Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, March 19, 2009

Mana SPRM ? Mana Ahmad Said ?



"Ketika permilihan UMNO sedang rancak lobi-melobi dan sudah dijatuh hukum kepada ejen-ejen calon yang bertanding, rakyat Malaysia menunggu fungsi SPRM sebagai Suruhanjaya yang dikata telus menjalankan tugas tetapi di dalam hal pemilihan MT UMNO tiada apa-apa komen atau tindakan susulan dari SPRM dan kemana hilangnya Ahmad Said dalam permasalahan rasuah parti UMNO."

"Ekoran daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO menghalang Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 24-28 Mac nanti, Geng-geng Pak Lah pula diantaranya Azalina, Norza termasuk KJ sendiri di dapati bersalah kerana mengamalkan politik wang, jelas bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli UMNO. Imej ini tidak boleh diketepikan bila mana penyakit lain turut dihidapi UMNO seperti mana tindakan Parlimen menggantung ahli parlimen Puchong selama 12 bulan atas sebab membangkitkan (mengaitkan Najib) isu pembunuhan Altantuya dalam ucapannya di Parlimen tempoh hari.

Maka Ali Rustam atau Najib kedua-duanya dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan UMNO dan melayakkan UMNO ditolak selama-lamanya oleh rakyat.Sementelah pula, hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk UMNO menjadi peneraju kepimpinan negara.


Tercetus pula, kenyataan meragukan semua pihak apabila Zaid Ibrahim telah mencadangkan kepada Yang DIpertuan Agung agar tidak menerima Najib sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah Badawi berundur nanti. Ini semua akan menjelmakan pelbagai kerisauan rakyat, betapa UMNO di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar daripada sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!

Pada awal lagi kami telah membaca gerak geri tindakan mantan PM Mahathir Mohammad yg mengugut Paklah dan bertindak keluar parti adalah agenda terbesar akan di lakukannya melalui Najib. Siapa yg tak kenal Mahathir... Kebijaksanaannya dalam mengolah skrip politik tanahair, telah mengheret kejatuhan Tuanku Abdul Rahman, Hussein Onn, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim dan kini Paklah. Bacalah buku karangan Tuanku Abd Rahman sendiri 1970 (sebelum dan selepas 13hb Mei 1969) Umno dan dan sebahagian orang Melayu masih terperangkap dengan jerat yg di pasang Mahathir melalui Najib. SPRM, PDRM dan kini meletakan Istana dalam suasana serba salah adalah strategi kotor poltik yang diamalkan agak sekian lama.

Waspadalah orang-orang Paklah termasuk khabarnya MB NS. Rombakan besar-besaran akan terjadi sekiranya Najib dapat menduduki tahta PM menjelang April ini. Kini bertempiaran orang-orang Pak Lah dan KJ melutut ke kem Najib dan mengistiharkan taat setianya. Hotel-hotel dan Cafe2 menjadi markas melobi waktu kini terutama menjelangnya Pemilihan UMNO dlm beberapa hari lagi.

Apakah Tim. Menteri Dato' Hassan Malek ( Ahli Parlimen KP) regu Pak Lah dan Ali Rustam sewaktu belia dulu dan anugerah Dato' dari Melaka kerana membalas budi sewaktu Ali Rustam di bawah selia Hassan Malek turut dlm senarai Najib untuk dinyahkan.?? Tapi, orang2 Kuala Pilah terutama orang2 Jemapoh cukup kenal siapa Hassan Malek yg selalu bermain politik selamat. Dimana pokok rendang, disitulah tempat berteduh.

Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin UMNO yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara. Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan di hukum.

1 comment:

khancha2692 said...

Politik wang & rasuah mempunyai maksud yg berbeza mengikut pemahaman UMNO & SPRM......masing2 belajar tinggi & jawatan hebat tapi bodoh lagi banggang....Org macam ni nak tolong rakyat?Org macam ni nak di angkat jadi pemimpin?Org mcm ni nak memperjuangkan bangsa & agama? Org mcm ni nak mentadbir negara? Ni la barua2 yg memenuhi tempolok sendiri......ketepikan bab halal & haram....Berebut nak kejar jawatan tapi tak pernah nak mendalami apa itu amanah & tanggungjawab.....
Antara kata2 hassan malek yg masih segar diingatan saya "kalau abang tak jadi ahli parlimen tak kan dapek R&R jemapoh tu" fikirkanlah kata2 manusia ANGKUH lagi RIAK ini.
"syirik yg paling kecil adalah RIAK"