Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, March 30, 2009

SELOKA BULAN PURNAMA...

SELONGKAR SELOKA BULAN PURNAMA: P 56 BUKIT GANTANG

Rebah jatuh guling telentang
Terlentang terterap didepan laman
Berkampong kita di Bukit Gantang
Pertahankan milik dalam genggaman

Pulau Melaka ke Kota Bharu
Beli jarum bersama benang
Nizar Jamaluddin direstui Tok Guru
Menjadi calun gandakan menang

Lanun buaya di ajar bernang
Dijerat rotan diikat takal
Syarat mutlak mencapai kemenangan
Berusaha iklas, berdoa dan tawakal

Bakar bakau menjadi arang
Masak nira buat manisan
Rapatkan perpaduan, elakkan jurang
Musoh kita Umno Barisan

Berumah di Rasah asalnya Tampin
Simpan padi diatas para
Ketua rasuah turut berkempin
Mengajak pengundi jadi serupa

Bunga kemboja bunga angsana
Harumnya merkah tahanya lama
Melayu India, Siam dan Cina
Undi pangkah bulan purnama

Tong layar memukul padi
Asingkan padi dari jerami
Berkempin merayu setiap pengundi
Tingkatkan majoriti UBN rebah ke bumi

Limau purut limau kedangsa
Nira diperam dibuat cuka
Kepala lanun merampas kuasa
Menubuh kerajaan haram rakyat murka

Kaki bola Bakri Ibni
Tendangan kuat kanan dan kiri
Najib C4 Altantuya takut bini
Tapi rakus nak jadi Perdana Menteri

Meniti menyeberang batang balak
Badang kuno membajak sawah
Calun UBN pengundi kan tolak
Kerana Umno bergelomang rasuah

Air Kuning keruh dikuala
Ikan banyak, udang pun jenoh
Peralihan kuasa sudah bermula
Dari Mr Clean kepada Mr Pembunoh

Mayang mengurai rambut disikat
Rambut berkutu sarang pejat
PAS-Pakatan Rakyat menjadi berkat
Dipimpin Tok Guru bersolat hajat

Ledakan C4 berkecainya tupai
Altantuya rebah di simen
7 April 2009 kemenangan dicapai
YB Nizar Jamaluddin berjuang di Parlimen


tAKBIRRR.....

MUHIBAH NYA PAKATAN RAKYAT....

ANGKA dan nombor mungkin menjadi isu menarik sepanjang hari penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu. Apakan tidak, jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri bandar Taiping dianggarkan lebih 30,000 orang berbanding 5000 penyokong BN. Mungkin ada antara 'penyokong fanatik' Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan angka itu kerana diyakini jumlahnya lebih besar. Bagaimanapun bukan angka yang penting tetapi semangat dan daya juang yang ditunjukkan para penyokong Pakatan.
Sebelum Subuh lagi, perkarangan Masjid Lama Bandar Taiping telah pun dibanjiri para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
Solat Subuh pagi itu berlangsung umpama solat Jumaat! Malah kumpulan-kumpulan jamaah yang tidak sempat untuk bersolat kerana ketiadaan tempat turut menunaikan solat Subuh berjemaah kemudiannya dengan jumlah yang ramai juga.
Difahamkan, dua buah masjid lagi - masjid baru dan Masjid India di bandar Taiping turut mengalami situasi yang serupa.
Solat hajat berlangsung pada jam 7.30 pagi sebelum majlis perarakan ke tempat penamaan calon. Malah sebahagian para penyokong Pakatan Rakyat sudahpun beransur-ansur bergerak ke Majlis Perbandaran Taiping seawal jam 7.00 pagi.
Kiri-kanan jalan dipenuhi para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang masing-masing gah berbaju-T, berlilit kepala dan memegang bendera berlambang bulan. Lambang-lambang KeADILan dan DAP juga diperagakan.
Kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan juga disambut mesra penduduk bandar Taiping. Kenderaan yang bertali arus membunyikan hon tanda sokongan termasuk oleh kenderaan-kenderaan milik kerajaan dan Majlis Perbandaran.
Para anggota trafik juga hadir di persimpangan-persimpangan lampu isyarat bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan dan peserta perhimpunan.
Dalam kebanjiran para penyokong PAS yang bertali arus ke tempat perhimpunan, masyarakat Cina yang menjadi penonton setia di tepi-tepi kaki lima bangunan melambai-lambai tangan memberikan sokongan.
Ada antara mereka yang melaungkan kata-kata semangat sambil bertepuk tangan.
Apa yang menarik perhatian, baju-T dan bendera lambang PAS bukan sahaja dipegang para penyokong PAS, malah turut dipakai dan diarak kaum Cina dan India.
Seorang lelaki tua Tionghua dan rakannya memberitahu telah bangun pada jam 5 pagi dan bertolak dari Ipoh untuk turut berarak ke pusat penamaan calon.
Seorang wanita Tionghua yang ditemui mengaku datang daripada Bukit Damansara Kuala Lumpur bersama tiga rakannya.
"Kami akan duduk di sini sehingga 7 April untuk membantu kempen (calon PAS)," katanya bangga.
Sokongan hangat masyarakat setempat kepada para penyokong Pakatan Rakyat benar-benar menghidupkan suasana muhibah di pagi hari penamaan calon itu.
Kehadiran para pemimpin utama DAP seperti Penasihatnya, Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Pengerusi Publisiti, Ronnie Liu, anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggambarkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.
Malah puluhan ribu penyokong Pakatan turut dihiburkan dengan kehadiran kumpulan gendang India Kelab Penyokong PAS yang turut memeriahkan suasana hari penamaan calon.
Beberapa 'insiden nakal' juga berlaku apabila para pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Tengku Adnan Mansor, Dato' Mustapha Mohamad dan Dato' Jamaluddin Jarjis disorak para penyokong Pakatan Rakyat dengan pelbagai slogan ketika berjalan kaki ke Bangunan Umno Taiping dari hotel kediaman mereka bagi memulakan perarakan BN.
Malah Jamaluddin yang melambai-lambai tangan ke arah penyokong Pakatan Rakyat dari kaki lima hotel kediamannya di Jalan Kota disorak dengan pelbagai slogan antaranya "rasuah" dan "raba".
Bagaimanapun tiada seorang pun pemimpin Umno dan BN dikasari secara fizikal seperti dialami Karpal Singh yang dibaling botol air minuman oleh para penyokong BN.
Para pemimpin Pakatan Rakyat juga mengambil kesempatan berucap di hadapan ribuan penyokong yang hadir sementara menunggu perisytiharan calon. Seorang pemimpin wanita DAP menarik perhatian hadirin apabila menyelitkan pantun-pantun empat kerat dalam ucapannya. Setiap pantun yang diucapkan penuh fasih disambut sorakan dan tepukan hadirin.
Sehingga tamat proses penamaan calon kemeriahan masih dirasai di jalan-jalan sekitar Taiping. Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum berganding bahu dan bersatu tekad memberikan sokongan kepada calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat.
Ketika semangat muhibah dan perpaduan erat antara kaum menjalar dalam Pakatan Rakyat, BN khususnya Umno mula membakar semangat perkauman dan sentimen agama bagi meraih sokongan rakyat khususnya kaum Melayu.
Nizar digambarkan sebagai pengkhianat Melayu, penderhaka Sultan dan pengancam survival Melayu kerana sanggup diperalatkan DAP.
Institusi Raja dan istana cuba diheret Umno dalam kancah politik dalam kempen-kempennya di kampung-kampung Melayu. Kempen dari rumah ke rumah oleh Puteri dan Wanita Umno diselitkan dengan propaganda jahat yang boleh menggugat keharmonian kaum.
Dalam ikrar pemimpin Umno untuk berubah dan membuang faham fanatisme bangsa, keghairahan kempen Umno di Bukit Gantang masih terperangkap dalam dogma Melayu dan 'ancaman terhadap survival bangsa' oleh bangsa yang lain.
Akhirnya yang menjadi penentu adalah rakyat. Mereka bakal memilih sama ada ingin bersama Pakatan yang memprojekkan semangat toleransi dan memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua atau memilih Umno/BN yang masih terperangkap dalam dogma ketuanan kaum.
IR.JANGGUT

SUASANA PENAMAAN CALON P059 BUKIT GANTANG

UP LAGI GAMBAR2 MENARIK.....

GOBIND SINGH...ANAK KARPAL SINGH...GANAS YB NIH...
DR BADRUL AMIN & WIFE....LOVELY COUPLE..

NIZAR DI HATI RAKYAT...MELAYU..CINA...INDIA...

TEAM JUASEH BERKUMPUL DI BUKIT....KAMI MENGGELARKAN MEREKA SEMUA TENTERA BUKIT......LAUTAN TENTERA BERKUMPUL DI BUKIT....TENTERA BUKIT NI LAH YANG MERIAHKAN KEADAAN.....SIAP BUAT OMBAK LAGII.....LAGU DAN LIRIK BERBAGAI2 DI NYANYI KAN.....
TGNA TETAP KAMI SANJUNGI....
MERIAH DAN HEBATT......MEREMANG BULU ROMA TENGOK LAUTAN PENYOKONG PR......TAKBIRRR....
DS NIZAR PILIHAN RAKYAT....
PETUALANG ISLAM....ELOKNYA DI TEMBAK...
KUBURAN TERKHIR BEE END DI BUKIT GANTANG....
UUUUUWEEKKKKKKK......BN PERAKKK..
SAHABAT2 DARI PR JUASEH DAN KUALA PILAH....MACAM KENAL JER MAMAT NIH...GANDINGAN JUASEH & PAROI...MASA NAK BERARAK....BARISAN DEPAN TUHH.....TAPI BELUM SARAPAN LAGI....LAPAR PERUTTT POITT...

Para penyokong dari Juaseh & Paroi seramai 30 orang telah menyertai konvoi ke BG....1 van (13 orang)...1 nazaria (6 org)..1 iswara (3 orang) dan wira (3 orang...tak jumpo langsung kt BG..mano poie ehh geng nih??)...pergi dengan selamat & pulang dengan selamat....
Petugas PR dari N9 telah dikhaskan untuk menjaga beberapa UPU sekitar Kuala Sepetang....
MEDIA PR JUASEH DAN PAROI MENGUCAPAKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN SEMANGAT KEPADA KAMI....SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI HARI MENGUNDI NANTI....TAKBIRRRR......PERJUANGAN KERANA ISLAM DAN KEADILAN....TIADA APA YG KAMI HARAPKAN..HANYA KEMENANGAN ISLAM DAN KEADILAN DENGAN IZIN ALLAH SWT.....
IR. JANGGUT...

Friday, March 27, 2009

Siapa Yg Kene ??? Kemenangan Khairy Syarat Pak Lah



Akhirnya Kini Mahathir Tertipu Lagi, 27hb Mac 2009


Kemenangan Khairy Adalah Satu Syarat Pak Lah Melantik Najib Sebagai Perdana Menteri Keenam KUALA LUMPUR - Ini satu berita panas yang kami terima dari kalangan pemimpin UMNO perihal kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Beliau telah mengalahkan calon favourite Mukhriz Mahathir dengan kelebihan majoriti yang banyak. Bahkan Mukhriz juga tewas berdasarkan kiraan undi kepada Khir Toyo. Soalnya, apakah Khairy memang menang atau Mukhriz memang kalah.


