Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, August 30, 2011

Penghayatan tarbawi Aidilfitri

HARI RAYA Aidilfitri disambut oleh umat Islam setelah mereka selesai menunahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPubAx-hQ4m0TUrtHtkT1ZSryNoWIgnAIuYehizeOYv2RERJUmF3RAARKRyTZjbUlOtSoE4-rA0UKS4lSHQ6iuGPfhLhoAsrKUfVfqQPHikeTMFiYxkrc4KhoBpycjQGnIHHZqSmbXE3wl/s320/kadraya6.jpgikan ibadat puasa selama satu bulan didalam bulan Ramadan.

Setelah umat Islam berjaya memasuki madrasah ramadan dengan penuh penghayatan, tentunya membawa makna Kejayaan kita dalam melawan hawa nafsu serta menghapuskanya sama sekali dalam diri kita.

Lantaran itulah mereka dibenarkan bersukaria dan bergembira pada hari tersebut. Islam mengajar umatnya untuk menyambut hari raya dengan penuh syiar yaitu kejayaan mereka membentuk kerohanian dan keperibadian yang sejati melalui madrasah tarbiah Ramadan.

Kejayaan inilah yang akan menjadi kekuatan jatidiri dalam menghadapi ujian duniawi yang sangat mencabar selama sebelas bulan yang mendatang sehingga sekali lagi mereka bersama-sama Ramadan akan datang.

Laungan takbir “Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,” yang bertali arus sudah pasti akan menaikkan semangat dan daya juang yang tinggi di kalangan orang yang memahami syiar tersebut.

Lafaz yang membawa maksud, Allah SWT yang maha besar dan mengatasi segala yang lain menjadi signal yang jelas kepada semua yang syirik kepada Allah SWT tentang kehancuran mereka.

Allahu Akbar yang tersurat dan tersirat pengertiannya akan membawa pengucapnya menolak segala kekeliruan dengan Allah SWT dan dalam waktu yang sama mereka mesti menolak selain dari ajaran Allah.

Laungan ‘Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu Akbar’, merupakan janji dan ikrar dari seluruh umat Islam untuk kembali kepada Islam. Laungan yang membawa erti tauhid yang tidak berbelah bagi hanya untuk Allahu azzawajalla.

Ucapan takbir dan tahmid dihari raya juga banyak memberi gambaran kemenangan Islam silam dan juga janji kemenangan dari Allah di sepanjang zaman walaupun dalam tempoh perjuangan ini terdapat berbagai bagai mehnah dan tribulasi.

Kemenangan Islam dalam peperangan al-Ahzab yang tidak diduga oleh sesiapa merupakan inspirasi perjuangan Islam sepanjang zaman. Sejak bermulanya perjuangan Islam di zaman Nabi Nuh a.s sehingga kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah menguji mereka dengan berbagai-bagai ujian disamping ia memberi pertolongan dan kemenangan.

Dalam sejarah Islam Allah telah menolong Nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Musa, Isa dan semua Nabi dan Rasul yang lain termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w hingga hari kiamat. Hakikat ini disebut oleh Allah di dalam al Quran al- Karim melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbung rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekik); Dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, Adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebabsebab yang menimbulkan kemarahannya?

Kemenangan duniawi yang menjadi matlamat kedua selepas kemenangan hari Akhirat pastinya amat mustahak kerana dengan pemerintahan Islam sahaja hukum hakamnya akan dapat ditegakkan dikalangan manusia yang sekali gus akan dapat menyelamatkan akidah mereka di dunia ini.

Umat Islam mesti yakin dengan janji kemenangan ini walaupun mereka terpaksa mengharungi suasana seolah-olah tiada kemenangan di masa hadapan. Janji kemenangan ini sentiasa berlaku di sepanjang zaman terutamanya dizaman Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan Segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

Gerakan Islam di dunia pada hari ini mestilah yakin bahawa mereka akan sentiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT di dalam perjuangan mereka.

Kuasa kuffar dan jahiliyah moden yang ada pada hari akan bertemu dengan zaman kehancuran mereka. Kuasa-kuasa besar dunia yang ada pada hari ini juga akan berakhir dengan kehancuran dan kemusnahan.

