Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, June 8, 2010

Rakyat Protes Keganasan Yahudi Israel




Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa.

"Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.

Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel.

Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel.

"Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini.

"Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia.

Datuk Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengecam zionis Israel di Dewan Rakyat semalam kerana Kabinet Malaysia secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Katanya, perdagangan komersil dengan rejim haram Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana yang diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu.

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini,” ujar beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau diminta menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan zionis Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia sekarang.

“Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil zionis Israel yang berada di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di Perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara zionis itu.

“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” ujar beliau lagi.

Chequbard

Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (Chequbard), rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.


"Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mac 2010.

Chequbard berkara apa yang lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

"Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.

"Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa.

"Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar," jelas chegubard.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit," tegas beliau lagi.

Ghequbard berkata, berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama.

Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.

"Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia," tegas beliau lagi.

Bagi Chegubard, tindakan membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Beliau berkata, sokongan Coca- cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.

Menurut beliau, pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

"Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

"Rakyat harus bangkit mendesak Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia," tegas beliau.

Tabung Haji properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

"Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. Seluruh pemimpin dunia menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan," kata beliau lagi.

Bagi Chegubard inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.

sila klik sini.


No comments: