berkuasa selamanya kerana kuasa itu sebenarnya adalah milik
Allah. Pemimpin yang dipilih itu perlu melaksanakan amanah dengan
panduan dan suluhan wahyu Al Quran dan As Sunnah. Segala perancangan dan
tipu daya yang dibuat manusia yang angkuh untuk kekal di puncak kuasa
takkan mampu untuk melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah
Yang Maha Berkuasa.
Selamat mengundi. Laksanakanlah hak anda
untuk memilih pemimpin dengan pertimbangan akal dan iman demi masa depan
baru tanah air Malaysia kita yang tercinta ini.
1 comment:
Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...
BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4
Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)
Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..
Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6
Post a Comment