Tanda-tanda kehancuram mereka telah mula nampak apabila kuasa besar dunia seperti Amerika, Britain dan lain-lain menghadapi kemerosotan ekonomi dan sekali gus mereka juga berdepan dengan kehancuran moral yang dahsyat.

Di sudut kekuatan ketenteraan mereka juga jelas menampakkan mereka sudah tidak terdaya untuk menghadapi umat Islam di dunia seperti Palestin, Lubnan, Iraq dan lainlain walaupun mereka bergabung denga kuasa-kuasa besar lain.

Pengajaran al-Ahzab. Dunia yang penuh mencabar pada hari ini amat amat memerlukan kepada perubahan segera. Umat Islam mesti bangkit menolak sistem yang lapuk dan durjana ini dan menggantikan dengan sistem dan manhaj Rabbani yang dicipta oleh yang maha berkuasa. Pada hari ini kepada seluruh umat Islam supaya bangkit menolak seluruh ideologi yang sesat dan menyesatkan ini.

Sudah tiba masanya untuk rakyat membuat perubahan melalui sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada di dalam negara kita. Rakyat perlu peka dengan isu-isu besar yang melanda negara seperti isu kehakiman yang menjadi pelindung kepada golongan tertentu yang akhirnya tidak lagi diyakini oleh pelabur asing sehingga negara terdedah kepada kemerosotan ekonomi yang sekali gus akan menekan kehidupan rakyat keseluruhanya.

Begitu juga dengan sistem ekonomi yang hanya berkisar di kalangan kroni dan suku sakat tertentu menyebabkan wujudnya jurang perbezaan taraf hidup yang amat ketara di dalam negara kita. Benarlah firman Allah SWT di dalam al-Quran.

Agihan kekayaan Dan apa-apa yang dianugerah oleh Allah kepada Rasulnya dari hasil mahsul penduduk kampung hendaklah diagih kepada Allah, Rasulnya, kaum kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin dan ibnu sabil, agar kekayaan negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu.

Kegagalan sistem pendidikan yang sepatutnya menjadi nadi kepada negara bertukar melahirkan ramai cendekiawan yang tidak bertanggungjawab.

Kita terlalu banyak mendengar golongan ini tidak menunaikan solat, berzina, minum arak, buang bayi, dan berbagai-bagai jenayah lagi yang menggambarkan gagalnya sistem pendidikan negara kita.

Begitu juga dengan sistem keselamatan dalam negara yang seolah-olah meletakkan fungsinya yang utama adalah dalam kancah politik bagi menjamin kuasa kerajaan yang sedia ada tetap kekal, isu-isu jenayah yang lain hanya menjadi tugas sambil lewa sehingga seluruh rakyat dapat menyaksikan jenayah yang berlaku disetiap ceruk kampung semacam tidak terkawal. Malah laporan berlakunya jenayah didalam masyarakat bandar dan luar bandar hanya tinggal laporan yang tidak ada penyelsaiannya.

Begitu juga dengan SPRM yang hanya cekap bertindak terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa negeri dan terhadap beberapa individu yang sudah tidak mempunyai power dalam negara sahaja diambil tindakan.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terangterangan kadang kala dikatakan bukan rasuah seperti dalam isu pembelian kapal selam, jet pejuang, peralatan ketenteraan, pemberian wang secara terbuka dalam mana-mana pilihanraya adalah amat bercanggah dengan kaedah rasuah mengikut kaca mata Islam. “Semua ini telah lama dibimbangi oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda s.a.w: Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amalan salih sebelum kamu diselubungi oleh zaman yang penuh dengan fitnah sebagaimana malam yang gelap gelita.

Diwaktu pagi manusia beriman kepada Allah SWT tetapi kufur pada petangnya, di waktu petang mereka beriman kepada Allah dan kufur pula pada waktu paginya, mereka menjual agama Allah dengan harga yang murah.”

Kemenangan umat Islam dalam peperangan al-Ahzab antara lain ialah kerana ummat Islam bersatu padu untuk menentang musuh hanya kerana Allah SWT. Mereka sanggup berkorban apa saja termasuk harta dan jiwa raga hanya untuk Allah dan Rasulnya. Mereka juga saling hormat menghormati antara satu sama lain, bahkan mereka lebih sayangkan sahabatnya berbanding dengan diri mereka sendiri. Mereka juga mentaati segala arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka, mereka tidak pernah mendahului kepimpinan dalam perbuatan dan kenyataan mereka.

Malah mereka yakin bahawa dengan ketaatan inilah mereka akan diberi kemenangan oleh Allah SWT. Mereka juga yakin bahawa kemenangan hanya menadi milik Allah SWT sahaja.

Jiwa-jiwa yang bersih ini sememangnya hasil dari tarbiyah ramadaniah sebelum berlakunya al-Ahzab.

Pertembungan Rasulullah dengan bala tentera al-Ahzab bukan saja memberi gambaran bahawa musuh-musuh Islam hanya wujud dari luar malah peperangan ini juga menggambarkan adanya golongam munafikin yang amat berbahaya kepada perjuangan Islam.

Golongan yang hanya menyokong Islam bila dilihat Islam boleh mencapai kemenangan. Mereka akan lari dari perjuangan Islam apabila melihat Islam akan kalah.

Golongan ini disebut oleh Allah SWT didalam surah al-Ahzab yang bermaksud: Ingatlah ketika Allah SWT mendatangkan bala tentera Ahzab dari setiap pelosok atas dan bawah, maka terbeliak mata mereka dan seolah-olah nyawa berada di halqum, lalu mereka bersangka buruk terhadap Allah SWT di sanalah diuji orang yang beriman dan digocang mereka dengan sehebat- hebatnya. Maka berkatalah orang-orang munafik dan orang-orang yang hati mereka sakit dengan Allah SWT, sesungguh nya semua janji dari Allah dan Rasulnya adalah bohong.

Berwaspadalah dengan golongan munafikin ini kerana mereka akan merosakkan semangat perjuangan Islam dari dalam. Golongan ini juga akan mencemarkan imej perjuangan Islam sehingga hari kiamat.

Perjuangan Islam tak akan berakhir selagi hayat manusia masih ada. Begitu juga dengan peranan jahat musuh Islam akan berterusan sehingga hari kiamat.

Lantaran itulah Allah SWT meminta kepada umat Islam supaya mengulangi peristiwa al- Ahzab ini sehingga hari kiamat.

Musuh-musuh Islam boleh bergabung tenaga dalam memerangi umat Islam. Bukan sekadar musuh-musuh dalam negara, malah mereka akan bersatu dari luar negara.

Realiti ini dapat dilihat ketika mereka memerangi umat Islam di Palestin, Afghanistan, Lubnan dan lain-lainnya. Walau bagaimanapun Allah SWT akan tetap bersama-sama dengan orang yang beriman dan Allah pasti akan memberi pertolongan untuk mereka.

Kewajiban memperjuangkan Islam adalah fardu ain bagi setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Perjuangan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w semestinya disambung kepimpinannya oleh para alim ulama bersama dengan seluruh Hawariyyun yang ada.

Perjuangan suci ini mestilah dipelopori oleh orang-orang yang suci rohaninya dan mempunyai niat yang setelusnya untuk Allah SWT. Para pejuang Islam mestilah memiliki ciri-ciri kerohanian yang tinggi agar kita semua tidak dipesongkan tingkah laku dan nawaitu oleh syaitan yang terlaknat.

Ingatlah bahawa Allah SWT akan memberi kemenangan setelah hambanya bersiap sedi untuk menerima kemenangan. Marilah sama-sama kita bertanyakan diri sendiri, sejauh manakah daya juang kita untuk Islam kalau dibanding kan dengan Rasulullah dan para sahabatnya melalui peperangan al-Ahzab ini.

Sekiranya kita rasakan jarak perbezaannya amat jauh dendam kita, ayuh sama-sama kita rapatkan.

Oleh USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH


No comments: