Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, September 30, 2010

Jln Pas di Galas berliku2 seperti jln di Gua musang


Gua Musang BUKAN Kubu Umno, ianya Kubu Ku Li. Kuatnya UMNO di Gua Musang kerana Ku Li, kalau tiadanya UMNO lembek tidak berdaya. Seperti Marang yang sinonim dengan Haji Hadi, Anwar di Permatang Pauh dan Nik Aziz di Pulau Melaka, tempat jatuh Ku Li adalah Gua Musang.

Kini, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dalam Parlimen Gua Musang di kerusi N45 Galas berikutan kematian penyandang,Allayarham
Che Hashim Sulaima (Pas) beberapa hari yang lalu. Oleh itu, sangat molek "sengoti" pada waktu ini kiranya kita imbau kembali kedudukan kekuatan baik UMNO mahupun Pas di kawasan Galas ini.


Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum bagi Kawasan N45 Galas untuk tempoh 1986-2008:

Pilihanraya Umum 1986-BN

Haji Ibrahim Renjar PAS 1281

Zakaria bin Hasan BN 3420

Majoriti: 2139 Undi Rosak: 225
Peratus Pengundian: 69.98%

Pilihanraya Umum 1990-S46

Zakaria Hasan BN 1760
Haji Omar Mohamed S46 4465
Majoriti: 2705 Undi Rosak:199
Peratus Mengundi: 75.53%

Pilihanraya Umum 1995-S46

Zakaria bin Hasan BN 3163
Nik Ismail Wan Idris AKIM 205
Omar bin Mohamed S46 4056

Majoriti: 893 Undi Rosak:
472 Peratus Mengundi: 70.81%

Pilihanraya Umum 1999-BN

Zulkifli bin Mohamad PKR 3072
Mohamad Saufi Deraman BN 5336

Majoriti: 2264 Undi Rosak: 297
Peratus Mengundi: 72.00%

Pilihanraya Umum 2004-BN

Mohamad Saufi Deraman BN 4184
Che Hashim Sulaima PAS 2455

Majoriti: 1729 Undi Rosak:
156 Peratus Mengundi: 85.26%

Pilihanraya Umum 2008-PAS

Che Hashim bin Sulaima PAS 4399
Mohamad Saufi bin Deraman BN 3753

Majoriti: 646 Undi Rosak: 171
Peratus Mengundi: 80.89%





Berdasarkan rekod,UMNO menang tiga kali di Dun ini,pertama sebelum Ku Li keluar parti. Selepas Ku Li menubuhkan Semangat 46, Galas menjadi kubu S46 untuk dua penggal sehinggalah Ku Li menyertai UMNO kembali. Hasilnya, dalam PRU 1999, walaupun faktor Anwar turut berlaku di Kelantan, UMNO(Ku Li) masih kukuh di Dun Galas walaupun berlaku peningkatan undi buat PKR. Setelah Pas mengambil kembali Dun Galas, berlaku penurun undi Pas di sana mungkin disebabkan faktor Abdullah Badawi ketika itu. Walaubagaimanapun, Galas terkena juga tsunami 2008 menyebabkan Pas berjaya menguasai Dun tersebut.

Betapa kesukaran kini berlaku untuk Pas mempertahankan Kerusi N45 Galas ini. Mengapa?

SEKILAS MENGENAI GALAS

Galas adalah salah sebuah daripada tiga Dun dalam Parlimen Gua Musang. Secara geografinya,Galas terletak di Barat Daya negeri Kelantan, menjadi pusat pentadbiran KESEDAR di Gua Musang. Walaupun Dun ini terletak di kawasan Hulu Kelantan, namun kawasan Galas adalah "bandar" di kawasan hulu tersebut merangkumi Bandar Baru dan Lama Gua Musang."Urbanisasi" walaupun tidak sepesat Kuala Lumpur, namun proses pembandaran Gua Musang tetap berjalan seperti di jajahan lain. Title "bandar" telah menyebabkan taraf pemikiran penduduk di sana agak "terbuka" dan membuatkan mereka bertindak menukar Adun daripada diwakili wakil UMNO kepada Pas. Dun Galas mempunyai 13 buah peti undi iaitu:

1.POS BROOK
2.SUNGAI BER
3.BELATIM
4.BALAR
5.BIHAI
6.HAU
7.KAMPUNG PULAI
8. KAMPUNG BHARU
9.BANDAR LAMA GUA MUSANG
10.BANDAR BARU GUA MUSANG
11.KAMPUNG BATU PAPAN
12.LEPAN TUPAI
13.SUNGAI TE

