AMANAT DS ANWAR IBRAHIM - MENJELANG PRU 13

Sumber : SINI
KUALA PILAH – Bangunan yang berusia 92 tahun di jalan Undang Johol dekat sini, runtuh pada petang kelmarin berikutan struktur bangunannya tidak stabil.
Difahamkan dahulu bangunan kosong bernombor 69 itu menjadi tempat orang berniaga, namun setelah berlaku kerosakan ia ditinggalkan demi keselamatan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Kamarudin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.22 petang, kelmarin daripada orang ramai.
Menurutnya, orang ramai menghubungi pihaknya kerana bimbang bangunan itu akan runtuh memandangkan struktur bangunan pada dindingnya sudah mulai retak sedikit di bahagian tepi kiri.
“Memang ketika itu bangunan tersebut belum runtuh sepenuhnya, walau bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, bangunan itu ranap sama sekali,” katanya.
Kamarudin berkata, mujur ketika runtuhan, tiada sesiapa berada di kawasan tersebut.
“Bangunan ini dikosongkan sejak tiang bangunan berkenaan dilanggar sebuah kenderaan.
“Berkemungkinan, bimbang ia tidak selamat, penghuninya berpindah ke tempat lain dan membiarkannya kosong sejak beberapa bulan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak bomba dan penyelamat sudah meletakan kon keselamatan dan papan tanda untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.
“Pengguna perlu berhati-hati apabila melalui kawasan ini terutamanya kanak-kanak kerana kerja-kerja pembersihan belum dilaksanakan.
“Buat masa ini, jalan berkenaan hanya dibuka satu laluan sahaja kerana sebelahnya ditutupi bahan runtuhan bangunan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Kelab Koong Yee, Lee Ah Kow, 61, berkata, bangunan itu sudah berusia 92 tahun sejurus kelab berkenaan ditubuhkan.
“Bangunan tersebut di bawah tanggungjawab kelab ini dan apa sahaja aktiviti akan diadakan di sini.
“Walaupun tiang bangunan ini dirempuh sebuah kenderaan dua tahun lalu, namun ia masih tegap berdiri,” katanya kepada Sinar Harian semasa meninjau kawasan runtuhan.
Hadir sama, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan dan wakil Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Zulkiply Nahu.
Katanya, pihaknya akan melakukan pembersihan dalam masa terdekat selepas mendapat notis daripada MDKP selama dua minggu.
Ulasan:
Dah runtuh barulah semua pihak terhegeh-hegeh kelam kabut termasuk orang-orang Politik, sedangkan orang ramai telah terlebih awal memaklumkan kepada beberapa pihak yg berwajib akan bahayanya kedudukan bangunan tersebut.
Sejak dua tahun lamanya bangunan ini terbiar dalam kedudukan yg cukup mencurigakan. Bayangkan kiranya runtuhan ini terjadi sewaktu siang hari..dan sewaktu orang ramai dan kenderaan lalu lalang. Dan bayangkan lah berapa ramai yg bakal terkorban terperangkap.
Kenapa mesti rakyat yg mulakan akan kegusaran ini... ??? Kenapa tidak pihak-pihak yg berwajib termasuk Ahli Parlimen dan wakil2 rakyat yang turut melalui jalan ini yg memulakan keresahan.. Apakah cukup dengan jawapan " ini bukan kawasan saya"
Kenapa tidak ada tindakan awal untuk mengepong bangunan ini dengan jaring-jaring penahan runtuhan sekiranya sebarang kemungkinan bakal terjadi..???
Mungkin Wakil2 rakyat UMNO semakin sibuk untuk melobi diri masing-ma sing agar tercalon semula pada pilihanraya akan datang. Kumpulan2 antara mereka sudah mula terbentuk dan kini berlegar-legar mencari kekuatan sokongan....
HABIS Rakyat...??? pandai-pandai lah nak hidup...??
DAN Adakah ini slogan " Rakyat yg diutamakan" ATAU Rakyat yg diutamakan kesusahan...???
Sebab itulah Kuala Pilah terlalu lembab dari apa juga kearah kemajuan....Anak2 Kuala Pilah yg pergi merantau seawal 1960 ,....bila sesekali balik kampong...masih tidak dapat melihat perubahan. Kalau ada pun cukup lembab. Yang berubah..cuma kesesakan jalan raya...terutama jalan utama (Jln Dato' Undang Johol,,dulu Jln Lister)
Dari dulu lagi ...5 orang Melayu Umno adalah wakil rakyat kawasan termasuk seorang Ahli Parlimen Melayu Umno....kini Tim Menteri,... menang selesa. Apa yg dia buat untuk orang untuk Kuala Pilah...???
