Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, January 14, 2012

Anwar bakal PM yg Hebat-Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

BEKAS MENTERI UMNO NI KATA.... ANWAR AKAN JADI PERDANA MENTERI YANG HEBAT DIMATA RAKYAT !!!

Bekas menteri Umno berkata kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi Perdana Menteri yang hebat dimata rakyat, beliau menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong.

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang Presiden nya Tengku Razaligh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang)

Tan Sri Kadir Sheik Fadzir masih menjadi ahli Umno dan Jawatan terkini ialah selaku Bendahari Umno bahagian Kulim Bandar Baharu.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada tahun 1999 di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-empat Tun Mahathir Mohamad, serta jawatan sebagai Menteri Penerangan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-lima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Apabila DSAI masuk ke kampung dan apabila beliau bercakap dengan orang kampung beliau nampak natural... beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong... jadi beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat kampong... sebab itu jika beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat yang mempunyai sikap semulajadi nya yang suka mengambil berat tentang rakyat......Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat.... Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat..... dengan sikap beliau yang semulajadi".

Mengulas tentang keputusan Mahkamah yang membebaskan DSAI dari Tuduhan Liwat II, kata nya

"agak mengejutkan dan bersejarah kerana beliau percaya sebelum keputusan diumumkan,70 peratus DSAI yang juga ketua pembangkang itu akan dihumbankan ke penjara".


Komen beliau tentang kebebasan Badan Kehakiman yang dikatakan Bebas olek Media Arus Perdana dan kebanyakan Ahli Umno/Bn serta PM Datuk Hj Seri Najib, katanya

"keputusan ini tidak cukup untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan, cuma Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak".


Rasanya Tan Seri ini akan membuat orang Umno jadi panas macam cacing kepanasan, walaupun tidak membandingkan antara Datuk Seri Hj Najib dengan DSAI secara langsung... tetapi sebalik kata-kata beliau jelas membayangkan DSAI jauh lebih bagus cara Kepimpinan Politik yang semula jadi dan tidak berlakun drama macam Datuk Seri Hj Najib

Cara berpolitik Umno sudah ketinggalan Zaman atau pun cara Zaman Pra-Sejarah.... Zaman semasa letak calon katak dengan lembu pun Umno/Bn boleh menang.... atau pun memang Umno tak boleh berubah kerana Sejarah Kelahiran nya yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah hasil

No comments: