Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, August 30, 2011

Penghayatan tarbawi Aidilfitri

HARI RAYA Aidilfitri disambut oleh umat Islam setelah mereka selesai menunahttp://4.bp.blogspot.com/_vLwoCZrvbyU/TIeqgB9ucFI/AAAAAAAAAyM/jE52B_0TKo8/s320/kadraya6.jpgikan ibadat puasa selama satu bulan didalam bulan Ramadan.

Setelah umat Islam berjaya memasuki madrasah ramadan dengan penuh penghayatan, tentunya membawa makna Kejayaan kita dalam melawan hawa nafsu serta menghapuskanya sama sekali dalam diri kita.

Lantaran itulah mereka dibenarkan bersukaria dan bergembira pada hari tersebut. Islam mengajar umatnya untuk menyambut hari raya dengan penuh syiar yaitu kejayaan mereka membentuk kerohanian dan keperibadian yang sejati melalui madrasah tarbiah Ramadan.

Kejayaan inilah yang akan menjadi kekuatan jatidiri dalam menghadapi ujian duniawi yang sangat mencabar selama sebelas bulan yang mendatang sehingga sekali lagi mereka bersama-sama Ramadan akan datang.

Laungan takbir “Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,” yang bertali arus sudah pasti akan menaikkan semangat dan daya juang yang tinggi di kalangan orang yang memahami syiar tersebut.

Lafaz yang membawa maksud, Allah SWT yang maha besar dan mengatasi segala yang lain menjadi signal yang jelas kepada semua yang syirik kepada Allah SWT tentang kehancuran mereka.

Allahu Akbar yang tersurat dan tersirat pengertiannya akan membawa pengucapnya menolak segala kekeliruan dengan Allah SWT dan dalam waktu yang sama mereka mesti menolak selain dari ajaran Allah.

Laungan ‘Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu Akbar’, merupakan janji dan ikrar dari seluruh umat Islam untuk kembali kepada Islam. Laungan yang membawa erti tauhid yang tidak berbelah bagi hanya untuk Allahu azzawajalla.

Ucapan takbir dan tahmid dihari raya juga banyak memberi gambaran kemenangan Islam silam dan juga janji kemenangan dari Allah di sepanjang zaman walaupun dalam tempoh perjuangan ini terdapat berbagai bagai mehnah dan tribulasi.

Kemenangan Islam dalam peperangan al-Ahzab yang tidak diduga oleh sesiapa merupakan inspirasi perjuangan Islam sepanjang zaman. Sejak bermulanya perjuangan Islam di zaman Nabi Nuh a.s sehingga kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah menguji mereka dengan berbagai-bagai ujian disamping ia memberi pertolongan dan kemenangan.

Dalam sejarah Islam Allah telah menolong Nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Musa, Isa dan semua Nabi dan Rasul yang lain termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w hingga hari kiamat. Hakikat ini disebut oleh Allah di dalam al Quran al- Karim melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbung rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekik); Dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, Adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebabsebab yang menimbulkan kemarahannya?

Kemenangan duniawi yang menjadi matlamat kedua selepas kemenangan hari Akhirat pastinya amat mustahak kerana dengan pemerintahan Islam sahaja hukum hakamnya akan dapat ditegakkan dikalangan manusia yang sekali gus akan dapat menyelamatkan akidah mereka di dunia ini.

Umat Islam mesti yakin dengan janji kemenangan ini walaupun mereka terpaksa mengharungi suasana seolah-olah tiada kemenangan di masa hadapan. Janji kemenangan ini sentiasa berlaku di sepanjang zaman terutamanya dizaman Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan Segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

Gerakan Islam di dunia pada hari ini mestilah yakin bahawa mereka akan sentiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT di dalam perjuangan mereka.

Kuasa kuffar dan jahiliyah moden yang ada pada hari akan bertemu dengan zaman kehancuran mereka. Kuasa-kuasa besar dunia yang ada pada hari ini juga akan berakhir dengan kehancuran dan kemusnahan.

Tanda-tanda kehancuram mereka telah mula nampak apabila kuasa besar dunia seperti Amerika, Britain dan lain-lain menghadapi kemerosotan ekonomi dan sekali gus mereka juga berdepan dengan kehancuran moral yang dahsyat.