Majoriti penduduk Kuala Pilah adalah orang Pencen dan orang kampong yg di sara oleh anak2 mereka yg kini bertungkus lumus mencari rezeki dalam kepayahan ekonomi sekarang.
Cuba kita tinjau..bandar2 seperti Tampin dan Bahau. Walau pun tidak sehebat Seremban..tapi agak cepat membangun jika dibandingkan dengan Kuala Pilah. Walhal....Kuala Pilah diera 60an hingga 80an adalah bandar yg terdahulu pesat antaranya.
Adakah ini disebabkan Tampin & Bahau wakil rakyatnya ada yg terdiri dari wakil Pakatan Rakyat...??? Maka BN cuba melonggokkan segala kemudahan dan pembangunan untuk menarik hati2 pungundi semula.
DAN adakah...dimana kuatnya UMNO...disitulah rakyatnya mundur..???
Saudara....semakin matang & dewasa kini...
Dalam tahun 1961, kerajaan komunis Jerman Timur telah membina tembok yang membahagikan Berlin kepada Barat dan Timur bagi menghentikan penghijrahan rakyat dari Kawasan Komunis ke Barat. Tembok sepanjang 103 batu dilengkapi peralatan senjata bahaya adalah satu pembinaan besar lambang kemampuan kejuruteraan Kesatuan Soviet. Tetapi ia juga adalah lambang kegagalan Komunisme.
Sebenarnya, “syurga pekerja” hanya boleh dibina di dalam penjara pekerja. Jika adapun, tembok Berlin adalah petanda jelas runtuhnya Komunisme. Tumbangnya Kesatuan soviet pada tahun 1990, adalah seperti satu ketentuan yang akhirnya berlaku. Ideologi Komunisme mulai diketepikan di serata dunia kecuali di beberapa negara dengan China sebagai Komunis hanya dalam perihal mengadakan pilihanraya.
Tidak berjauhan dari negara sendiri, kita boleh melihat dengan jelas tanda-tanda UMNO sedang nazak dalam persekitaran politik yang telah banyak berubah semenjak mula Merdeka lalu. Bila sahaja parti itu mula menggunakan skandal seks sebagai senjata melawan pembangkang, apatah lagi menggunakan anak yang masih bersekolah sebagai sasaran, ialah jawapan masa telah tiba sebelum parti itu dijirus ke longkang moralnya sendiri oleh pengundi yang sudah sedar.
UMNO bernafas di dalam bebola masanya, memperlaku pelbagai cara dan tujuan yang sebenarnya sudah luput tarikh dan tidak berfungsi lagi. Sementara itu, penduduk negara ini telah menjadi semakin berpendidikan, lebih matang, lebih terbuka kerana media sosial dan terdedah kepada masyarakat dunia lain. Terdapat tuntutan sekarang yang mahukan kerajaan insani, tidak bertolak-ansur dengan penyeksaan dan kekerasan, menghumban kerajaan pengampu yang cuba menonjolkan diri sendiri sebagai terbaik.
Terkandas di dalam zaman dahulu
Ada banyak contoh yang menunjukkan kedangkalan mentaliti orang-orang UMNO, tapi hanya sedikit barangkali sudah mencukupi. Yang paling menonjol ialah apabila bangsa dan agama dipermainkan guna untuk terus membahagi dan memerintah. Tidak ada satu isu pun yang tidak akan dipermainkan oleh UMNO menggunakan bangsa atau agama dapat percubaannya mengadu-domba masyarakat pelbagai kaum menentang satu sama lain. Terbaru iaitu Himpun adalah satu acara yang sengaja diadakan untuk melaga-lagakan orang Islam dengan penganut Kristian dan seterusnya tekanan antara kaum-kaum lain.
Dengan menggunakan isu hukum hudud dan Peristiwa 13 Mei yang menjadi acuan UMNO dan BN selama ini; tetap tidak berubah disebalik perubahan sosio-ekonomi dan persekitaran politik masa kini. Komen ‘lontar batu sembunyi tangan’ seperti “Kami tidak mahu 13 Mei terjadi lagi” adalah ugutan halus disukai pemimpin UMNO seperti Mahathir.
Maklumat salah, penokok-tambahan dan propaganda jahat menggunakan media arus perdana yang dikuasainya adalah satu lagi cara lapuk UMNO. Ini disebalik fakta di mana negara tidak lagi menguasai aliran masuk maklumat dan dunia internet yang menembusi masuk, mengakibatkan UMNO tidak lagi boleh memanipulasi kebenaran. Akhar Utusan Malaysia milik UMNO terus mengada-adakan cerita berbau perkauman, menaikkan rasa tercabar orang Melayu dan memalsukan berita untuk penonton yang sudah tiada ada.
Sudah tentu, penggunaan politik keji berbanding satu pertandingan yang demokratik dan adil adalah tanda utama UMNO. Menciptakan satu skandal seks adalah senajata pilihan rejim korup dan mereka memperlakukan dari ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hingga pegawai kastam Ahmad Sarbaini yang ditemui mati ketika di dalam tahanan SPRM. Kini bila anak lelaki Lim Guan Eng diskandalkan dengan kes perlecehan seksual yang direka-reka, sekali lagi politik keji UMNO turun ke paras paling rendah.
Saat-saat rejim bertemu ajalnya
Mentaliti beku rejim dan cara yang telah ketinggalan zaman boleh dilihat ketika bertindak memperbudakkan rata-rata masyarakat. Tunjuk perasaan secara aman untuk pilihan raya telus dan adil telah diisytiharkan haram, manakala perhimpunan kontroversi anti-murtad yang kononnya ada orang Melayu bertukar agama boleh pula dibiarkan berlangsung. Sekumpulan sosialis telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan atas dakwaan kononnya sedang mempromosikan Komunisme dan melancarkan perang terhadap Raja. Seorang profesor hal ehwal Perlembagaan Persekutuan telah didatangi oleh pihak berkuasa dan digantung kerana memberikan jawapan yang tidak disenangi rejim. Jangan kita lupa tentang satu penghinaan besar kepada minda waras kita, Kes Liwat II seperti sarkas Kes Liwat I.
Masyarakat umum sangat marah dan kesal apabila diperlakukan seperti orang yang bodoh. Lakonan para pemimpin BN dengan rasuah yang tidak pernah selesai, memperkudakan perkhidmatan awam, kekerasan pihak polis dan penggunaan isu bangsa dan agama untuk terus memerintah telah mengakibatkan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap institusi-institusi awam dan keyakinan kepada pemimpinnya. Masyarakat di sebuah negara yang matang tidak sabar mahukan satu sistem kerajaan insani tetapi malangnya jurang antara kerajaan BN dan masyarakat semakin menebal.
UMNO masih lagi terperangkap di dalam cara lapuknya, berakar dari budaya lama membontoti feudalisme., tidak berjaya untuk berubah atau menjadi satu yang baru. Punca kekuatan UMNO ialah ketidaksama-rataan diantara kaum dan masih kalau bercakap untuk masa sekarang, rakyat Malaysia yang mahukan satu masyarakat yang teguh dan harmoni, melangkah kehadapan bukannya menyedut keluar segala jenis tekanan antara kaum dan agama. Malah, sistem politik kaum yang memangnya bagian dari diri UMNO sudah tidak boleh digunapakai lagi di Malaysia.
UMNO kini sudah menjadi bahan pemenuan sejarah, seekor dinosaur dari zaman nasionalisme Melayu. Ia seperti seekor haiwan yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan akan pupus. Di dalam dunia teknologi di mana manusia intim berkomunikasi tidak kira sesiapapun termasuk tukang sapu-sampah, parti terkutuk ini tidak boleh dibiarkan hidup lagi, demi melahirkan satu kumpulan masyarakat yang lebih berwibawa.
Jemapoh tidak ketinggalan....
Ramai di antara bekas2 ketua cawanganUmno dan pengerusi JKKK yang di segani dan dihormati sebelum ini, kini beringkar akan menggunakan segala kelebihan pengalaman untuk membantu PR kerja-kerja PRU13 yg bila-bila sahaja akan diumumkan.
Terdapat ugutan dan pujukan dengan pelbagai cara untuk mengajak bersama2 Umno semula. Kegelisahan puak-puak UMNO dengan membodek wakil-wakil rakyat dan Tim Menteri, sanggup menjadi Wira Perkasa mendabik dada akan menjadi galang penghalang cubaan menggagalkan kehadiran Tim. Presiden PAS Mat Sabu yg akan berkunjung ke Jemapoh bulan NOV 11.
Sebelum ini beberapa percubaan untuk membeli tanah orang PAS dimana terdirinya Balai Raya UMNO yg digunakan oleh Cawangan Jemapoh gagal. Sebaliknya tumbuh lagi satu kawasan lapang yg dijadikan markas PAS kawasan Kuala Pilah selang bersebelahan Balai Raya tersebut.
