Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, March 27, 2009

Siapa Yg Kene ??? Kemenangan Khairy Syarat Pak Lah



Akhirnya Kini Mahathir Tertipu Lagi, 27hb Mac 2009


Kemenangan Khairy Adalah Satu Syarat Pak Lah Melantik Najib Sebagai Perdana Menteri Keenam KUALA LUMPUR - Ini satu berita panas yang kami terima dari kalangan pemimpin UMNO perihal kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Beliau telah mengalahkan calon favourite Mukhriz Mahathir dengan kelebihan majoriti yang banyak. Bahkan Mukhriz juga tewas berdasarkan kiraan undi kepada Khir Toyo. Soalnya, apakah Khairy memang menang atau Mukhriz memang kalah.


Menurut sumber, kemenangan Khairy telah dirancang dengan baik oleh Pak Lah Badawi. Itulah perjanjian yang terpaksa diterima oleh Najib Razak sekiranya beliau mahu bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-6. Jika tidak beliau hanya akan merasa kerusi empuk Presiden UMNO sahaja dan bukannya Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan selama ini. Mahu atau tidak Najib terpaksa akur dengan kehendak Pak Lah itu, biarpun terpaksa pula menerima cemuhan dari Mahathir. Jika dulu, Mahathir marahkan Pak lah kerana tidak tunaikan segala janji-janjinya. Kini Mahathir juga akan marah kepada Najib Razak kerana gagal melaksanakan janji-janjinya itu. Mukhriz dimalukan sedemikian rupa, seolah-olah menunjukkan yang Pak Lah cuba untuk menjatuhkan imej Mahathir.


Perancangan asal sudah bertukar dan kini Khairy selesa bergelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru.

Soalnya sekarang apakah benar Khairy menang dan Mukhriz tewas?.


Khairy Menang Kiraan Undi Kali Keenam? Selain laporan rasuah “Carpet Bombing” RM10 ribu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Kini terdapat satu lagi maklumat yang mengatakan Mukhriz tewas setelah pengiraan undi dilakukan sebanyak enam kali. Khabarnya kiraan kali pertama sehingga kelima memihak kepada Mukhriz dan kiraan kali keenam barulah memihak kepada Khairy Jamaluddin. Sama ada laporan ini sahih atau sebagainya, kita sama-sama nantikan laporan polis yang kononnya akan dibuat oleh Pemuda UMNO Perak berhubung dakwaan rasuah yang membawa kemenangan Khairy itu.


Ramai yang tertanya-tanya kini, apakah Mahathir akan mengotakan hasratnya untuk masuk semula ke UMNO bila tiba masanya yang dijanjikan selepas kekalahan anaknya kepada Khairy itu?. Apakah juga Mukhriz akan terus terpinggir dari arus politik negara selepas kekalahan memalukan ini. Semua ini bakal terjawab dalam pilihanraya umum akan datang, sama ada beliau akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau tidak. Apa yang pasti, sudah tentu nama Mukhriz Mahathir pasti akan terkeluar dari senarai terbaru kabinet Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin nanti

1 comment:

Media PRN9 said...

http://4.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/Sc-QT1z3DzI/AAAAAAAAKdk/3c9EyEBx3wk/s400/DSC07892.JPG