Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni??
Gara-gara
taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak , akhirnya agama Islam itu
sendiri jadi carca merba di buatnya.
Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan
untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu
mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang.
Jika mereka
terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak
katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.
Terbaru, PahangDaily berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
Sungguh
mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur
Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada
perasaan bersalah oleh pihak terbabit.
Selama ini,
ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak
perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di
sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur
orang Asli.
Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.
Soalnya
sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?.
Tidak timbul
persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang
penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah
tertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letak
bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Malah
terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum
mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga
Kemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib di
Parlimen Pekan.
Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?.
Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini.
Ternyata apa
yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam
sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.
No comments:
Post a Comment