Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 16, 2010

Perang Hulu Selangor bermula....












Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor menghadapi cabaran Barisan Nasional dan dua calon bebas.

Pertandingan 4 penjuru. PR dan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim dicabar Ketua Penerangan MIC Pusat P Kamalanathan, dan calon bebas V.S Chandran dan Johan Md Diah pada hari pengundian 25 April depan.

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Nor Hisham Md Diah mengesahkan pencalonan mereka dterima tanpa sebarang bantahan.

Seorang lagi anak tempatan, J Anuradha, mendakwa pencalonannya telah dihalang oleh polis dan SPR dan kini melontarkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Anuradha mendakwa bapanya adalah pengasas MIC Kuala Kubu Bharu.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor adalah pilihanraya kecil tempatan yang pertama di Selangor, dan yang kesepuluh selepas PRU12 dua tahun lalu.

Barisan Nasional meletakkan pertaruhan yang tinggi untuk memenangi kerusi ini selepas kematian Ahli Parlimen Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor yang menang dengan majoriti kecil 198 undi menewaskan Ahli Parlimen empat penggal, Datuk G Palanivel.

Pihak SPR menerima pencalonan dari Chandran awal pagi lagi, yang tampil ke Pusat Penamaan Calon bersama-sama 300 penyokong akar umbi MIC Hulu Selangor, lantas mengesahkan spekulasi MIC telah berpecah kepada calon pilihan Umno dan calon pilihan akar umbi.

Dalam pada masa yang sama, keahlian Johan Md Diah dalam Umno terlucut secara automatik selepas mengambil keputusan menentang calon BN, P Kamalanathan.

P Kamalanathan, yang dilihat hari ini bersongkok dan diiringi 'heavyweight' Umno seperti Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, dikatakan tidak menepati kehendak akar umbi Umno yang mahukan calon Melayu.

Lebih 10,000 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat keluar untuk menzahirkan sokongan kepada bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim pada hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Dalam usaha terdesak untuk meraih sokongan Melayu, calon MIC P. Kamalanathan memakai songkok apabila beliau diiringi oleh penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Keputusan itu dilihat sebagai taktik murahan oleh kalangan pengundi Melayu dan mencetuskan rasa tidak senang hati di kalangan pengundi India.

Kamalanathan adalah sebagai calon pilihan Umno. Presiden Umno Najib Razak memilih beliau setelah menolak calon pilihan MIC Datuk G. Palanivel yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku apabila polis menggunakan kekerasan ke atas penyokong Pakatan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu pula luka di kaki apabila cedera dalam asakan penyokong Barisan Nasional.

Dua calon bebas, iaitu V.S Chandran dan bekas Exco Pemuda Umno Shah Alam Johan Md Diah turut menfailkan borang pencalonan untuk menjadikan persaingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Hari mengundi ditetapkan pada 25 April.

Keadaan tegang menyelubungi seluruh proses penamaan calon itu apabila penyokong kedua-dua pihak melontarkan slogan-slogan dan saling cabar-mencabar.

Beberapa tangkapan dikatakan telah berlaku namun butiran penuh masih belum di perolehi.

Datuk Zaid Ibrahim di iringi oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk ketua umum Pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi AWang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Sementara itu (BN) sendiri terpaksa turunkan calon daripada bukan anak tempatan, mana janji asal dulu? Ini baru peringkat pemilihan calon, janji dah tak tertunai,

Kekecewaan Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandiy lantaran janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menurunkan calon anak tempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Namun sebaliknya berlaku sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal berita internet dua hari lepas.

Raily yang mewakili MIC Hulu Selangor mahukan Datuk G. Palanivel dikembalikan sebagai calon.

Namun hasrat Raily itu terkubur apabila Ketua Penerangan Pusat MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN untuk berhadapan dengan Zaid.

Kamalanathan bukan anak tempatan tetapi menetap di Rawang.

Ekoran keputusan tersebut, Raily secara peribadi mengakui kekecewaannya dengan MIC pusat dan BN.

Pencalonan Kamalanathan sekaligus mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemudanya, V. Mugilan yang menjadi teka-teki bakal calon sebelum ini.

BN tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri, masa kita (Pakatan Rakyat) tentukan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon kelmarin lagi pimpinan Umno Selangor membuat tanggapan kononnya akan memberi kelebihan kepada BN kerana Zaid bukan anak tempatan.

Seperti meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri, Umno-Barisan Nasional (BN) apabila akhirnya terpaksa memilih calon luar untuk dipertaruhkan dalam PRK itu.

Keputusan BN yang memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini, beliau berkata itulah gambaran dilema BN yang pastinya dari luar ia dilihat sebagai satu krisis mencabar kredibiliti MIC.

Ia menunjukkan seolah-olah MIC sudah tidak dihormati dalam Umno,



@PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: