From Pelangai dlm perhatian |
Kg Pelangai adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah YB Tn Haji Hasan b Malek merangkap Tim Menteri luar bandar. Malah beliau sendiri berasal dari Jemapoh yg berjiran dengan Pelangai. Kebetulan pula Arwah Md Zin b Maamin ayah Zamri juga berasal dari Jemapoh kawan sepermainan sewaktu zaman persekolahan.
Adalah terlalu mustahil berita ini tak sampai kepengetahuan Yb Hasan. Sedangkan pengerusi JKKK Kg Pelangai Tn Haji Md Nor dan Ketua Umno Cawangannya Yahaya (iya) adalah orang kuat beliau. Dan adalah terlalu mustahil tiada peruntukan Parlimen untuk bencana kecemasan.
Jangan ada lagi tunding menuding kononnya ini adalah kawasan adun Juasseh Md Radzi. Perkara seumpama ini pernah terjadi dua bulan yang lepas. Satu kebakaran rumah di Kg Ceriau KP yg turut mengorbankan tuan rumah. Pewaris cuba memohon bantuan bencana ke Parlimen KP...Jawapan yg diterima bantuan itu sepatutnya di tuntut kepada YB Adnan Adun KP.
Tolak menolak beginilah yang semakin membosankan rakyat. Kedudukan YB2 ini adalah amanah rakyat dengan kepercayaan masa pilihanraya. Adakah dana2 bantuan bencana tidak ada lagi.? Atau perlu digunakan untuk melobi menempatkan diri masing2 masa pemilihan Umno bahagian yg semakin rancak berjalan.
Jangan terlalu petah membelasah negeri pakatan seperti Selangor dgn hujah yg tiada berfakta, hampir tiada ruang untuk membentuk mendidik anak2 Melayu. Pentas merasmikan Sukan sekolah, PIBG dan apa jugak program yg tiada berkaitan dengan parti pun menjadi modal YB2 ini menjerit2 kepada Pakatan.
Sedangkan Selangor sentiasa memberi perhatian anak2 negeri. Bantuan kewangan dan pelbagai bantuan untuk pendidikan, anak kelahiran Selangor, kematian dan penggunaan air telah pun dilaksakan tanpa mengira fahaman politik.
Wahai penduduk2 Kuala Pilah.....kiranya dlm sebulan dua ini, YB2 ini masih menutup telinga. bermakna anda adalah mangsa ucapan retorik kononnya UMNO pembela bangsa. Jangan hanya leka berbelanja untuk menjual nama dengan papangan bena2 dan billboard hampir di setiap simpang jalan, termasuk billboard yang besar (pasti belanjannya besar) dan sering bertukar2 terpacak di tebing rumah arwah ibu beliau di Jemapoh...."Kuala Pilah maju bersama BN" konon.
Kiranya YB2 ini perihatin.....bantu sekarang...jangan dah disergah dlm SINAR atau blog2 baru bertindak. Atau dah ada yg terkorban seperti kejadian Hulu Langat baru bertindak??? Atau dah tidak tercalon lagi atau tumpas di pilihanraya baru tergadah.
Sumber SINAR: Rumah diancam hakisan tanah
No comments:
Post a Comment