Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, July 31, 2010

Orang UMNGOK tolong jawab

Salam Semua, dah lama IR Pening tidak berwawancara, maaf di pinta kerana IR Pening berkelana jauh ke hujung dunia. Kini IR Pening kembali di Juaseh/Jemapoh untuk bersama-sama meriahkan suasana bersama-sama sahabat-sahabat yang setia:

Minta juak-juak UMNOGOK tolong jawab soalan-soalan dibawah:

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Sekian. Media Juaseh/Jemaph

Friday, July 30, 2010

Ikan besar akan didakwa....???

Sumber FreeMalaysiaToday

PETALING JAYA: Para pemimpin pembangkang hari ini mengalu-alukan keputusan untuk mendakwa bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tony Pua dari DAP menjangka lebih banyak "ikan besar" akan didakwa di mahkamah.


Bagus…..melihat Peguam Negara mendakwa ikan besar. Ini merupakan kes rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia dan menandakan lebih banyak ikan besar akan masuk jala," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan ketua ekonomis parti itu.

Beliau berkata, pendakwaan kali ini nampak lebih kompeten, terutama apabila pendakwaan selama ini dilakukan dengan cara tidak senonoh atau gagal.

Semalam, Ling bekas menteri pengangkutan, didakwa dengan dua tuduhan menipu berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu, yang berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan tersebut.

Sementara itu, Tony Pua yang memberitahu bahawa tokoh berprofil tinggi yang lain turut terlibat berkata, "Ling tidak boleh bertindak seorang diri."

Ditanya sama ada beliau menjangka mendapat berita itu, beliau berkata, "tidak…… sesuatu yang memeranjatkan dan tanda pendakwaan yang positif."

Beliau juga bersetuju apabila ditanya jika perkembangan terbaru ini sebagai tanda pilihan raya umum (PRU) menjelang tiba.

"Kamu meneka soalan yang tepat, tahniah," katanya, tanpa mengulas lebih lanjut.

Pekung di dada Umno-MCA

DrDzulkeflyAhmad Sementara itu, pegawai penyelidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang mengalu-alukan tindakan mendakwa Ling bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa peristiwa tidak memberi kesan terhadap PRU akan datang.

"Jika Najib berfikir dengan membawa Ling ke muka pengadilan akan menambah sokongan terhadap beliau dan Barisan Nasional, beliau juga perlu diingatkan tentang pembaziran yang beliau bawa selama ini," katanya.

"Beliau boleh memanggil PRU secepat mungkin jika beliau yakin dengan ilusinya," tambah beliau.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perbicaraan Ling boleh membuka lebih banyak pekung dalam parti pemerintah.

"Kita harus ingat bahawa PKFZ adalah projek Umno-MCA. Dengan mendakwa beliau, beliau akan mendedahkan lebih banyak perlakuan rasuah dalam kerajaan Barisan Nasional.

"Semua yang terlibat tidak harus dibiar lepas bebas. Ini merupakan satu permulaan yang baik," terang beliau.

Dalam reaksi spontan, Naib Presiden PKR Azmin Ali juga mengalu-lukan langkah ini berkata, bagaimanapun bahawa Ling seharusnya diberi perbicaraan yang adil bagi membela dirinya.

"Namun secara prinsip, kita ingin melihat tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, tanpa pilih kasih atau takut, untuk melindungi hak orang awam," katanya kepada FMT.

Walaupun langkah terbaru telah menimbulkan spekulasi bahawa Ling dijadikan "kambing hitam", Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Ling adalah watak utama dalam skandal ini."

"Beliau bukan dijadikan kambing hitam. Malahan, sebelum beliau berundur dari kementerian berkenaan beliau menandatangani surat sokongan untuk projek ini, yang digunakan sebagai cagaran oleh kerajaan.

"Saya fikir beliau harus bertanggungjawab dalam soal ini kerana sebagai menteri kabinet, beliau mewakili kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan untuk membuat spekulasi berapa banyak lagi "ikan besar" akan didakwa di mahkamah berhubung skandal melibatkan berbilion ringgit ini.

"Kami tidak mahu membuat spekulasi tapi penyiasatan sebelum ini telah mengambil masa yang lama dan saya pasti kamar Peguam Negara akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Azmin.

Kepentingan awam harus dilindungi

200905251655OngTeeKeat-MCA Sementara itu, Ong Tee Keat yang juga bekas presiden MCA berkata tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang walaupun melibatkan ahli parti yang senior seperti Ling.

"Undang-undang mesti dijunjung dan tiada sesiapa di atas undang-undang," katanya, menambah, bagaimanapun beliau tidak berminat dengan personaliti seseorang.

"Harapan saya ialah kepentingan orang ramai, terutama para pembayar cukai, dilindungi," beliau memberitahu para pemberita selepas berucap di Persidangan Undang-Undang Malaysia ke 15, di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan ini (untuk mendakwa Ling) sebagai berani dan proaktif tetapi berkata, Ling dan pihak pendakwaan harus diberi peluang di mahkamah.

"(Tetapi) persoalan tentang bayaran bon perlu dijawab," katanya dalam Twitter.

Skandal PKFZ: Lebih Banyak "Ikan Besar" Masuk Jala?

Oleh: ulitmayang

"Sekarang ni dia masih berkuasa dan sebenarnya mempunyai kuasa ‘mutlak’ di Malaysia, maka jadi Mahathir dikira masih ‘terselamat’. Beliau tidak selamat dan akan dibuktikan pernah menipu , selalu menipu , kerap menipu , tidak pernah tidak menipu , hari – hari menipu , hanya bilamana UMNO/BN dikeluarkan dari Putrajaya.

Menteri penipu, kabinet ditipu?

Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku. ARTIKEL

Pendakwaan Liong Sik bukti wujud penyelewengan

Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar.

Liong Sik yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000.00 di Pulau Indah.

PAS yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukan lakonan ‘kejujuran’ Kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.
ARTIKEL

Nota

Sekarang ni dia masih berkuasa dan sebenarnya mempunyai kuasa ‘mutlak’ di Malaysia, maka jadi Mahathir dikira masih ‘terselamat’. Beliau tidak selamat dan akan dibuktikan pernah menipu , selalu menipu , kerap menipu , tidak pernah tidak menipu , hari – hari menipu , hanya bilamana UMNO/BN dikeluarkan dari Putrajaya.

Itu jam , kalau dia masih hidup dan rakyat 1Malaysia mendesak pemerintah baru ketika itu supaya mengheretnya ke muka pengadilan , maka mungkin gelaran Bapa Penipu Negara boleh diberikan kepadanya. Itulah yang selayaknya baginya dan terlebih afdal untuknya.

Melainkan seluruh rakyat 1Malaysia memaafkan semua kesilapannya dan melupakan semua auta , kesalahan , kezaliman , kejahatan. Kata orang biarkan dia mulakan penghidupan baru. Semua kekayaannya hasil menipu , merompak dan menyamun khazanah negara juga dihalalkan oleh rakyat 1Malaysia. Dia boleh simpan dan tak payah dikembalikan kepada rakyat dan negara.

Kalau tak percaya , cuba Tanya Mahathir hari ini , sure dia tak mengaku menipu ,,,,,’Mana Pernah Aku Menipu, Kau orang ni silap. Jangan main tuduh – tuduh. Islam tak mengajar buat fitnah dan menuduh orang tanpa bukti “ - Mahathir

Sunday, July 18, 2010

Melayu atau Umno yg hilang kuasa PRU 13

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?


HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.


IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Sebaliknya...Pas tolak perantara, tetap tidak akan bersatu dengan UMNO.....

Manakala MB Kedah pula berkata.. Mufti diminta bersikap berkecuali dalam isu politik. Ini memandangkan Majlis fatwa itu sendiri masih lagi bercelaru.

Tetapi....ramai diantara yg meragui dan bertanya:

1) Rezab Melayu yang susut tu sape punye kerja


2) Langkawi tanah luas diberi kepada Boon Siew, Kat Genting Highland Pahang, habis bukit dihadiahkan kepada Lim Goh Thong, Bukit Tinggi Pahang Kat Vincent Tan Pangkor kepada Teoh Teng Lay. Permasalahan perjajian pembangunan Kg Baru KL...siapa yang main siapa ?

Apa yang dah hilang dan apa pula yang akan hilang. UMNO dah lama hilangkan hak Melayu walaupun kuasa politik mereka kuat. Kuasa politik Melayu Umno yang kuat itulah yang melenyapkan hak-hak Melayu. Sekarang menunggu giliran untuk dilenyapkan ialah tanah KTMB di Tanjung Pagar Singapura. UMNO dgn dibantu mufti Mat harus ini nak buat retorik apa sebenarnya.

