Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, March 28, 2014

Memali: Setelah 30 tahun, Musa Hitam membongkar Tembelang Mahathir




 
 

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.


Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."


Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.


"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.


Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana. 


Adakah Musa mangsa kambing hitam Mahathir,,,???

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.


Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.


Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.


"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.


Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.


Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.


Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.


Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.


PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Friday, March 21, 2014

Sejarah 15 tahun Kebangkitan rakyat bermula di REFORMASI 2.0








Pilihanraya hanya salah satu sistem demokrasi. Apabila penguasa mencemar...maka rakyat bangkit mengulangi semula sejarah 15 tahun dahulu dalam REFORMASI 2.0

Jelajah REFORMASI 2.0 akan memenuhi semula setiap ruang sudut negera, daerah kemungkinan sebaik sahaja pilihanraya kecil DUN Kajang berakhir

Monday, March 10, 2014

Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?



Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.

Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.

Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.
 

Waktu yang cukup mengembirakan pada petang Jumaat tersebut. Esoknya sabtu cuti. Banyak kerja2 rumah tertangguh. Rumput halaman sudah lama panjang terbiar. Berhajat juga nak mesin walau pun hampir kering dek kemarau. Dalam waktu berangan2 untuk tugasan hari esok, handphone pulak berbunyi. Ada pesanan sms masuk. " Anwar bersalah dan dihukum 5 tahun penjara" Cepat2 saya buat carian melalui internet. Kes ini terlalu bercelaru. Mahkamah Tinggi membebaskan sebelum ini. Mahkamah Rayuan pulak yang menghukum. Karpal berhujah kenapa tidak merujuk lapuran perubatan dari doktor2 pakar. Doktor sebelum ini melapurkan tiada sebarang tusukan ke buntul Safool. DNA Anwar bersama2 DNA yg tak tidak dikenal pasti dijumpai dlm buntut Saifool. Sapa pulak yg masukan kalau tak ada tembusan zakar.....Macam2 terjadi sewaktu hari penamaan calon hampir tiba. Papagomo kalah saman memfitnah Anwar dlm kes Saifool. Tiba2 Anwar pulak yang dipenjara. Lagi keliru dan bercelaru,..Macam ada sesuatu peristiwa besar yg telah dirancang.

Lepas magrib terus ke Sg Sekamat untuk sama2 penduduk  Kajang mendapat kesahihan musibah.Ramainya orang sampai melimpah jalan2 utama. Rakyat cukup marah. Laungan keras Reformasi berkumandang semula. Pimpinan PR berucap termasuk DS Anwar. Pagi selepas subuh terus mengadap komputer untuk mendapat berita2 dari sesawang blogger yg lain. Tiba2 satu berita tergempar terbaca " Penerbangan MAS hilang"

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.

Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.

Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?

Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.

Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.

Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.

Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam? Atau sekadar untuk pertunjukan pameran LIMA di Langkawi ?

Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.

Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?

Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.

Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.

Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...

Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.

Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.

Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.

Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.

Saturday, March 8, 2014

Negara Berduka 2 Peristiwa musibah hampir serentak

Terlalu banyak teori dan spekulasi .. Sudah ditemui, belum ditemui. Terhempas, dirampas, dibom pengganas. Banyak benda pelik berlaku.

Ada diantaranya..1.Misteri kehilangan pesawat MH370. 2.Kapal Terbang MAS Terhempas Akibat Kehabisan Minyak - Video


Kali terakhir MAS mengalami "major accident  ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang
melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, Mas tidak pernah mengalami " major accident"dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. 
Walau bagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah, sementara itu .FBI akan kerah ejen dan pakar teknikal bantu siasatan kehilangan pesawat MH370  

Sehubungan itu negara juga turut digemparkan pembolosan pintu keselamatan dengan  dua  penumpang Eropah dengan identiti meragukan dalam pesawat MH370  tersebut. Pesawat tersebut dikendalikan oleh.Kapt Zaharie Ahmad Shah yang cukup berpengalaman.