Menurut sumber, kemenangan Khairy telah dirancang dengan baik oleh Pak Lah Badawi. Itulah perjanjian yang terpaksa diterima oleh Najib Razak sekiranya beliau mahu bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-6. Jika tidak beliau hanya akan merasa kerusi empuk Presiden UMNO sahaja dan bukannya Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan selama ini. Mahu atau tidak Najib terpaksa akur dengan kehendak Pak Lah itu, biarpun terpaksa pula menerima cemuhan dari Mahathir. Jika dulu, Mahathir marahkan Pak lah kerana tidak tunaikan segala janji-janjinya. Kini Mahathir juga akan marah kepada Najib Razak kerana gagal melaksanakan janji-janjinya itu. Mukhriz dimalukan sedemikian rupa, seolah-olah menunjukkan yang Pak Lah cuba untuk menjatuhkan imej Mahathir.


Perancangan asal sudah bertukar dan kini Khairy selesa bergelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru.

Soalnya sekarang apakah benar Khairy menang dan Mukhriz tewas?.


Khairy Menang Kiraan Undi Kali Keenam? Selain laporan rasuah “Carpet Bombing” RM10 ribu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Kini terdapat satu lagi maklumat yang mengatakan Mukhriz tewas setelah pengiraan undi dilakukan sebanyak enam kali. Khabarnya kiraan kali pertama sehingga kelima memihak kepada Mukhriz dan kiraan kali keenam barulah memihak kepada Khairy Jamaluddin. Sama ada laporan ini sahih atau sebagainya, kita sama-sama nantikan laporan polis yang kononnya akan dibuat oleh Pemuda UMNO Perak berhubung dakwaan rasuah yang membawa kemenangan Khairy itu.


Ramai yang tertanya-tanya kini, apakah Mahathir akan mengotakan hasratnya untuk masuk semula ke UMNO bila tiba masanya yang dijanjikan selepas kekalahan anaknya kepada Khairy itu?. Apakah juga Mukhriz akan terus terpinggir dari arus politik negara selepas kekalahan memalukan ini. Semua ini bakal terjawab dalam pilihanraya umum akan datang, sama ada beliau akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau tidak. Apa yang pasti, sudah tentu nama Mukhriz Mahathir pasti akan terkeluar dari senarai terbaru kabinet Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin nanti

Wednesday, March 25, 2009

PRK P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG & N25 DUN BUKIT SELAMBAU...


TURUN JANGAN TAK TURUN.....
Satu Konvoi dari Seremban ke Bukit Gantang sempena Penamaan Calon PRK P059 Bukit Gantang pada 29 Mac 2009. Kepada yang berminat, sila ambil perhatian. Sekiranya ada sambutan kita akan berkonvoi kalau tidak poie sondiri2 sudahla...Tarikh : 28 Mac 2009Masa dijangka bertolak : 6.00 PMMaklumat lanjut : 012-9233 696 / 013-393 8854


Sunday, March 22, 2009

Najib Perdana Menteri Malaysia ????


From The Sunday Times
March 22, 2009

Arms deal link to death of model


Michael Sheridan and Matthew Campbell
div#related-article-links p a, div#related-article-links p a:visited color:#06c;

A FRENCH arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become prime minister of Malaysia next month.

All three have been linked in a sensational sequence of revelations that has convinced many Malaysians that the woman was killed to silence her demands of a share in the rewards of the transaction.

The scandal exploded last week after the French newspaper Libération alleged that the submarines deal and the murder of Altantuya Shariibuu, 28, were connected.
A glamorous, cosmopolitan woman, Altantuya grew up in St Petersburg, spoke Russian, Chinese, Korean and English, moved in elite circles and has been dubbed “a Far Eastern Mata Hari”.
She became the mistress of a Malaysian political fixer and was allegedly trying to extort money from him at the time of her violent demise.

Two members of an elite Malaysian police unit that protects top politicians are on trial in Kuala Lumpur, accused of shooting her in the jungle and then blowing up her body with military explosives.
Azilah Hadri, 32, and Sirul Azhar Umar, 36, officers in the Special Branch, could go to the gallows if convicted of abducting and murdering Altantuya on October 19, 2006. A verdict is expected early next month.

Their trial is unfolding as Najib Razak, the country’s deputy prime minister, stands on the verge of taking over as premier after a ruling-party leadership election, due within days.
Najib was accused by a young opposition MP, Gobind Singh Deo, in parliament, of involvement in the murder. Deo was suspended by the Speaker for making the remark. The deputy prime minister has strongly denied any involvement.

Testimony in an earlier court case has established an intimate personal and financial connection between the dead woman and a close aide to Najib, who was minister of defence at the time of the submarine deal.

The aide, Abdul Razak Baginda, was acquitted by a court last November of being an accessory in the murder. He has since been working on a doctorate at Trinity College, Oxford.
Baginda admitted that the dead woman was his mistress for about a year and prosecutors said she had pestered him for money after their break-up.
Just before her death she arrived in Kuala Lumpur, accompanied by a Mongolian shaman, who was to put a curse on Baginda if he did not pay up.

Altantuya was dragged away from outside Baginda’s home by two Special Branch officers, but he was acquitted after maintaining that he never gave orders for her to be harmed.
The Libération exposé linking the murder to the shadowy world of arms contracts has embarrassed the French war-ship firm DCNS. Armaris, a firm now merged with DCNS, sold the three submarines to Malaysia in 2002 for £937m.
Attention has centred on why Armaris paid £107m to a Malaysian company called Perimekar in 2006.

Opposition leaders alleged in parliament that the payment was a “commission” for intermediaries and that Perimekar was secretly owned by Baginda. Najib replied that it was not a “commission” and that Perimekar was a “project services provider”.
Libération has alleged that Altantuya, who toured France with Baginda in a Ferrari, wining and dining at expensive restaurants, learnt of the payment. It said she was demanding $500,000 (£345,000).

DCNS has refused to comment. It is already the subject of a French judicial investigation into corrupt practices, thanks to a whistleblower who has detailed bribery and industrial espionage allegations.

Last week, efforts to contact Baginda, a self-styled political analyst, at his new home in Oxford were unsuccessful.

Najib has avoided public comment but his politically influential wife, Rosmah Mansor, told the French news agency AFP that she was “shocked” by attempts to link her husband and her to the case.

Additional reporting: Alex Yong in Kuala Lumpur

Thursday, March 19, 2009

Mana SPRM ? Mana Ahmad Said ?



"Ketika permilihan UMNO sedang rancak lobi-melobi dan sudah dijatuh hukum kepada ejen-ejen calon yang bertanding, rakyat Malaysia menunggu fungsi SPRM sebagai Suruhanjaya yang dikata telus menjalankan tugas tetapi di dalam hal pemilihan MT UMNO tiada apa-apa komen atau tindakan susulan dari SPRM dan kemana hilangnya Ahmad Said dalam permasalahan rasuah parti UMNO."

"Ekoran daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO menghalang Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 24-28 Mac nanti, Geng-geng Pak Lah pula diantaranya Azalina, Norza termasuk KJ sendiri di dapati bersalah kerana mengamalkan politik wang, jelas bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli UMNO. Imej ini tidak boleh diketepikan bila mana penyakit lain turut dihidapi UMNO seperti mana tindakan Parlimen menggantung ahli parlimen Puchong selama 12 bulan atas sebab membangkitkan (mengaitkan Najib) isu pembunuhan Altantuya dalam ucapannya di Parlimen tempoh hari.

Maka Ali Rustam atau Najib kedua-duanya dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan UMNO dan melayakkan UMNO ditolak selama-lamanya oleh rakyat.Sementelah pula, hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk UMNO menjadi peneraju kepimpinan negara.


Tercetus pula, kenyataan meragukan semua pihak apabila Zaid Ibrahim telah mencadangkan kepada Yang DIpertuan Agung agar tidak menerima Najib sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah Badawi berundur nanti. Ini semua akan menjelmakan pelbagai kerisauan rakyat, betapa UMNO di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar daripada sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!

Pada awal lagi kami telah membaca gerak geri tindakan mantan PM Mahathir Mohammad yg mengugut Paklah dan bertindak keluar parti adalah agenda terbesar akan di lakukannya melalui Najib. Siapa yg tak kenal Mahathir... Kebijaksanaannya dalam mengolah skrip politik tanahair, telah mengheret kejatuhan Tuanku Abdul Rahman, Hussein Onn, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim dan kini Paklah. Bacalah buku karangan Tuanku Abd Rahman sendiri 1970 (sebelum dan selepas 13hb Mei 1969) Umno dan dan sebahagian orang Melayu masih terperangkap dengan jerat yg di pasang Mahathir melalui Najib. SPRM, PDRM dan kini meletakan Istana dalam suasana serba salah adalah strategi kotor poltik yang diamalkan agak sekian lama.

Waspadalah orang-orang Paklah termasuk khabarnya MB NS. Rombakan besar-besaran akan terjadi sekiranya Najib dapat menduduki tahta PM menjelang April ini. Kini bertempiaran orang-orang Pak Lah dan KJ melutut ke kem Najib dan mengistiharkan taat setianya. Hotel-hotel dan Cafe2 menjadi markas melobi waktu kini terutama menjelangnya Pemilihan UMNO dlm beberapa hari lagi.

Apakah Tim. Menteri Dato' Hassan Malek ( Ahli Parlimen KP) regu Pak Lah dan Ali Rustam sewaktu belia dulu dan anugerah Dato' dari Melaka kerana membalas budi sewaktu Ali Rustam di bawah selia Hassan Malek turut dlm senarai Najib untuk dinyahkan.?? Tapi, orang2 Kuala Pilah terutama orang2 Jemapoh cukup kenal siapa Hassan Malek yg selalu bermain politik selamat. Dimana pokok rendang, disitulah tempat berteduh.

Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin UMNO yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara. Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan di hukum.

Sunday, March 8, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...12 RABIUL AWAL 1430H...9 MAC 2009 HARI INI...





"Sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, (iaitu) orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)".







KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA.....
WARGA PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL PADA HARI INI
9 MAC 2009 = 12 RABIUL AWAL 1430H........
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI ERTI MAULIDUR RASUL DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN......

SALAM DARI WARGA PR DUN JUASEH......
Janganlah kita bersekongkol dengan mereka terdahulu yang berusaha untuk membunuh Islam. Di atas kebenaran perkembangan sejarah agama Islam, bertindaklah dalam kapasiti anda sebagai seorang Muslimin. Walau sekecil mana sumbangan anda, ia pasti tetap diredhai Allah kerana membela agamanya.

Tragedi PPSMI

Jutaan rakyat berarak ke Istana Negara menyatakan bantahan............hebatttttt....


Kami di serang dengan gas pemedih mata di setiap penjuru....pejuang2 pantang undur.............

Di masjid negara ketika ucapan YB Mahfuz..MP Pokok Sena...


Berhimpun di masjid negara dan ketika ini kami di bedil oleh gas pemedih mata dan juga water canon oleh anjing2 FRU.....Allahuakbar.....masjid menjadi sasaran bedilan....Ya Tuhanku..turunkan bala keatas mereka ini yg menyerang rumahmu Ya Allah....

Banner bantahan PPSMI....
Syabas di ucapkan kepada semua pejuang2 yg hadir terutamanya sahabat2 dari N9......semoga cahaya kemenangan akan terus menyemarak kan lagi wadah perjuangan kita semua......
From mediaprjoseh....

Apa nak jadi dengan negaraku? Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang! APA nak jadi dengan Malaysia? Kebebasan sudah tidak ada lagi. Suara rakyat sudah dipancung. Rakyat boleh bersuara jika ada permit. Percakapan rakyat perlu dijaga dan dikawal oleh undang-undang. Kehidupan rakyat seolah-olah berada dalam kawalan rejim komunis. Apa-apa kegiatan perlu dikawal atas nama keselamatan! Walhal keselamatan yang dijaminkan itu bukan untuk keamanan, tetapi membuka ruang kepada satu mala petaka. Atas nama keselamatan jiwa dan kalbu rakyat terus sakit dan marah.
Marah...Rakyat hendaklah dibisukan dari bercakap mengenai apa saja. Apa-apa cakap yang tidak senada dengan kerajaan, akan disekat dan dihalang dan dianggap sebagai menghasut yang boleh didakwa di bawah akta Hasutan 1948. Atau kalau perlu kepada yang keras dan degil di penjara di bawah ISA. Cakap-cakap mestilah senada dengan kerajaan dan yang baiknya membodek kerajaan. Jadi cina buta kepada kerajaan. Dalam masa sama kerajaan melaungkan kebebasan, melaungkan keadilan dan melaungkan ketelusan. Hakikinya kebebasan sudah mati, keadilan sudah lama pincang dan ketelusan sudah lama ditambak dengan kuasa yang ada; polis, mahkamah dan kemudian penjara. Pintu penjara negara ini tidak pernah terkatup melainkan senantiasa dingangakan seluasnya. Jangan cakap mengenai apa-apa pun. Diam atau gamkan mulut! Kerajaan sedang mengajar rakyat menjadi beruk yang bisu yang tertenggek atas dahan mati yang hanya perlu merasa seronok bila tuan menghulurkan pisang separuh masak. Kemudian beruk perlulah menghingguk-hingguk batang pokok menandakan terima kasih kepada penghulur pisang separuh masa itu. Jangan tungging jubur nanti ditembak.
Inilah negaraku Malaysia di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional (UBN).Apa yang berlaku hari ini adalah konklusi ke atas segala kekejaman kerajaan. Manusia dari benua mana pun kalau melihat apa yang berlaku hari ini akan terkejut dan hairan. Masakan rakyat tidak boleh menemui rajanya untuk menyampaikan bantahan jiwanya yang bimbang mengenai masa depan anak bangsanya sendiri. Bukankah itu gila namanya kalau bukan babuk?Kalau rakyat berhimpun hendak memaki hamun raja-raja dan sultan ada ‘kulihah’nya kalau mereka dihalang, disekat kemudian ditembak dengan gas pemedih mata. Hatta kalau guna peluru hidup pun tidak mengapa. Tembaklah anasir yang merosak negara, boleh dibenarkan dan seluruh rakyat akan memuji dan memuja kerajaan.Misalnya kalau rakyat berhimpun hendak runtuhkan istana, tembaklah mereka, bomlah macam Israel bom rakyat Palestin biar hancur kepala dan terburai tali perut mereka. Tidak mengapa itu wajar sebab mereka pengkhianat. Di mana-mana dan sesiapa saja pengkhianat perlu ditembak sampai mampus tanpa mengira darjat, keturunan dan kedudukan mereka. Kalau mereka berarak hendak robohkan Parlimen, lambang keunggulan institusi demokrasi negara ini, tak mengapa, halang dan sekatlah mereka. Kalau perlu tembak mereka, tembak dan pancunglah kepala mereka sekali. Usahkan air gatal (water cannon) atau gas pemedih mata, hatta C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya Shariibuu pun halal digunakan. Bunuhlah...
Tetapi hari ini rakyat berhimpun hendak menyerahkan sekeping kertas kepada rajanya – Yang di-Pertuan Agong, apakah itu perbuatan salah? Salahkah? Apakah itu satu dosa dan satu penderhakaan? Puluhan ribu yang berarak ke istana hari ini kerana ingin membela bahasa mereka, Bahasa Melayu. BAHASA MELAYU?Mereka bukan berarak untuk membela bahasa penjajah, tetapi berarak untuk membela bahasa mereka, bahasa Melayu. Mereka melakukan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Mereka buat untuk kebaikan bangsa Melayu dan juga negara ini bukan untuk kepentingan sesiapa atau mana-mana golongan. Manfaat yang diperjuangkan itu untuk kepentingan bersama.Kenapa harus dicurigai niat suci mereka. Kenapa tidak reti membaca hati putih rakyat? Perarakan hari ini bukan bermotif politik. Apakah pihak kerajaan, penguasa buta mata hati dan suduh tertutup sanubari mereka. Begitu mudah pihak polis membuat andaian kononnya ianya didalang parti politik.
Kenalkah mereka kepada Dr Hassan Ahmad, A Samad Said, Ainon Mohamad, Dr Hassan Mohamad, Dr Shahrir Md Zain, Baha Zain dan lain-lain. Mereka bukan aktivis politik, mereka adalah pencinta dan pejuang sastera dan bahasa.Kenapa kerja suci mereka diragui? Kenapa? Apakah perbuatan mereka itu salah? Apakah di zaman ini rakyat tidak lagi boleh mengadu hal-hal masalah kepada raja-raja mereka. Apakah raja-raja hak sesuatu golongan saja? Atau raja-raja hanya sedia mendengar dari golongan tertentu yang boleh memberi apa-apa nafkah untuk kehidupan mereka saja. Begitukah? Dan bukankah sokongan rakyat jelata adalah jaminan keunggulan institusi raja dan keselamatan keturunan mereka? Seharusnya tidak ada sekatan dan halangan ke atas perarakan membawa memorandum untuk menghapuskan PPSMI itu. Mereka perlu diberi jalan seluasnya. Mereka bukan perlu dinanti dan dihalang dengan gas pemedih mata, gari, belantan atau kamera tetapi mereka perlu diiringi dan dikawal daripada pengacau lain. Itu sepatutnya.Pembawa memorandum itu adalah mereka yang suci dan bersih.
Tangan mereka putih daripada rasuah dan gila kuasa politik atau membunuh manusia lain. Mereka tidak ada apa-apa ambisi untuk berkuasa. Mereka membawa sekeping hati rakyat Melayu untuk ditunjukkan kepada raja mereka, betapa remuk, bera dan birunya hati rakyat kerana bahasa mereka diinjak-injakkan. Yang membuka kaki menginjanya orang yang mengaku Melayu juga. Jadi salahkah? Salahkah? Salahhhhhhhkah?Kepada para penembak tepat dalam pasukan polis, FRU, SB dan segala macam, apakah mereka sedar apa yang GMP lakukan itu untuk siapa? Untuk mereka, anak-anak mereka juga. Mungkin mereka boleh beralasan kerana itu arahan ketua mereka. Siapa ketua mereka? Apakah ketua mereka juga tidak ada akal budi dan akal fikir bagi menilai apa yang GMP lakukan itu. Semuanya kini sudah jadi haru biru dan tidak tahu hujung pangkal. Kedudukan rakyat pun cuba dipisahkan dari raja dan istana. Atas nama nak menjaga kemuliaan raja tetapi mereka menyimpan motif untuk menjauhkan rakyat dengan rakyat. Mereka mahu memonopolikan raja sebagai hak mereka saja. Yang salah di sini bukan raja. Tetapi para pengawal raja yang zalimnya. Para penasihat yang ada kepentingan. Raja sebagai raja berperlembagaan mengikut saja lembaga yang menentukan gerak geri mereka. Bagaimana pun diharap raja sesekali perlu menjenguk jendela untuk menghirup udara di luar dan melihat realiti yang riuh randah di luar istana.
Namun kita percaya keadaannya tidak seperti itu. Kini memorandum PPSMI itu sudah pun ditangan Yang di-Pertuan Agong ia diserahkan oleh A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad. Kita berharap baginda akan meneliti dan menatapnya dengan penuh prihatin, insaf dan sedia menimbangkan. Suara Perdana Menteri dikejauhan kedengaran hari ini juga satu perkembangan yang baik. Kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang hendak bersara esok lusa itu, masalah PPSMI perlu ditangani dengan segera kerana ia semakin mendapat tekanan. Kata Abdullah kalau ia tidak ditangani segera ia akan menjadi masalah besar. Jadi, tunggu apa lagi? Hairan, apakah perdana menteri itu sudah tidak ada kuasa lagi? Atau kuasanya telah dirampas oleh timbalannya? Kalaulah beliau serius dan ikhlas kenapa beliau tidak arahkan hari ini juga Menteri Pelajaran, Hishmuddin Hussein agar memansuhkan PSPMI? Kenapa harus bermadah helah lagi. Atau suara perdana menteri itu sebagai hendak memujuk dan menyejukkan hati para pejuang bahasa dan sastera saja. Sesungguhnya Abdullah perlu menyengolahkan semula Hishamuddin.
Perarakan hari ini tidak akan menjadi kalau perdana menteri prihatin dan peka, dan tidak pekak. Wang kerajaan yang digunakan untuk membeli gas pemedih mata boleh diselamatkan. Wang petrol atau diesel trak dan kereta peronda polis dan helikopter boleh diselamatkan. Rakyat juga tidak berpedih mata dan pegap-pegap urat kerana lari menyelamatkan diri semasa perarakan tadi. Keadaan negara juga tidak menggambarkan seperti huru hara yang menakutkan pelabur. Namun kerana PM kurang cerdik, lambat bertindak, teragak-agak, berfikir terlalu panjang, lembab dan lemah maka jadikan apa yang sudah terjadi. Apakah makna seorang PM mengatakan ia perlu diselesaikan segera? Dalam konteks hari ini ialah mengarahkan supaya PPSMI dimansuhkan. Dan bila PM tidak dapat bertindak maka ia menggambarkan seolah kuasanya sudah tidak ada. Untuk apa Abdullah bersuara menyatakan masalah itu kalau ia sudah kehilangan kuasa sebelum jawatannya terlepas? Kalau hanya setakat bermadah untuk menarik simpati dan memberi keseronokan kepada rakyat tidak payahlah. Rakyat tidak lagi mengharap apa-apa harapan kepada Abdullah. Rakyat tidak lagi menaruh apa-apa keyakinan kepada Abdullah. Rakyat semuanya sudah cemuh dan menganggap Abdullah kini sedang persis koma sebelum jasadnya dibawa ke kuburan untuk ditalqinkan Najib.Tahniah dan syabas kepada semua rakyat yang berarak hari ini.
Yakin dan percayalah penderitaan yang dikecapi hari ini adalah penawar dan peristiwa yang akan menjadi manis selepas ini. Dan parut yang berbekas hari ini adalah bukti kepada anak bangsa bahawa kita adalah seorang pejuang.


Saturday, March 7, 2009

Ketua Polis Negara Hilangnya Intelektual Menjaga Keamanan Negara


Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Polis untuk mewajarkan mereka menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemedih mata ke arah peserta anti-PPSMI, ia tidak dapat diterima sebagai tindakan yang waras kecuali hanya menjelaskan lagi kebenaran bahawa polis yang ada pada hari ini adalah polis yang berpihak kepada kerajaan UMNO-BN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan, kumpulan itu yang pada awalnya diketuai oleh Pengerusi Gapena Datuk Hassan Ahamd, Datuk A Samad Said dan Dr. Shaharil Md Zain, bersetuju untuk tidak mengadakan perhimpunan atau demonstrasi semasa perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohd Sabtu Osman. “Mereka bersetuju menghantar wakil ke Istana selepas solat Zohor tetapi bila parti PAS dan PKR telibat, ia bertukar menjadi satu perhimpunan haram." “Kami tiada pilihan kecuali menembak gas pemedih mata untuk menyurai mereka yang tak mendengar arahan polis,” tambahnya.

Kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan telah ditentang oleh beberapa orang pemimpin PAS dan PKR yang turut hadir di dalam perhimpunan petang ini. "Apakah kerana PAS dan PKR turut serta maka ia bertukar menjadi perhimpunan haram? Tetapi jika UMNO turut serta ia automatik menjadi halal?" tanya seorang pemimpin PKR. "Jelas sangat melalui kenyataannya, Musa Hassan ini pengampu kepada UMNO-BN. Beliau bukan Polis untuk seluruh rakyat Malaysia. Beliau awal-awal sudah ada persepsi negatif terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya. Seorang pemimpin PAS menyatakan bahawa tindakan polis yang menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta adalah mengikut arahan pihak atasan mereka yang takut dan malu kepada menteri UMNO-BN. "Sebenarnya tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya sana-sini yang menyebakan berlakunya kesesakan lalulintas, bukan disebabkan oleh peserta-peserta perhimpunan," tambahnya mengulas kenyataan Musa yang menyatakan perhimpunan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Pihak peserta perhimpunan mendesak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir supaya membawa hal ini ke Parlimen untuk mengusulkan satu bantahan keras terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan yang jelas bersifat berat sebelah dan prejudis. "Semua hal yang karut dari polis ini mesti dihentikan segera. Beliau tak ada kelayakan untuk memegang jawatan sepenting itu di dalam negara kita. Seorang Ketua Polis Negara mesti seorang yang waras fikiran dan bukan bertindak mengikut kepentingan parti pemerintah semata-mata," jelas seorang pensyarah dari fakulti Bahasa dari sebuah universiti tempatan. "Amat memalukan bila polis Malaysia bertindak macam menghalau binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu. Maaf ler saya kata mereka macam binatang sebab mereka anggap rakyat ni macam bintang yang mereka boleh lakukan sesuka hati mereka," jelas seorang peserta.


http://picasaweb.google.com/GUA1964/SelamatkanBM?feat=directlink

(klik melihat gambar)


Dan sesungguhnya hari ini adalah hari dalam sejarah bagi wakil media PR Joseh (bro Mizan) bersama-sama dengan penjuang bahasa dalam perarakan menghantar memorundum tersebut.

Perjuangan mu sekali gus menjadi teras perjuangan anak2 bangsa yg mendatang dan sekali gus juga meletakan namamu sebagai lipatan sejarah negara.

Friday, March 6, 2009

Suara Rakyat Bergegar Lagi !!!

SABTU 7hb Mac 2009

Jangan di 'keranda' kan bahasa kita!

Ayuh! Seiringkan langkah, rapatkan bahu, seiramakan derapan sepatu! Satukan matlamat, satukan tekad, satukan ikatan! Bersiaplah.

Jika sang unggas mampu bercericau mencari bekalan di awal pagi untuk anaknya, maka alangkah malunya hamba-hamba Allah di bumi Malaysia ini tidak mampu menghayunkan langkah seawal pagi ke tiga lokasi perhimpunan hari ini demi masa depan anak bangsa kita. Lupakan seketika, soal parti. Lupakan siapa PAS, siapa KeADILan, siapa Umno! Lupakan dulu warna kulit kita sama ada bersawo matang ataupun berhitam manis! Lupakan juga panjang segalah atau katek merendang! Ini bukan masa untuk mencakar siapa gagah, siapa hebat! Ini bukan ketikanya mendada siapa jaguh, siapa pendekar! Dan ini juga bukan masanya untuk menilai siapa berphD atau bersekolah pondok!

Kemarilah, wahai anak-anak bumi tercinta! Bersatulah! Hari ini adalah penentuan! Hari ini adalah detik sejarah yang akan terlakar dalam beratus tahun yang akan datang. Andai berjaya kita mengatur langkah hari ini, maka beratus tahun kelak anak bangsa kita akan tidur dalam dakapan lena di bumi Malaysia ini. Andai pincang langkah dan bercerai ikatan kita pada hari ini, maka akan hilanglah jati diri dan peribadi bangsa anak cucu kita kelak. Hari ini juga kita akan menyaksikan, apakah masih ada jagat diri dalam setiap insan yang bergelar manusia bermaruah terhadap soal bahasa di negara ini.

Bertempat di Kompleks Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara, kita akan berhimpun dan mengusung 'keranda bahasa' yang akan terkubur jika tidak dilakukan sesuatu. Bertempat di tiga lokasi itu juga, akan tercatat sejarah betapa anak-anak bangsa di bumi Malaysia tidak pernah berputus asa untuk mengendung bahasa ibunda tercinta. Dan bertempat di tiga lokasi ini juga, kita akan sama-sama melaungkan betapa hari ini adalah detik yang menentukan jatuh bangun dan hidup matinya bahasa Melayu di negara ini.

Bukan hanya anak, adik, bapa, ibu, pakcik, makcik, datuk dan nenek! Tetapi akan turun dan berarak juga para akademik, pensyarah, pejuang bahasa, sasterawan negara, ahli politik, para doktor, peguam, jurutera, arkitek , pengamal media dan beribu penjawat yang wujud di muka bumi ini. Dan di celah-celah ribuan penjawat ini, terpacul sama abang beca, abang lori , abang teksi, abang burger, akak nasi lemak, akak tom yam, akak apam balik, akak tapai dan beribu akak dan abang di pelbagai ceruk kota negara ini. Dan paling mengharukan dalam lipatan ribuan manusia ini, terselit si Ah Kau, Ramasamy, Muniandy, Mariammah, Amit anak Balau, Sarjeet Singh dengan turut sama memimpin sicapek, sibuta, sibisu dan pelbagai insan yang berasa terpanggil untuk membela anak-anak bangsanya.

Maka, menjelang tengahari kelak, akan berkumpullah anak-anak bangsa ini di tiga lokasi sebelum berarak untuk merafak sembah bagi membawa warkah memorandum daripada insan-insan yang tertindas dalam bahasa ibundanya kepada ke bawah Duli Tuanku Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, ayuhlah! Usah dibuai mimpi lagi. Hayunkan langkah, genggamkan erat jari jemari, satukan langkah, pereratkan ikatan bangsa dan mulakan perjalanan ke ibu kota Kuala Lumpur. Masih belum terlambat untuk ke Kompleks Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara.

Masih belum terlewat untuk melaungkan suara bangsa di ibu negara ini. Dan masih belum kesiangan untuk mencelikkan mata wajah penjajah bahawa ibunda yang bakal dikerandakan.

Ayuhlah, Anak Bangsaku

Kuasa Sultan Di Cabut dan Di Pakai UMNO



Melayu pertikai kedudukan bangsa sendiri dan raja adalah biadab - Sultan Selangor

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan. Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat. "Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang? "Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik. Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan. "Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. "Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda. Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.

Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid. Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup. Berikutan dengan jumlah anak qariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu. Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian. BERNAMA

Thursday, March 5, 2009

PERAK-Speaker DUN sah ke ? 3hb Mac 2008

Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang

Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Tindakan 4 - memanggil Sidang Tergempar DUN

Tindakan 5 - menjalankan Sidang Tergempar DUN di luar bangunan DUN

Speaker memanggil Sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 berdasarkan Fasal 36(1), 36(2) dan 44(1) Perlembagaan Negeri Perak serta Perintah Tetap 10(2), 11, 15, 16, 17, 88 dan 90 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Notis memanggil Sidang Tergempar 3 Mac tidak memerlukan perkenan Sultan kerana siding itu adalah sambungan kepada sidang yang ditangguhkan pada November 2008. Sidang November itu hanya ditangguhkan (adjourned), bukan diberhentikan atau ditamatkan (prorogued).

Perkenan Sultan bagi memanggil sidang DUN yang dimestikan oleh Fasal 36(1) hanya merujuk kepada sidang sebelumnya yang telah diberhentikan atau ditamatkan (prorogued). Fasal itu tidak menyebut berkenaan sidang sebelumnya yang hanya ditangguhkan (adjourned).

Fasal 44(1) memperuntukkan kuasa mutlak kepada DUN untuk menetapkan apa-apa peraturan berkaitan urusan DUN yang tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Tafsiran perkataan “mesyuarat” (meeting), “persidangan” (sitting) dan “penggal” (session) bagi persidangan DUN termaktub di dalam Perintah Tetap 88 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Perintah Tetap 15 dan 16 memperuntukkan kuasa kepada Speaker untuk menangguhkan (adjourn) satu persidangan (sitting) dan memanggil persidangan (sitting) berikutnya selagi dalam satu penggal (session) persidangan.

Kuasa memanggil sidang selepas sidang yang ditangguhkan pada November 2008 tidak tertakluk kepada Sultan kerana Fasal 36(1) hanya berkenaan dengan “satu penggal persidangan” (one session) dan “penggal persidangan berikutnya” (next session).

Perintah Tetap 11 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Mesyuarat-mesyuarat Dewan dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dari suatu waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tuan Speaker.”

Jika timbul keraguan berhubung kuasanya, Speaker boleh bergantung kepada kuasa-kuasa terhad yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perintah Tetap 90 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Mengikut Perintah Tetap 89 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak), keputusan dan arahan Speaker adalah muktamad. Semakan kepada keputusan dan arahan itu hanya boleh dibuat melalui usul di dalam sidang DUN.

Perintah Tetap 89:

“Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara ini.”

Kenapa Di bunuh ???






Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Altantuya, Najib 5hb Mac 2009

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah !!!!


Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin


Datuk Seri, Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya. Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.
Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.









samseng2 UMNO cuba membuat provokasi

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
(Terjemahan bebas arifabdull terhadap )
Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]




Selasa 3hb mac 2008

Perak menjadi tumpuan kali ini ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.
10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.
Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.
9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN.
Suasana kelam-kabut. Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.
9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut. 9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.
9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.
9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.
9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.
9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah. 9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.
8.50pm:
Samseng Umno
Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong. 8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya. Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.
8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan. Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ. Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.


10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang tergempar DUN dibuka dengan bacaan doa.
10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.


Speaker Dun Sivakumar

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat. 10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.























































Sunday, March 1, 2009

Pakatan Rakyat berpolitik diiringi Dakwah


Posted: Sun Mar 01, 2009 5:10 pm Post subject: Begini Rupanya Wajah DAP Perak

(Artikel ini ditulis oleh Misbahul Munir, Setiausaha Politik MB Perak)

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa. Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya. Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar.

Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran. MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam.

Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN. Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak. DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki.

Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP. Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

(ulasan: Pakatan Rakyat baru bermula. Politik dan dakwah sering mengiringi. Siratulrahim antara parti dan kaum semakin erat. Moga Allah memanjangkan usia PR. Kita akur, semakin tinggi ilmu seseorang itu, makin tinggi dugaan dan ujian. Sesungguhnya Islam itu adalah perjalanan kehidupan, penuh kesyumulan dan kemuliaan)