Di sudut kekuatan ketenteraan mereka juga jelas menampakkan mereka sudah tidak terdaya untuk menghadapi umat Islam di dunia seperti Palestin, Lubnan, Iraq dan lainlain walaupun mereka bergabung denga kuasa-kuasa besar lain.

Pengajaran al-Ahzab. Dunia yang penuh mencabar pada hari ini amat amat memerlukan kepada perubahan segera. Umat Islam mesti bangkit menolak sistem yang lapuk dan durjana ini dan menggantikan dengan sistem dan manhaj Rabbani yang dicipta oleh yang maha berkuasa. Pada hari ini kepada seluruh umat Islam supaya bangkit menolak seluruh ideologi yang sesat dan menyesatkan ini.

Sudah tiba masanya untuk rakyat membuat perubahan melalui sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada di dalam negara kita. Rakyat perlu peka dengan isu-isu besar yang melanda negara seperti isu kehakiman yang menjadi pelindung kepada golongan tertentu yang akhirnya tidak lagi diyakini oleh pelabur asing sehingga negara terdedah kepada kemerosotan ekonomi yang sekali gus akan menekan kehidupan rakyat keseluruhanya.

Begitu juga dengan sistem ekonomi yang hanya berkisar di kalangan kroni dan suku sakat tertentu menyebabkan wujudnya jurang perbezaan taraf hidup yang amat ketara di dalam negara kita. Benarlah firman Allah SWT di dalam al-Quran.

Agihan kekayaan Dan apa-apa yang dianugerah oleh Allah kepada Rasulnya dari hasil mahsul penduduk kampung hendaklah diagih kepada Allah, Rasulnya, kaum kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin dan ibnu sabil, agar kekayaan negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu.

Kegagalan sistem pendidikan yang sepatutnya menjadi nadi kepada negara bertukar melahirkan ramai cendekiawan yang tidak bertanggungjawab.

Kita terlalu banyak mendengar golongan ini tidak menunaikan solat, berzina, minum arak, buang bayi, dan berbagai-bagai jenayah lagi yang menggambarkan gagalnya sistem pendidikan negara kita.

Begitu juga dengan sistem keselamatan dalam negara yang seolah-olah meletakkan fungsinya yang utama adalah dalam kancah politik bagi menjamin kuasa kerajaan yang sedia ada tetap kekal, isu-isu jenayah yang lain hanya menjadi tugas sambil lewa sehingga seluruh rakyat dapat menyaksikan jenayah yang berlaku disetiap ceruk kampung semacam tidak terkawal. Malah laporan berlakunya jenayah didalam masyarakat bandar dan luar bandar hanya tinggal laporan yang tidak ada penyelsaiannya.

Begitu juga dengan SPRM yang hanya cekap bertindak terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa negeri dan terhadap beberapa individu yang sudah tidak mempunyai power dalam negara sahaja diambil tindakan.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terangterangan kadang kala dikatakan bukan rasuah seperti dalam isu pembelian kapal selam, jet pejuang, peralatan ketenteraan, pemberian wang secara terbuka dalam mana-mana pilihanraya adalah amat bercanggah dengan kaedah rasuah mengikut kaca mata Islam. “Semua ini telah lama dibimbangi oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda s.a.w: Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amalan salih sebelum kamu diselubungi oleh zaman yang penuh dengan fitnah sebagaimana malam yang gelap gelita.

Diwaktu pagi manusia beriman kepada Allah SWT tetapi kufur pada petangnya, di waktu petang mereka beriman kepada Allah dan kufur pula pada waktu paginya, mereka menjual agama Allah dengan harga yang murah.”

Kemenangan umat Islam dalam peperangan al-Ahzab antara lain ialah kerana ummat Islam bersatu padu untuk menentang musuh hanya kerana Allah SWT. Mereka sanggup berkorban apa saja termasuk harta dan jiwa raga hanya untuk Allah dan Rasulnya. Mereka juga saling hormat menghormati antara satu sama lain, bahkan mereka lebih sayangkan sahabatnya berbanding dengan diri mereka sendiri. Mereka juga mentaati segala arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka, mereka tidak pernah mendahului kepimpinan dalam perbuatan dan kenyataan mereka.

Malah mereka yakin bahawa dengan ketaatan inilah mereka akan diberi kemenangan oleh Allah SWT. Mereka juga yakin bahawa kemenangan hanya menadi milik Allah SWT sahaja.

Jiwa-jiwa yang bersih ini sememangnya hasil dari tarbiyah ramadaniah sebelum berlakunya al-Ahzab.

Pertembungan Rasulullah dengan bala tentera al-Ahzab bukan saja memberi gambaran bahawa musuh-musuh Islam hanya wujud dari luar malah peperangan ini juga menggambarkan adanya golongam munafikin yang amat berbahaya kepada perjuangan Islam.

Golongan yang hanya menyokong Islam bila dilihat Islam boleh mencapai kemenangan. Mereka akan lari dari perjuangan Islam apabila melihat Islam akan kalah.

Golongan ini disebut oleh Allah SWT didalam surah al-Ahzab yang bermaksud: Ingatlah ketika Allah SWT mendatangkan bala tentera Ahzab dari setiap pelosok atas dan bawah, maka terbeliak mata mereka dan seolah-olah nyawa berada di halqum, lalu mereka bersangka buruk terhadap Allah SWT di sanalah diuji orang yang beriman dan digocang mereka dengan sehebat- hebatnya. Maka berkatalah orang-orang munafik dan orang-orang yang hati mereka sakit dengan Allah SWT, sesungguh nya semua janji dari Allah dan Rasulnya adalah bohong.

Berwaspadalah dengan golongan munafikin ini kerana mereka akan merosakkan semangat perjuangan Islam dari dalam. Golongan ini juga akan mencemarkan imej perjuangan Islam sehingga hari kiamat.

Perjuangan Islam tak akan berakhir selagi hayat manusia masih ada. Begitu juga dengan peranan jahat musuh Islam akan berterusan sehingga hari kiamat.

Lantaran itulah Allah SWT meminta kepada umat Islam supaya mengulangi peristiwa al- Ahzab ini sehingga hari kiamat.

Musuh-musuh Islam boleh bergabung tenaga dalam memerangi umat Islam. Bukan sekadar musuh-musuh dalam negara, malah mereka akan bersatu dari luar negara.

Realiti ini dapat dilihat ketika mereka memerangi umat Islam di Palestin, Afghanistan, Lubnan dan lain-lainnya. Walau bagaimanapun Allah SWT akan tetap bersama-sama dengan orang yang beriman dan Allah pasti akan memberi pertolongan untuk mereka.

Kewajiban memperjuangkan Islam adalah fardu ain bagi setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Perjuangan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w semestinya disambung kepimpinannya oleh para alim ulama bersama dengan seluruh Hawariyyun yang ada.

Perjuangan suci ini mestilah dipelopori oleh orang-orang yang suci rohaninya dan mempunyai niat yang setelusnya untuk Allah SWT. Para pejuang Islam mestilah memiliki ciri-ciri kerohanian yang tinggi agar kita semua tidak dipesongkan tingkah laku dan nawaitu oleh syaitan yang terlaknat.

Ingatlah bahawa Allah SWT akan memberi kemenangan setelah hambanya bersiap sedi untuk menerima kemenangan. Marilah sama-sama kita bertanyakan diri sendiri, sejauh manakah daya juang kita untuk Islam kalau dibanding kan dengan Rasulullah dan para sahabatnya melalui peperangan al-Ahzab ini.

Sekiranya kita rasakan jarak perbezaannya amat jauh dendam kita, ayuh sama-sama kita rapatkan.

Oleh USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH


Wednesday, August 17, 2011

BN Akan Gagal Bentuk Kerajaan PRU13

Oleh: mirputra

" ANALISA TERKINI : BN GAGAL BENTUK KERAJAAN SEKIRANYA PRU13 DIADAKAN MASA TERDEKAT

Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut.


Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.

Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.

Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Pandan yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.

Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.

Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.

Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.

Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya. "

Thursday, August 4, 2011

Wahai Najib...Berani kerana benar,,,,,,.


Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Sementar itu besar kemungkinan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor enggan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang konspirasi mereka terbongkar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah.

Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah.

Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu.

“Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini.

“Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini.

“Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian.

“Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan.

“Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama.

Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof.

Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya.

Tuesday, August 2, 2011

Panas!!!!! Malaysia Dalam Bahaya!!! Pakatan Rakyat Perlu Guna Undang2..!!

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Sumber: Malaysiakini

utusan.com.my/utusan/undi hantu