Dalam negara masih menangis dan binggung, jangan lah ada diantara  kita memperlekehkan Kapt Zaharie.shah.3 yg mungkin memilih mesra Pakatan Rakyat. Itu hak peribadi & beri lah ruang rasa hormat dan simpati kepada keluarga.

Bagaimana pula kapal selam negara...????

Selang beberapa jam sebelumnya negara turut berduka dikejutkan "Ikon Reformasi Dato' Seri Anwar Ibrahim" telah dihukum 5 tahun penjara oleh mahkamah rayuan setelah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membebasan dari tuduhan liwat. pada 10hb Jan 2012.yang lalu.
Sama-samalah kita berdoa moga Allah memberi hidayah & kekuatan kepada keluarga DSAI dan melindungi dari musibah peristiwa MH370 yg masih dlm pencarian misteri.

Friday, March 7, 2014

"Biduk Lalu Kiambang Pun Bertaup"

NAJIB AKAN BERDEPAN DENGAN TSUNAMI REFORMASI 2.0





Tenang dan masih boleh melemparkan senyuman ... suatu kelebihan yang amat jarang ada kepada pemimpin lain terutamanya dari kalangan kelompok UMNO/BN.

Lima belas tahun lalu pada 1998, Kuala Lumpur dibanjiri dengan demonstrasi jalanan hampir setiap minggu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana tuduhan meliwat dan salahguna kuasa.
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang. – Gambar fail.Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Dr Mahathir untuk menghalang kebangkitan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kini tidak dapat mengekang sokongan kepada pembangkang.
Tidak berapa lama sebelum itu, Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hampir setiap minggu selepas 20 September 1998 – hari anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merempuh rumah Anwar dan menahannya – Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dibanjiri dengan rakyat yang menuntut pembebasan Anwar.

Malaysia yang pada ketika itu berdepan dengan krisis ekonomi dikejutkan dengan budaya baru demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Walaupun tidak berjaya menjatuhkan Dr Mahathir sepertimana rakyat Indonesia menjatuhkan Jeneral Suharto, peristiwa 1998 menjadi pemangkin kepada kerjasama politik erat parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang hari ini bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dr Mahathir menggunakan polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat namun ianya tidak mampu mematikan kebangkitan politik dan menyaksikan parti-parti pembangkang menjadi semakin kuat.

Seperti “dejavu” semalam Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 1998.
Mahkamah Rayuan juga menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar, tetapi membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.
Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang? – Gambar fail.Najib kini tidak sekuat Dr Mahathir yang ketika pemerintahannya mendapat sokongan penuh, mampukah perdana menteri bertahan dalam keadaan politik Malaysia sekarang?Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sekuat Dr Mahathir di zaman pemerintahannya.

ISA sudah dimansuhkan dan PR menguasai tiga negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta mendapat undi popular sebanyak 51% dalam PRU13.

Dalam erti kata lain, penyokong Anwar lebih tersusun dan ketua pembangkang itu mempunyai dana daripada tiga negeri untuk menyokong gerakan politiknya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membayangkan akan berlakunya "Reformasi 2.0" sebagai bantahan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
"Apa patut kita buat? Kita patut lawan.. hendak turun jalan raya? Orang yang zalim, yang rasuah, perompak penjenayah, tidak boleh dijatuhkan melalui pilihan raya. Ianya hanya boleh dijatuhkan dengan demonstrasi jalan raya," kata Azmin yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak di Kajang malam tadi.

PKR yang sedang mengalami krisis politik akibat pertembungan Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali bersatu dengan keputusan mahkamah terhadap Anwar semalam.
Jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, penyatuan PKR akan menjadi semakin kuat dan Malaysia sekali lagi akan menyaksikan demonstrasi besar-besaran setiap minggu sehinggalah ketua pembangkang itu dibebaskan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang akan melawat Malaysia pada April ini akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi krisis politik Malaysia dan ini akan menyukarkan Najib untuk menjawabnya.
Mampukah Najib berdepan dengan semua ini pada ketika beliau sendiri tidak disokong kuat oleh Umno dan BN, tidak seperti Dr Mahathir pada 1998.