Daripada 13 buah peti undi tersebut, enam adalah peti undi majoriti Orang Asli, Lima Melayu dan dua peti undi Cina. Untuk perhatian, enam peti undi orang asli bukanlah bermakna kaum tersebut paling ramai sebagai pemilih Dun Galas, tetapi kerana masalah ketersampaian di sana. Orang Melayu masih menjadi majoriti pengundi di sana. Berikut adalah fakta demografi Dun Galas:

Jumlah Pengundi Berdaftar: 10 330

Peratus Kaum:
Melayu - 65.4%
Cina - 24.6%
India - 1.8%
Lain2 - 10.5%

(Maklumat ini adalah pada PRU 12 2008. Jumlah pengundi semasa tidak diketahui)

TUGAS BERAT MENANTI PAS DI GALAS

Gua Musang adalah kubu Ku Li-Umno. Walaupun Pas berjaya merampas Galas pada tahun 2008, Pas sepatutnya sedar betapa faktor-faktor semasa menjadi pemangkin kemenangan Pas di sana. Malah tugas Pas kali ini akan menjadi berat kerana Pas bukannya akan menentang UMNO Gua Musang tetapi hakikatnya menentang kerajaan Persekutuan. Hakikat betapa bandar Gua Musang yang tidaklah membangun dengan hebat pastinya akan menjadi dorongan kepada BN untuk menabur seberapa banyak bantuan mee segera. Jalanraya akan diturap, longkang akan dikorek sana sini, rumah dicat baru tidak kurang pembinaan gelanggang futsal, baiki surau dan apa sahaja yang difikirkan masalah kepada orang Galas. Itulah nikmat pilihanraya kecil di Malaysia.

Berat atau peratus mengatakan peluang menang Pas sekarang adalah 50-50 walaupun tarikh pengundian pun masih belum diumumkan. Apa pun telahan ini berdasarkan rujukan pada prk-prk yang lepas terutama di kawasan Pakatan Rakyat tewas dan menang tipis seperti di Bagan Pinang, Hulu Selangor dan Manek Urai. Kita sebagai golongan yang terdedah dengan maklumat pastinya akan sentiasa memandang sinis projek mee segera ini. Padahal golongan luar bandar, pak cik mak cik peneroka yang hanya bergantung dengan RTM akan terasa terhutang budi juga.

Berikut adalah perkara-perkara yang dianggap sebagai halangan Pas dalam mempertahankan Dun Galas:


1. Projek-projek Segera di Galas

2. Masalah penyaluran maklumat tepat pada pengundi luar bandar
3. Ugutan Budi dan sikap mengungkit-ungkit UMNO
4. Faktor Ku Li di kubu kuatnya (telah dilantik sebagai Pengarah PRK)
5. Masalah kesihatan Allayarham Che Hashim dalam memberi khidmat terbaik sebelum ini
6. Pengundi luar tidak pulang mengundi(tidak seperti tahun 2008 di mana mereka ditaja pulang.
7. Wang-wang segera bertaburan
8. dan janji itu janji ini.....

Oleh itu, maka WAJIB bagi Pas PR melakukan perkara ini bagi menaikkan peratusan peluang kemenangan Pas di Galas:

1. Ungkit kembali janji Pilihanraya Manek Urai (jambatan dan lain-lain)

2. Panggil penduduk Sungai Buaya berdemo meminta baki wang mereka
3. Sebarkan seberapa banyak risalah
4. Buat ceramah luar dari markaz Pas(kalau boleh di kawasan Pas kalah.Hal ini bagi membolehkan penyokong UMNO dan atas pagar terkesan.)
5. Sediakan pengangkutan percuma untuk pengundi-pengundi luar kawasan pulang mengundi.
6. Angkat calon yang berwibawa(lebih berwibawa daripada calon UMNO)
7. Desak kerajaan Pusat tunai royalti
8. Tembus kawasan orang asli
9. Kaut seberapa banyak undi Cina
10. dan perkara-perkara yang membawa kepada kemenangan

Kesimpulannya,

Jalan Pas menuju kemenangan di Galas masih bengkang-bengkok dan banyak bonggolan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama membina highway empat lorong bagi Pas menuju kemenangan kedua.

Penulis Ibu Kota,
Pantai Dalam.

Saturday, September 25, 2010

Singgah sekejap dan hayatilah.......

Pemilihan PKR: Raikanlah demokrasi

sample pic BM copy Oleh Anwar Ibrahim

Apabila saya dipecat dari kerajaan dan parti pemerintah pada September 1998, sokongan datang mencurah-curah dari seluruh pelusuk negara hingga membentuk suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung oleh mereka yang berkuasa.

Kelahiran sebuah parti tidak dapat dibendung lagi, walaupun oleh tembuk penjara, bersama dengan rakan-rakan seperjuangan, PAS dan DAP, untuk membawa politik negara kepada dimensi baru.

