Sejarah Tercipta: Tiada Bunga Api Sambut Tahun Baru Di Dataran Merdeka, Tiada Bom, Tiada Yang Diguling Dan Rakyat Aman.....


12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.
11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.
11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.
11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahagian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.
Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari. Dan mungkin ini lah juga buat pertama kalinya PM (kini Najib) tidak berani berhadapan dengan ribuan takyat untuk memberi ucapan di pentas utama.
Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.
Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.yg khabarnya di peruntukan sebanyak RM15 juta. Pertama kalinya juga dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.
Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.
Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan. Fitnah himpunan rakyat yg kononnya ingin mengulingkan kerajaan dengan keganasan dgn letupan bom ternyata gagal walau pun beberapa provokasi cuba ditimbulkan.
Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.
" DEMI RAKYAT "





agaikan
bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan
detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia.
Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini
sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat
itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau
Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak
kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.
Apabila bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Anwar dan
menyifatkan kes liwat yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang
itu adalah suatu konspirasi jahat semata-mata, ramai rakan-rakan dalam
UMNO merasakan ianya merupakan "pukulan maut" kepada karier politik
Najib. Najib pasti akan kalah pilihanraya nanti dan Anwar akan menjadi
Perdana Menteri, kata mereka.