Tim Menteri Hassan Malek (Ahli Parlimen K Pilah) anak jati kampung tersebut semakin gelisah dan panik. Program2 yg selalu dianjurkan oleh beliau tidak mendapat sokongan kesemua ADUN. Pertemuan terang & secara gelap antara ADUN yg semakin meluat Ahli Parlimen ini semakin ketara. Buruk memburuk dengan mencipta kumpulan masing-masing telah mula berjalan. Fokus untuk rakyat semakin menghilang. Ingatan mereka hanya untuk menjadi calon semula dengan bercita2 untuk membina berapa lebar empayar dimasa akan datang.
Pejabat Khidmat Ahli Parlimen di sebelah pasaraya Aktif adalah isu panas untuk mentukan status hak setelah orang kuatnya meninggal dunia sebelum sempat ditukar nama. Keluarga Arwah khabarnya cuba mempertahan hak bangunan tersebut yg dibina atas nama arwah.
Pengaruh Umno di Jemapoh tengah...kini bercelaru antara Yb Hasan dan orang Kampung Arwah. Keyakinan atas perjuangan Pakatan Rakyat semakin mengamit mereka. Ceramah2 PR sudah mula didekati. Keazaman untuk negara ditadbir PR semakin membara. Cahaya keadilan sudah mula menyuluh Kuala Pilah
Halwa telinga juak-juak UMNO ini semakin panas meluap apabila Imam dengan kutbahnya menyentuh hal kerakusan tamak kuasa, fitnah dan rasuah. (Kenapa perlu takut...Imam hanya berdahwah kepada semua makmumnya tanpa mengaitkan nama2 peribadi atau nama parti). Kini kelayakan Imam pula di pertikaikan.....sampaikan digesa Pengarah Pendidikan NS (kebetulan Imam kelulusan Jordan ini seorang guru) membuat tindakan displin. Kini nama Imam tersebut didalam senarai yg bakal di pecat. Akan tinggal lah Imam Umno umpama burung belatuk.....hanya nampak angguk dan hafalan bacaan doa tanpa faham pengertiannya. Agaknya orang-orang UMNO sahaja yg dapat menentukan kelayakan seseorang Imam. Imam bagi mereka hanya akur akan perintah UMNO tanpa dakwah dan perlu dikunci dari perkataan Rasuah dan pemerintahan yang adil.
Disamping itu perebutan....dana antara mereka...dari projek hingga masuk ke Masjid dan sampai ke duit Tanah perkuburan, dah menjadi tuduh menuduh...Itu lah rupa pendidikan UMNO masakini.
Ada duit...ada kerja...Yg banyak dapat, akan direbut dicantas...Hubungan rakan semakin renggang kerana puaka wang dan projek.
Risau Masjid satu hari nanti hanya tinggal simbol Islam tanpa pengisian syumulnya.
Kerajaan dibawah pentadbiran BN
Hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion. Peningkatan hutang negara ini ialah sebanyak 12 peratus sementara hutang asing meningkat sebanyak 22 peratus. Kita masih belum melihat sistem penyelesaian yang berkesan dan kepemerintahan yang baik di dalam negara. Apabila wang cukai digunakan tanpa tanggungjawab yang tinggi, kerajaan yang memerintah perlu memberi jawapan kepada pemilih. Hampir setiap tahun kita terdengan laporan-laporan kes penyelewengan dana awam oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah. Ironisnya, tiada pula tindakan tegas telah diambil terhadap pelaku kesalahan ini.
54 tahun berkuasa
Meskipun telah berkuasa lebih dari lima dekad, laporan Tahunan 2010 Audit Negara yang lambat 17 hari, telah menunjukkan banyak kes-kes bagaimana wang awam telah dibazir dan tidak diuruskan secara berjimat cermat oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. Pengurusan kewangan telah mengenal pasti kepincangan dan ketirisan yang mengakibatkan kerugian wang negara yang amat membimbangkan.
Laporan itu juga menunjukkan kegagalan kes-kes ini ialah kerana pemberian kontrek tanpa tender terbuka di mana sejumlah wang telah bertukar tangan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Harga kontrek yang ditawarkan sentiasa saja terlalu tinggi dan tidak berdaya saing dan proses pemberian kontrek sering saja tidak telus, yang biasanya akan mengurangkan nilai dagangan ringgit. Di dalam pelbagai lagi kes-kes penyelewengan, proses pembayaran –walaupun dengan penyerahan tender – menampakkan harga barangan yang dilampirkan meningkat berkali-kali ganda dari harga biasa di pasaran. Namun, perjanjian tetap diteruskan selepas melalui beberapa selok-belok misteri. Banyak kes-kes seperti ini telah mengakibatkan penyalahgunaan dana yang diberikan kepada kementerian yang terlibat. Antara kepincangan dalam sistem penghantaran hasil melibatkan jumlah pembayaran yang besar kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan yang berkaitan.
Mana wang yang dijanjikan untuk petani?
Golongan yang memilih ingin tahu – seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara – apa yang terjadi dengan wang berjumlah RM110.67 juta yang dijanjikan kepada 73,291 orang petani di dalam skim khas meningkat jumlah pengeluaran beras negara. Menteri Pertanian dan Industri berasaskan Tani dilaporkan masih berhutang sebanyak RM110 juta berbentuk insentif kepada para petani yang berjaya meningkatkan hasil beras mereka.
Menurut laporanlagi, para petani dikatakan layak menerima RM341.29 juta antara bulan Januari 2007 dan Januari 2010. Syarikat Bernas (PadiBeras Nasional Berhad), yang menguasai 24 peratus pasaran beras dan 45 peratus permintaan beras tempatan, hanya mampu membayar insentif sebanyak RM230.62 juta pada akhir 2010. Alasan yang tilaporkan di Laporan itu ialah ‘kekurangan dana bantuan’. Para pemilih, bagaimanapun, mahu tahu kemana perginya dana awam bernilai RM110 juta itu?
Pengurusan leah dan tidak bertauliah
Projek Valley daging-lembu kerajaan yang bernilai RM73.64 yang melibatkan 5,000 ekar tanah perladangan di Gemas – tidak menampakkan hasil. Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Center) merupakan usaha-sama antara Negeri Sembilan dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri berasaskan Tani untuk mengkomersialkan produk daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan import daging itu.
Tanah perladangan itu sekarang sudah dipenuhi semak samun. Ada kemungkinan projek itu dikendalikan oleh orang yang tidak mengetahui langsung tentang industri penternakan lembu. Laporan Audit Negara juga menunjukkan NFC yang ditubuhkan pada 2008 gagal menepati sasaran 8,000 ekor lembu ternakan setahun. Laporan menunjukkan hanya 41.1% (3,289) berjaya dihasilkan. Pengurusan yang lemah turut dikatakan tentang kenapa projek ini gagal selain kegagalan mengendali perusahaan dengan baik. Para pemilih mahu tahu kenapa dan siapa orang yang tidak bertauliah yang menguruskan projek ini, kerana ia melibatkan dana awam yang besar.
Begitu juga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang turut dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara itu. Lebih dari RM4.5 juta telah dibayar kepada pesara – kepada yang masih hidup dan juga yang telah mati – sejak 2007 hingga 2010. Laporan juga menemui antara sebab pembayaran wang pencen berlebihan ialah kerana data di dalam sistem komputer jabatan itu sudah ketinggalan zaman. Para pemilih mahu tahu kenapa kepincangan penjawat jawatan awam ini melibatkan duit cukai rakyat.
Kontrektor bermasalah
Kontrektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhdimatan oleh kerajaan sering memberikan alasan-alasan remeh seperit kekurangan tenaga pakar, tiada bahan gantian dan turut menyatakan mereka tidak tahu punca yang mengakibatkan kerosakan kenderaan. Kepincangan ini adalah kerana kontrek itu diberikan kepada mereka mereka yang tidak bertauliah. Menurut Laporan, ramai kontrektor ini mempunyai rekod kerja yang agak tidak diyakini. Satu syarikat memerlukan lebih dari setahun untuk memperbaiki dan memulangkan lori tarik kepada kementerian. Meskipun telah banyak peringatan diberikan oleh Pejabat Audit Negara, Kementerian Pertahanan masih terus menggunakan kontrektor ini. Laporan menyatakan yang 10 kontrektor bermasalah telah diberikan RM67 juta untuk menyiapkan projek walapun sudah diberikan amaran oleh Pejabat Audit Negara. Inilah jenis kontrektor yang menerima projek jutaan ringgit dari Kementerian Pertahanan. Para pemilih mahu tahu bagaimana semua ini boleh berlaku kerana ia melibatkan jutaan ringgit dan wang itu adalah milik rakyat.
Laporan turut menyebut yang syarikat-syarikat ini lambat menyelesaikan projek dalam membaiki Air Force’s Aviation Ground Support Vehicles (AGSV). Kementerian tidak berbuat apa-apa selain menyerahkan surat amaran kepada kontrektor bermasalah ini. Yang mengejutkan, kontrek kerja mereka disambung pula sehingga 6 Disember 2010 dari tarikh 5 Jun 2010. Ia menyebut yang empat syarikat paling bermasalah kerana kelewatan membaiki kenderaan. Para pemilih mahu tahu kenapa kontrektor ini diberikan layanan istimewa.
Garis panduan asas tidak dipatuhi
Menurut Laporan Audit Negara, pengagihan Belanjawan untuk tahun 2010 meningkat kepada RM149.06 bilion daripada pengagihan awal iaitu RM138.28 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak RM10.78 bilion. Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk semua perbelanjaan operasi bagi tahun 2010 yang mencecah RM151.63 bilion – lebih RM2.57 bilion dari apa yang telah diagihkan. Garis panduan asas tidak dipatuhi oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan apabila mereka berbelanja melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Ia juga turut dilaporkan terdapat 138 kelemahan di dalam pengurusan kewangan melibatkan RM390.96 juta. 75 kes operasi perbelanjaan terlebih berjumlah RM306.01 juta telah melibatkan 14 kementerian dan jabatan kerajaan – pembayaran perkhidmatan, penghasilan, peningkatan aktiviti dan pembayaran tidak berkala. Di dalam beberapa kes, peralatan seperti komputer, mesin LCDs dan peralatan lain selain kelengkapan pejabat telah dibeli dengan harga yang melambung tinggi. Para pemilih mahu tahu kenapa garis panduan asas operasi dan penghasilan tidak dipatuhi dimana ia telah mengakibatkan kehilangan dana awam yang besar.
Langganan langsung berbanding tender terbuka
Laporan Audit Negara mencatatkan bahawa Kementerian Pelancongan telah terlebih bayar sebanyak RM270 juta untuk pengiklanan bila mereka diminta untuk menggunakan sistem langgan langsung berbanding tender terbuka. Kaedah ini telah melanggar peraturan-peraturan Bendahari Negara. Ia menyatakan yang tender terbuka telah menelan belanja pengiklanan sebanyak RM 75.38 juta. Kementerian juga telah membelanjakan RM195 juta untuk membeli 1000 rak – RM1950 per rak - bagi meletakkan maklumat pelancongan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilakukan tanpa kelulusan Bendahari. Ia juga gagal menyatakan sebab kenapa 22 dari 1000 rak kementerian itu tidak diagihkan, sementara 127 rak lagi tidak dapat dipastikan kedudukannya. Ia juga mencatatkan pengjelasan kementerian tentang 622 rak yang telah diagihkan ke hotel-hotel, 127 buah telah luput tarikh oleh syarikat yang dikontrekkan kepada “kesulitan kewangan” dan kekurangan ruang penyimpanan dan sebanyak 85 rak lagi telah diletakkan di dalam ruangan stor syarikat pembuat.
Kepincangan yang dilaporkan dan kes-kes kegagalan pengurusan kewangan kerajaan hanyalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku. Melihat akan Laporan Audit Negara, kita akan melihat kes-kes serupa kecuaian pengurusan kewangan kerajaan. Para pemilih tidak begitu gembira dengan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 6 dekad tetapi masih tidak boleh belajar dair pengalaman bagaimana menyelesaikan kelemahan-kelemahan di dalam sistem penghasilan ini. Perbuatan pembaziran ini melibatkan wang cukai rakyat.
Pakatan Rakyat didalam 3 tahun mentadbir
Lain pula ceritanya dengan negeri-negeri yang dipimpin oleh PAKATAN RAKYAT yang telah membuktikan kemampuannya berjimat cermat dalam membelanjakan wang cukai rakyat meskipun masih baru sebagai sebuah kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan yang sering melekehkan kepimpinan mereka.
Secara keseluruhannya, Kerajaan negeri Selangor mendapat ‘memuaskan’ dari Ketua Audit Negara atas kedudukan kewangannya pada tahun 2010. Negeri itu telah dipuji kerana prestasinya yang bagus dalam mengurangkan hutang awam. Hutang awam menurun sebanyak RM58.91 juta dan pembayaran semula hutang pinjaman menurun kepada RM173.47 juta. Laporan menunjukkan pada tahun 2010, hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan menurun sebanyak 5.5% (RM58.91 juta) – daripada RM1004.64 juta (2010) berbanding dengan RM1063.55 juta (2009). Pembayaran semula pinjaman menurun sebanyak 20.9% daripada RM829.86 juta (2009) kepada RM656.39 juta (2010).
Laporan juga menyatakan negeri itu berjaya mengumpulkan penghasilan negeri sebanyak RM266.91 atau 20.2 peratus, daripada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Ini terjadi meskipun negeri itu mendaftarkan 10.9 peratus atau RM192.36 juta penurunan kerapa RM1,571.50 juta dalam penghasilan negeri pada tahun 2009 (RM1,763.86 juta).perbelanjaan operasi turut menurun kepada RM382.56 juta atau (20.9 peratus) kepada RM1,447.26 pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009. Kerajaan negeri turut dipuji kerana mengurangkan hutang penghasilan sebanyak RM99.87 juta atau 16.6 peratus, daripada RM601.92 juta pada tahun 2009 kepada RM502.05 juta pada tahun 2010.
Laporan memberikan ‘sangat baik’ kepada empat agensi kerajaan negeri kerana pengurusan kewangannya – Bendahari Negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar. Menurut Laporan itu, 11 agensi diberikan ‘baik’ dan satu agensi diberi ‘memuaskan’. Ini menunjukkan pembaikkan berbanding tahun 2009, di mana hanya satu agensi yang disenaraikan sebagai ‘sangat baik’, dan 14 sebagai ‘baik’ dan satu ‘memuaskan’.
Kerajaan negeri Kedah mencapai sebanyak 135.8 peratus peningkatan di dalam penghasilan negeri dengan rekod lebihan untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta, berbanding ketirisan sebanyak RM62.89 juta pada tahun 2009. Perbelanjaan negeri itu meningkat kepada RM2.55 juta atau 0.6 peratus. Inilah sebab adanya lebihan bagi kerajaan negeri untuk tahun 2010. Laporan memberikan kedudukan kewangan Kedah sebagai ‘memuaskan’ dengan penghasilan terkumpul meningkat sebanyak 23.9% daripada RM265.52 juta kepada RM328.28 juta dalam tahun 2009. Peningkatan ini telah mengurangkan imbangan ketirisan Akaun Penghasilan Terkumpul untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta atau 7 peratus, daripada RM320.73 juta menurun kepada RM298.23 pada tahun 2009.
Laporan juga turut memuji kerajaan negeri kerana memperbaiki pengurusan kewangan agensi-agensinya berbanding tahun 2009, dengan empat agensi mendapat ‘sangat baik’ dan 12 mendapat ‘baik’ dan satu mendapat ‘memuaskan’. Secara keseluruhan, pengurusan kewangan negeri boleh dibanggakan berbanding tahun sebelumnya.
Laporan Audit Negara telah memberikan kedudukan kewangan negeri Kelantan untuk tahun 2010 sebagai memuaskan. Negeri itu memperlihatkan peningkatan penghasilan sebanyak RM51.07 juta atau 52.5 peratus, daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Pemeriksaan yang dijalankan selama 5 tahun ke atas penghasilan terkumpul dari 2006 hingga 2010 mendedahkan oenurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan peningkatan pada tahun 2009 dan 2010. Simpanan wang dan pelaburan turut meningkat dalam tahun 2010, dengan baki sebanyak RM97.23 juta pada tahun 2009 meningkat kepada RM148.30 juta pada tahun 2010.
Laporan turut memuji pengurusan kewangan untuk semua agensi kerajaan negeri di Kelantan, yang mana empat agensi kerajaan negeri mendapat ‘sangat baik’ dan 15 lagi mendapat ‘baik’. Ini menunjukkan pembaikan di dalam pengurusan kewangan negeri berbanding tahun 2009 di mana hanya dua agensi yang mendapat ‘sangat baik’ dan 12 mendapat ‘baik’.
Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewanganya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009. Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010. Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009. Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.
Dalam soal pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Laporan memberikan prestasi negeri itu sebagai ‘memuaskan’ dengan jumlah pelaburan sebanyak RM787.17 atau 77.8 peratus telah dibelanjakan daripada jumlah yang disediakan iaitu RM1.01 bilion. Dalam terma perlaksanaan projek pula, Laporan memuji prestasi negeri sebagai ‘sangat baik’ dengan 99 peratus dari 9003 projek telah berjaya dilaksanakan.
Dalam tahun 2010, 3 agensi diberikan ‘sangat baik’. 10 agensi lagi diberikan status ‘baik’ dengan hanya satu ‘memuaskan’. Untuk tiga tahun berturut-turut, 13 agensi negeri diaudit sebanyak dua kali diantara tahun 2007 hingga 2010 telah menunjukkan ‘sangat baik’ dalam pengurusan kewangan oelh Bendahari negeri dan badan pembangunan lain. Laporan merumuskan yang pengurusan kewangan negeri ditahap yang baik untuk tahun 2010.
Perbezaan langit dan bumi dalam pentadbiran negeri-negeri BN
Setelah 54 tahun bernaung di bawah Barisan Nasional (BN), tidak memberikan kesan mengurangkan kelemahan pengurusan kewangan negara. Kelemahan daya saing, tidak bertanggungjawab dan telus telah menyebabkan sejumlah besar wang cukai rakyat dibazirkan. Memandangkan para pemilih melihat kelemahan-kelemahan yang sama berulang setiap tahun, mereka mempunyai hak menyatakan tentangan mereka terhadap kepincangan yang teruk oleh kerajaan yang memerintah.
Sebaliknya pula, hanya dalam masa tiga tahun mentadbir negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kedah –di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kepemerintahan yang efisien. Negeri Kelantan juga semakin menunjukkan kemampuannya dalam kejayaan rekod kewangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam negeri.
Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional mungkin sahaja tidak akan memberikan apa-apa kepada negeri-negeri ini, namun mereka telah membuktikan kepada para pemilih di negeri itu bahawa kejujuran dan ketelusan menguruskan negeri dan wang cukai rakyat membuahkan hasil dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.
Syabas PR...!!!
Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.
Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.
Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.
Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini adalah kerana, jelas kontraktor-kontraktor Umno yang mempunyai pelbagai kepentingan di dalam berbagai-bagai bentuk saluran pembekalan kepada kerajaan turut terlibat sama di dalam memperluaskan perbuatan yang keji ini yang boleh juga dikatakan hampir pada setiap tahun, wang yang selalu kita bayar sebagai cukai pendapatan dihabiskan dengan begitu sahaja.
Oleh kerana itulah, para kontraktor-kontraktor dan pemimpin Umno menjadi semakin kaya raya, manakala masyarakat Melayu pada amnya terus hidup di dalam serba kemiskinan yang sungguh memeritkan bahkan masih ada banyak lagi orang-orang Melayu yang masih miskin melarat sehingga tidak mampu membeli makanan, masih buta huruf, tidak mempunyai kediaman, kebuluran dan sebagainya.
Jadi adakah Umno ini benar-benar memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Dan jika sekiranya Umno benar-benar memperjuangkan nasib bangsa tersebut, kenapa pula masih terdapat sebahagian besar kaum tersebut hidup menderita dengan keadaan yang tak terhingga?
Telan berjuta-juta Ringgit
Kita tengoklah laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah membelanjakan lebih daripada RM5.66 juta untuk membeli 23 ekor kuda baka khas. Adalah difahamkan juga bahawa kuda-kuda berbaka yang dibeli oleh MSN itu kesemuanya telah dibayar melebihi harga pasaran.
Sementara dalam laporan audit yang seterusnya turut mendedahkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810 peratus di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan kajian lautan yang langsungnya tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.
Selain daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain telah membelanjakan lebih daripada RM54 juta untuk membeli pelbagai peralatan dan peralatan yang kebanyakannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan usaha-unsaha jabatan tersebut untuk membantu masyarakat Melayu yang miskin dan daif.
Dan jika kita meneliti laporan audit tersebut seterusnya, kita akan dapati lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan yang asyik berbelanja besar ke atas pembelian dan perolehan barangan, peralatan dan bahan-bahan yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat jelata.
GLC lagi rugi teruk
Dalam pada itu, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun.
Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).
Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini.
Hasilnya, wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.
Rakyat akan terus diabai
Di dalam saat-saat yang memerlukan, kita tidak melihat SPRM bertindak tegas menyiasat kerugian yang dialami oleh banyak jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa GLC ini.
Apa yang SPRM tahu, hanyalah membabitkan diri mereka di dalam kancah politik dengan hanya memerangi para pemimpin pembangkang dengan kononnya mereka ini telah melakukan “rasuah”. Yang benar-benar rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka di dalam kerajaan tidak pula diendahkan kerana mereka ini adalah ahli-ahli dan para pemimpin Umno.
Jadi, adakah SPRM ini benar-benar profesional atau sebaliknya?
Oleh yang demikian, selagi BN dan Umno masih berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan terus dipertaruhkan seperti suatu perjudian dengan tidak mengendahkan kerugian dan kehilangan wang.
Adakah rakyat memperoleh apa-apa faedah, hasil daripada pertaruhan tersebut?