Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, June 6, 2012

PRU digambarkan Seolah-olah Berperang Dengan Penjajah


"Begitu sekali kalutnya para pemimpin umno kebelakangan ini. Dalam mereka memperlihatkan kekalutan itu tanpa mereka sedari semua tindak tanduk yang mereka ambil memperlihatkan kebodohan yang amat sangat.

Cara mereka berkempen dalam menghadapi PRU13 seolah-olah kita berada dalam tahun 60an. Segala bentuk bahaya yang terfikir dibenak fikiran, mereka luahkan. Ulam yang cukup famous dilaung-laungkan ialah... ketuanan melayu... maruah melayu... huru hara... bangsa akan tergadai dan macam2 lagi yang berbau perkauman yang sangat tengek.

Para pemimpin umno agaknya beranggapan orang-orang melayu baik yang muda dan apatah lagi yang tua masih lagi bergelumang dengan lumpur sawah. Masih lagi berbual-bual setiap pagi dengan pokok getah sewaktu menoreh. Maka sebab itu momokan tahap bodoh dan dangkal ini main-mainkan. Sangat aneh apabila digambarkan bahwa sekiranya umno tewas @tersungkur @ terpelanting seolah-olahnya milik MELAYU akan hilang.

Mereka cuba meresapkan khayalan seolah-olah kita berapa semula dalam zaman Portugis memerintah Melaka... atau zaman Jepun... atau zaman British memerintah. Usaha mereka ialah memberi gambaran yang menakutkan. Mungkin sebahagian besar orang Melayu lupa selupa-lupanya bahwa Pilihanraya adalah PERTANDINGAN SETIAP 5 TAHUN. Oleh itu tidak timbul soal melayu akan hilang segala-galanya buat selama-lamanya.

Pilihanraya lah platform yang sangat tetap bagi membolehkan orang melayu memberi peluang KUMPULAN MELAYU YANG LAIN PULA MENUNJUKKAN KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN MENGURUS DAN MEMERINTAH. Seandainya kumpulan yang baru ini gagal memberi yang terbaik untuk rakyat 5 TAHUN LAGI KITA TENDANG MEREKA. So...apa yang hendak dibimbangkan. 5 tahun bukannya lama sangat.

Jadi, dimana kewajaran para pemimpin umno melalak macam anjing nampak hantu ' kununnya' kalau umno kalah, habislah melayu. Yang pastinya banyak pekung-pekung yang ditutup. Bagi mempastikan pekung-pekung ini tidak didedahkan, maka sangat penting umno mesti terus memerintah. Sebagai contoh kecil... sekiranya kerajaan Selangor tidak bertukar tangan seperti hari ini, apakah akan terbongkar kes Khir sianak Toyo? Tentu sekali tidak... bukan? Jadi sekarang kita nak tunggu dan nak lihat pekung-pekung diperingkat kerajaan pusat pulak didedahkan.

Ayuh... orang-orang melayu jangan anda terpengaruh dengan dakyah bodoh para pemimpin umno dengan memainkan isu-isu melayu dan Islam. Itu semua auta. Lihat hari ini, hampir 55 tahun umno memerintah nasib melayu tak jauh sangat berbeza. Yang ketara melayu tidak menjadi bangsa yang mampu berdikari. Kita tanpa rasa malu rela menjadi bangsa subsidi. Dalam mereka melalak negara ini akan diperintah orang cina, hakikatnya hingga kehari ini (kuasa dalam tangan umno) buka saja mana-mana pusat membeli belah akan dimonopoli orang cina. Melayunya dimana?

Apa umno nak tunggu 50 tahun lagi? Ayuh, jangn teragak-agak untuk memberi peluang kepada kumpulan Melayu yang lain memerintah negara ini. Kita lihat dan menilai. Nasib mereka ditangan kita. Tak betul kita hukum mereka dalam PRU14. Tempohnya hanya 5 tahun saja."