"Kempen BERSIH bergema dalam Muktamar PAS ke 57 tempohari di Taman Melewar. Ucapan para perwakilan menjurus kepada pilihanraya ke 13. Pilihanraya pula ialah salah satu proses dalam sistem demokrasi berparlimen.
Pilihanraya boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi terutama dari pihak pemerintah. Suruhanjaya Pilihanraya boleh sahaja digunakan melalui pelbagai cara dan mekanisme bagi mengekalkan kuasa memerintah walaupun keadaan sebenar di hati majoriti rakyat sudah begitu menyampah denagn pemerintah yang sudah lama korup.
Jangan sampai jadi seperti Mesir, Tunisia dan negara lain yang rakyatnya sudah tidak percaya lagi kepada sistem pilihanraya lalu berdemonstrasi di jalanraya. Pemerintah mesti belajar dari sejarah. ‘atTarikh yu’iidu nafsahu‘ Sejarah akan berulang. Tamak kuasa melalui jalan tidak bermaruah hanya akan mengundang bala bencana besar kepada rakyat dan negara, bahkan seluruh sistem dalam negara itu.
Justru, Pakatan Rakyat serta NGO yang bersamanya menggerakkan kempen BERSIH 2.0 yang memfokuskan kepada 8 tuntutan iaitu membersihkan senarai undi bagi menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dan mendaftar pengundi automatik; mereformasikan undi pos; menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) dari mengundi beberapa kali; masa kempen minima 21 hari; akses media yang bebas dan adil; mengukuhkan institusi awam agar tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang serta demokrasi.
Institusi awam seperti SPR, SPRM, PDRM, badan kehakiman, Peguam Negara harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia; menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.
8 tuntutan ini munasabah dan ada justifikasinya. Walaupun SPR telah menjawab sebahagian dari 8 tuntutan ini tetapi ia masih boleh diargumentasi. Bahkan sesetengah jawapan itu dilihat sebagai alasan yang sebenarnya hanya mahu mengekalkan kuasa BN sahaja. 8 tuntutan ini jugalah yang sepatutnya menjadi fokus kita dan fokus kerajaan
.
Namun, kerajaan BN yang fobia, rakus, trauma, gelojoh dan gopoh melalui Menteri Dalam Negeri dan agensi di bawahnya dan agensi lain seperti media utama telah bertindak secara kasar sekali. Tidak berhemah langsung. Ditangkap yang berbaju kuning- dengan logo BERSIH atau tanpanya, ditahan mereka yang disyaki, Polis kaitkan bom petrol, parang atau baju kuning dirampas-kononnya- senjata dan barangan yang berkaitan dengan BERSIH. Digembar-gemburkan BERSIH ini pertubuhan haram. Perhimpunannya ganas dan macam-macam cerita orang yang sudah terlalu takut kepada bayang-bayang sendiri.
Setelah beberapa lama kempen BERSIH ini dibuat sehingga akhirnya terpaksa Titah Khas dikeluarkan, maka ia sebenarnya telah berjaya. Pimpinan Pakatan Rakyat masih waras. Yang tak berapa waras, ialah menteri yang mengugut rakyatnya sendiri. Samada perhimpunannya nanti di luar stadium atau di dalam stadium, kempen BERSIH dari baju kuningnya, logo BERSIHnya di dalam facebook, blog, portal, website, undian di dalam akhbar milik parti pemerintah yang menyokong perhimpunan BERSIH menjadi satu ‘produk’ baharu bagi mengekalkan momentum sehingga pilihanraya ke 13.
Tinggal lagi, 8 tuntutan BERSIH yang mesti diteruskan sehingga peralihan kuasa, jika berlaku selepas PRU 13 nanti berjalan dengan aman dan tenteram. Pemerintah BN mesti memenuhinya sebagaimana Titah Khas Agong: ‘Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Jelas "BERSIH" tidak haram, bukan pertubuhan penganas seperti yang sering dilebelkan oleh pemerintah BN/UMNO.
Rombongngan BERSIH DITERIMA MENGADAP Kebawah duli Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sulatan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara tepat jam 1.50 petang.
Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan Zaid Kamarddin dari ngo's pertubuhan JIM.
Respon dari pertemuan dengan Tuanku Sultan, BERSIH bakal dihimpunkan dalam stadium seperti yang diminta oleh PM Najib. Namum sanggupkah PM Najib membenarkan himpunan BERSIH di stadium?. Sejarah terbukti perhimpunan secara amam di stadium selalunya gagal mendapat kebenaran dari pehak berkuasa terutama pehak Polis.
Kehebatan dan cara diplomasi serta pandangan Tuanku Sultan cukup baik dan tinggi budipekertinya. Sanggup mencemar duli bertemu dengan rombongan BERSIH.
Akur dengan pandangn Tuanku Sultan BERSIH patuh dan dengar. Natijahnya PM Najib tercalar dan kasrisma sebagai perdana menteri jatuh merundum gagal dalam menyelesaikan sesatu isu yang berbangkit.
Syabas pada pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said serta Zaid Kamaruddin wakil ngos dari JIM, anda adalah pejuang dan berjaya dalam hatu dan jiwa rakyat Malaysia yang perihatin dan tertipi oleh UMNO dan PM Najib.
Ayuh, sekali lagi kita menyeru agar semua penyokong tuntutan BERSIH agar hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka pada 09 Jul nanti.
Kepada kumpulan Patriot atau Perkasa, jangan berputus asa kerana kita mungkin tiada jodoh untuk diketemukan. ATAU kiranya benar2 ikhlas untuk menuntut menambah baik pulih SPR ini, JOM kita bersama2 ke perhimpunan nanti.
No comments:
Post a Comment