3) Hilang singapura..Pulau Batu Putih dan kekayaan kawasan minyak di Brunei

4) Renong bangkrup RM13 Bilion dulu pun angkara siapa ??

5) Perwaja, Sime darby, dulu Mas dan Proton lingkup

6) RM12 Bilion PKNZ di Port Klang siapa di belakang tabir

7) Kes Memali yang tidak tahu bila akan dibicarakan lagi.Dan pembunuhan Altantunya...siapa yg arahkan....2 orang polis yg dihukum gantung mati...membunuh....saja2 nak bunuh ke?

Di sini dilampirkan lain-lain penyelewengan wang rakyat supaya BN memberi penjelasan yang baik kepada rakyat juga:

1.Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - RM10.4 billion.
2.Kerugian Perwaja Steel - RM10 billion
3.Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - RM200 juta.
4.Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - RM1.7 billion.
5.Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -RM1 billion.
6.Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
7.Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - RM3.3 billion.
8.Bailout LRT PUTRA dan STAR - RM6 billion.
9.Bailout Renong/UEM - RM12 billion.
10.Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - RM950 juta.
11.Hutang tertunggak InventQjaya - RM228 juta
12.Pampasan Jambatan Bengkok - RM257 juta
13.Pampasan pembatalan Broga Incinerator - RM500 juta
14.Kerugian membeli saham Agusta - RM510 juta
15.Skandal Port Klang Free Zone - RM4.6 bilion
16.Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - RM6.75 bilion


"

WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU

MESTI TONTON!!!

10 Julai 2010

Panelis :
Dr Mujahid Yusuf Rawa - Pas
Dr Mohd Asri Zainal Abidin- Bekas Mufti Perlis
Lokman Adnan-Umno
Afandi Yusof- Umno

PART 1 (klik)

PART 2 (klik)

Sunday, July 11, 2010

4 minit yg terakhir Ceramah Anwar Kuala Berang - Projek 1M






TERENGGANU - Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.

Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.

Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi (Gambar), Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, George Low.

"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,

"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),

"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,

"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.

Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.

Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Saturday, July 10, 2010

Pembelian Kapal Selam: Bala diPanggil Polis Perancis

Sumber MalaysianReview

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.

Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.

Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.

Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.

Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika.

Siasatan bermula Mac 2009

Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009. Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.

Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.

Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar. Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.

Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.

Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).

Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.

Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.

Latar belakang: Bala dedah ditawar RM5 juta

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Pembelian kapal selam:
Bala dipanggil Polis Perancis

Menggigit, tergigit dan digigit - Zulkifle Nordin

Oleh YB Khalid Samad

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi.

Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) betul ke ???


"Isu tentang ketiadaan kualiti, kredibiliti, dan integriti dalam kalangan pemimpin UMNO-BN sudah lama diperkatakan. Namun demikian, dakwaan itu sering dipertikaikan oleh mereka. Kini, tindak-tanduk mereka telah memperjelaskan kebenaran dakwaan itu.

Isu FELDA belum lagi reda. Akhbar Suara Keadilan tidak diberi kebenaran menyambung pengeluarannya gara-gara rencana "FELDA Bankrap". Anehnya, cabaran ANAK untuk berdebat dengan Ahmad Maslan tidak disambut. Mereka meminta supaya diadakan majlis dialog sahaja. Bahana perdebatan Anwar-Ahmad Saberi Cheek dan Lim Guan Eng-Koh Soo Koon masih segar dalam ingatan mereka. Pemimpin UMNO-BN tidak berupaya menepis hujah berserta bukti yang dikemukakan oleh lawan mereka. Sehubungan itu, rakyat tahulah kedudukan sebenar isu yang diperdebatkan itu.

Sudahlah begitu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berlainan atas topik yang sama juga berbeza-beza. Ahmad Maslan cakap lain. Najib cakap lain. Yang terpinga-pinga ialah peneroka dan rakyat melihat putar belit yang disengajakan itu. Khabarnya Najib akan bagi duit raya kepada peneroka. Taktik ini sebenarnya sudah selalu sangat digunakan oleh UMNO-BN untuk menutup kecurangan dan memenangi kembali sokongan rakyat. Pemikiran kuno ini mensahihkan kebankrapan idea UMNO-BN. Rakyat bukan macam dulu lagi. Mereka sudah cerdik. Tak mainlah dengan kepura-puraan itu. Tak mainlah dengan telunjuk lurus kelingking berkait itu.

Isu pembelian kapal selam pun begitu juga. Kerajaan Perancis sudah mula membuat siasatan tentang kewujudan pemberian rasuah melalui komisyen juta-juta. Menteri Pertahanan Malaysia yang bergelar doktor mengeluarkan kenyataan dangkal apabila menyatakan bahawa SPRM tidak perlu menyiasat kes itu kerana semua prosedur telah dipatuhi. Baginya apa-apa saja yang dibuat oleh kerajaan semuanya betul. Tutup sebelah mata untuk apa-apa yang orang lain kata.

Begitu juga dengan kenyataan Wain dalam bukunya mengenai penyelewengan berbilion ringgit yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. SPRM kata tiada kes. Jika begitu halnya, Wain telah berbohong. Mengapa dia tidak disaman kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu? Satu dunia baca buku yang didakwa berunsur fitnah itu.

Isu jawapan bertulis yang berbeza-beza kepada soalan yang sama di parlimen juga menjatuhkan kredibiliti dan integriti menteri dan timbalan menteri UMNO-BN. Hal ini tidak akan berlaku jika sikap flip-flop disingkirkan. Keputusan yang kabur dan tidak konsisten telah menggelabahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Sikap sambil lewa sebegini menunjukkan kompetensi menteri sangat rendah. Ke mana perginya KPI yang dilaung-laungkan itu? Buang dalam tong sampah sahajalah.
Isu terbaru yang ditimbulkan ialah PETRONAS menjadi sebuah syarikat yang tidak berdaya saing dalam bidang cari gali untuk mendapatkan telaga minyak yang baru jika dibandingakan dengan Shell, Exxon-Mobil, dan sebagainya. Ketidakmampuan ini akan mendatangkan masalah besar kepada ekonomi negara yang terus bergantung kepada perolehan PETRONAS. Senang cerita, pendapatan PETRONAS merudum, ekonomi Malaysia turut merudum. Ketika masalah ini tidak mampu diselesaikan, sumber lain pendapatan negara gagal dijana. Jawabnya bertambah teruklah negara ini nantinya.

Bila bercakap tentang ekonomi, banyak pula telahan yang diberikan sehingga rakyat keliru yang mana satu hendak dipegang. Dulu Najib kata ekonomi berkembang. Hari ini dia kata ada masalah. Datang Nur Mohamed pula, oh kita berada di landasan yang betul, ekonomi tetap berkembang sebanyak 6% berdasarkan pencapaian China dan beberapa negara lain. Semua kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Dr. M yang baru balik dari England. Dia kata ada tanda-tanda kemelesetan di Eropah. Oleh sebab itu, ada harapan Malaysia akan menghadapi kemelesetan berganda. Apa ni? Dia juga kata Wawasan 2020 akan gagal jika beberapa pengubahsuaian yang positif gagal dilaksanakan. Sindir ke balun orang ni?

Kecelaruan demi kecelaruan sedang memerangkap pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Kesemuanya menyerlahkan situasi tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti dalam kalangan mereka. Oleh sebab itu, ada yang mentafsirkan NKRA sebagai Najib Kerja Rosmah Arah.

Betul ke?

Kemungkinan : Perkara penting untuk PR ambil tahu dalam pilihanraya akan datang


Salam sejahtera kepada reformis laman web ini. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya yang ke 14 pasti akan tiba pada masanya. Kepada semua pejuang-pejuang PR perlu diingat bahawa Barisan Nasional akan mencari seribu satu helah atau penipuan untuk memenangi pilihan raya tersebut. Oleh yang demikian, semua pihak PR perlu bersedia dan mengambil berat tentang strategi yang akan dilakukan oleh mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang akan mungkin akan dilakukan oleh pihak UMNO dan rakan-rakan.

Perkara pertama:
Mereka akan mencari jalan untuk menyatakan bahawa Dato Seri Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari. Ini kerana, bagi mereka Anwar adalah master mind dalam perjuangan PR. Oleh yang demikian, kepala perlu dihapuskan dahulu sebelum yang lain tidak berfungsi. Memang tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar adalah simbol perpaduan diantara PAS, KeAdILan, dan DAP. Sekiranya Anwar tiada, maka perjuangan PR akan sedikit terjejas terutama hubungan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, bagi pihak PR, mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi melindungi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim.

Perkara Kedua:
Mereka akan melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP. Setaip hari mereka akan bermain provokasi untuk melaga-lagakan kedua-dua parti tersebut. Isu hudud adalah senjata utama mereka untuk melaga-lagakan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, janganlah mengambil serius sekiranya ada anasir anasir jahat untuk melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP.

Perkara Ketiga:
Mulai sekarang, gerak kerja pilihan raya perlulah berjalan sekarang. Ini kerana, kita bukan lah parti yang menyogok orang dengan rasuah untuk menyokong kita. Pada UMNO, isu ini tidak menjadi masalah kerana mereka boleh menyogok wang last minute agar menukarkan hati manusia bagi mengundi mereka.

Perkara Keempat:
SPRM akan membuat perubahan dari segi kawasan permilihan bagi.Ini kerana, ramai orang telah pengundi-pengundi akan berada di luar dari kawasan mereka. Sebagai contoh seperti di Hulu Selangor, berapa ramai pengundi-pengundi yang sebelum ini memamg mengundi di Hulu Selangor tiba-tiba dialihkan ke kawasan lain.Perkara ini amat merugikan pihak Pakatan Rakyat kerana kita kilangan undi yang berharga.

Perkara Kelima:
Peningkatan undi pos di setiap kawasan 50-50. Maknanya bagi kawasan yang peluang PR dengan BN seimbang, maka SPRM akan menambah bilangan pengundi pos di kawasan mereka. Semua orang sedia maklum undi pos adalah talian hayat BN. Sekiranya kita tidak bertegas dalam isu undi pos ini, maka kita boleh kehilangan kerusi-kerusi yang penting pada masa pilihanraya yang akan datang.

Perkara Keenam:
Penambahan kerusi parlimen untuk negeri Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak dinafikan akan berlaku. Sekiranya berlaku maka BN ada kelebihan dimana Sabah dgn Sarawak masih banyak kawasan yang kita masih tembusi. Kita hanya tembusi kawasan bandar sahaja.Tetapi bagi di luar bandar kita masih lagi belum dapat menembusinya.

Perkara Ketujuh:
Pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi semasa pilihanraya. PAS mempunyai unit amal yang amat hebat dalam memantau pergerakkan pengundi-pengundi hantu ini. Oleh yang demikian, KeADILan dan DAP harus mempelajari teknik unit amal untuk menambahkan kekuatan kita dalam pilihanraya yang akan datang. Kita tidak boleh mengharapkan unit amal dari PAS sahaja untuk membantu kerana banyak kawasan yang perlu dipantau oleh mereka. Sekiranya kita mempunyai banyak kakitangan, maka lebih mudah untuk kita memantau pengundi hantu ini

Friday, July 9, 2010

Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

“Kali ini, perjanjian antara APCO dan Malaysia kini lebih bersifat terbuka. Di bawah perjanjian baru ini, kedua-dua pihak mempunyai opsyen untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sebelum kontrak berakhir dalam tempoh setahun ini,” kata sumber itu. The Malaysian Insider juga diberitahu, pegawai-pegawai APCO yang baru telah dilantik untuk menyelia terma dan syarat perjanjian terbaru ini.

“Juga wujud rasa tidak senang di kedua-dua pihak berhubung soal bagaimana (pertikaian) pelantikan APCO boleh tercetus dan ia tidak dapat dikawal ekoran liputan media dan cara isu ini ditangani.

“Kali ini, saya boleh mengatakan lima pegawai APCO yang baru dilantik untuk menyelia (kandungan) perjanjian baru ini, dan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Difahamkan, salah seorang pegawai utama merupakan bekas ketua komunikasi luaran pejabat ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat utiliti tempatan.

Pegawai-pegawai APCO yang berpejabat di Singapura enggan mengulas mengenai perjanjian baru antara pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma itu ketika dihubungi The Malaysian Insider menerusi emel dan panggilan telefon.

“Menjadi dasar APCO untuk tidak membincangkan kontrak secara terbuka,” kata jurucakap syarikat itu menerusi emel kepada The Malaysian Insider.

Firma itu yang berpejabat di Singapura, kini diketuai oleh bekas pengarah urusan Garry Walsh yang juga ketua akaun global bagi Microsoft, salah satu pelanggan utama APCO.

Isu APCO telah mendominasi sidang Parlimen yang lepas dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Sesi itu telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Anwar mendakwa beberapa pegawai tentera Israel utama berkhidmat dengan APCO.

Selain itu Anwar juga mengaitkan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib sebagai idea mirip One Israel yang dibangunkan untuk kepimpinan bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

APCO telah menafikan adanya hubungan dengan One Israel dan menegaskan, inisiatif 1 Malaysia sudah pun diilhamkan sebelum pelantikan firma berkenaan.