Maka lahirlah Parti Keadilan Nasional, sebuah parti pelbagai kaum yang benar-benar mendokong perjuangan ke arah kebebasan demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Ketika parti membina kekuatan hari demi hari yang diasaskan kepada kepercayaan yang kukuh dalam proses membawa reformasi dan pembaharuan, parti bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat selepas bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia.

Semangat perubahan inilah yang menjadi penggerak kepada penerimaan sistem baru dalam proses mengundi dalam pilihan raya parti tahun ini di mana 500,000 ahli dapat mengundi pemimpin-pemimpin mereka secara terus di semua peringkat perjawatan.

Sistem demokrasi yang matang

Walaupun amalan ini bukanlah baru bagi kebanyakan parti-parti politik dalam sistem demokrasi yang matang di dunia, tetapi ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Pemberian hak dan kuasa untuk ahli datang bersamanya tanggungjawab. Kami yakin ahli-ahli akan menggunakan kuasa ini secara waras dan adil.

Adalah diakui dalam beberapa bulan yang lalu, bukanlah mudah bagi KEADILAN. Kita masih menghadapi perjalanan yang jauh tapi sekurang-kurangnya kita maju ke hadapan dan bukan berpatah balik ke belakang.

Detik-detik menjelang hari pilihan raya parti menyaksikan tutur kata yang agak kasar daripada beberapa pemimpin, yang tidak layak dipertuturkan oleh mereka yang mahu memegang jawatan yang diingini.

Dalam hal ini, dakwaan kritikan dilemparkan sebagai munculnya "budaya Umno" semasa berkempen untuk jawatan-jawatan dalam parti adalah tidak benar.

Tetap istiqamah

Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan sepenuhnya wujud mereka yang ingin membawa masalah kepada ahli dan parti.

Tetapi kita tetap istiqamah dengan keyakinan bahawa ahli-ahli kita sudah matang dan cukup waras untuk menentukan mana yang baik untuk parti. Kebenaran akan terserlah.

Rasa tidak puas hati dan perbezaan pendapat berhubung dasar-dasar adalah perkara biasa dan harus digalakkan dalam sebuah parti politik untuk memastikan demokrasi sentiasa subur dan aktif dengan penglibatan ahli.

Proses pemberian kuasa bukan hanya merupakan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyatakan sokongan atau penentangan. Calon-calon juga mempunyak hak untuk mengemukakan agenda mereka dan untuk berkempen. Tetapi ia tidak harus menjadi suatu amalan tanpa batas.

Kesemua ini hendaklah berjalan di atas batas-batas kesopanan, tata susila dan rendah diri. Terdapat peraturan yang harus diperhatikan. Inilah sebabnya kenapa kita mempunyai jawatankuasa pilihan raya yang bebas.

Berkhidmat untuk rakyat

Kita komited untuk berkhidmat kepada rakyat. Sejak ditubuhkan, parti terus menekankan ke arah reformasi untuk negara ini supaya kita dapat melihat ke arah perubahan yang lebih baik.

Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berkuasa bahawa rakyat masih belum bersedia untuk menerima demokrasi sepenuhnya dan oleh itu harus bergantung kepada tongkat politik. Kita tidak mahu mereka ini.

Bertolak kepada keyakinan inilah kita memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara terus. Kita yakin pemimpin-pemimpin terbaik dapat dilahirkan melalui proses ini dan pada masa yang sama, mereka menjadi lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli.

Ini akan membantu kita menjadi lebih kuat!

Ulasan: PR Joseh

Reformasi, demokrasi dan PKR itu wujud adalah sebahagian salah satu wadah pendidikan berpolitik secara dewasa dgn kematangan. Halajatuju dlm erti politik matang bukan setakad retorik tetapi perlunya dihayati dgn penuh berhemah tanpa prasangka dan dendam. Kekurangan itu tetap ada.....Dewasa bijak ilmu itu lah yg menampong.

Merujuk kepada kitab Imam Al-Ghazali Relung cahaya...

Pesan Muhammad..Sesungguhnya Islam itu mengharamkan umatnya memelihara anjing dlm rumahnya. Maksudnya bukanlah binatang anjing itu yg diharamkan masuk ke dlm rumah, tetapi sesungguhnya sifat anjing yg rakus, pendendam tamak haloba itulah jgn di simpan di dalam setiap pintu hati hati umatku.

Setiap jiwa2 Reformasi itu adalah penyumbang kepada perubahan. Tak mestinya dah jadi Menteri, YB, ketua Cabang, ajk atau ahli PKR.

Kesemua jiwa2 reformasi ada tugas masing2 sekiranya maksud sebenar perubahan itu ingin dicapai bersama.

Hati2 & waspada sepanjang berpolitik. Bajai hati dan jiwa dgn maksud pembersihan dan jgn sampai tergelincir dari erti kefahaman Reformasi.

Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Pilah

RUMAH PRIHATIN PAS


Tetamu Khas : YB Ustaz Nasharuddin Mohd Isa, Timbalan Presiden PAS

Tarikh : Selasa 28 September 2010
Masa : 8.00 mlm - 12 .00 tgh mlm
Tempat : Rumah Encik Abdul Aziz Maarof, Kg Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan

Aturcara Majlis :

- Jamuan Hari Raya

- Penyerahan Kunci Rumah Prihatin Pas*
- Meraikan Anak-Anak Yatim
- Persembahan Multimedia
- Ceramah

Semua Di Jemput Hadir

Friday, September 24, 2010

Zunar ditangkap polis lagi...

Meletup Walaupun Ditangkap Polis

Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 02Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 fazlina rosleyBahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui isterinya, Fazlina Rosley, Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.


Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.

"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.

"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.

Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".

Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.

"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.

Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.

Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
yang turut dipaparkan dalam Perak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.

Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".

Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".

Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia' dimasukkan ke dalam Wikipedia.

Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".

Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".

Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".

Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.

Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.

Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.

Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.

Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.

Bom Yg diletupkan tak sempat membunuh PAS

Sebutir Lagi Bom Kapur Diletupkan Di Kelantan
Ulasan Kejadian R40b

SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).

Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.

Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.

Jadi pagi ini saya akan memberi reaksi dan mengulas kejadian letupan bom berkenaan. Sebenarnya mereka yang waras akan menolak dengan mudah terhadap apa yang dilaporkan itu. Bagi mereka yang ada akal dan sisa otak bersih dan masih berfungsi tidak pun perlu mempersoalkan mengenai iya atau tidak tentang perkara itu. Ia boleh tolak secara automatik tanpa banyak mencari masa dan ruang mempersoalkannya.

Tetapi bagi mereka yang cenderong dan ada niat buruk kepada kerajaan negeri Kelantan dan Tok Guru akan cuba 'mengogeh-ogehkan' perkara itu supaya ia nampak benar dan betul. Pada saya pemberian replika itu tak ubah sebagai bom palsu saja digunakan oleh orang yang putus ikhtiar.

Secara logik apakah ada manusia yang akan memberi derma kepada sebuah kerajaan dan parti sebanyak itu. RM4 billion bukan jumlah yang kecil. Lagipun proposal yang dikemukakan oleh syarikat berkenaan untuk mendapatkan projek di Tumpat itu masih pun belum ditengok oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Memang katanya proposal itu ada di atas meja Tok Guru dan Tok Guru tidak pun membacanya jauh sekali meluluskannya.

Munasabahnya, seperti mana jelas Nik Aziz, dia tidak tahu, kerajaan tidak tahu dan surat cat pun tidak dibuat macam mana derma itu boleh diberikan atas maksud hendak membalas budi? Kerja ini samalah kerja seorang budak yang tergila Siti Nurhaliza si penyanyi itu satu masa dulu. Kerana dia tergila-gilakan kepada Siti Nurhaliza dicetakkan kad undangan kahwin mengatakan dia nak kahwin dengan Siti. Walhasil Siti Nurhaliza usahkan bertunang dengannya, kenal pun tidak dengan budak lelaki itu. Nah begitu jugalah orang yang memberi derma itu lebih kurang budak lelaki yang tergilakan Siti Nurhaliza itu saja. Hukum dan nilailah sendiri.

Negara Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri dan parti politik di dunia tidak pernah menerima pemberian sebanyak itu. Begitu juga tidak ada raja dan orang kaya yang 'ngor' - ngor ini gak yang tolol bodoh dan bebal - di dunia ini yang membelanjakan wang sebanyak itu. Tiba-tiba ada seorang manusia bernama Abdul Rahim Abdul Wahab Melayu asal Malaysia sanggup menghulurkan derma sebanyak itu ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila.

Siapa dia Abdul Rahim pengerusi Eksekutif I' DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) ini? Apakah dia seorang terkaya Malaysia yang disenaraikan bersama Ananda Krishnan atau Robert Quok, ataupun Lim Goh Tong, Nazim Najib, Mokhzani Mahathir dan lain-lain? Rasanya tidak. Jadi kalau dia bukan orang kaya, apakah logik dan munasabah orang yang entah dari mana datang itu boleh mendermakan wang sebanyak itu?

Itu sebab saya kata dia ini kurang empok. Sekiranya dia memiliki wang sebanyak itu beliau tidak perlu menderma kepada Kelantan untuk mendapat projek, cukup dia gunakan wang itu untuk makan dia bersama anak beranaknya. Peruntukan tahunan negeri Kelantan untuk masa 10 tahun pun tidak mencecah ke angka itu. Kalaulah dia menjadi saya dengan wang sebanyak itu saya tidak akan dermakan kepada Nik Aziz atau Pas sebaliknya saya gunakan untuk mengambil kerajaan negeri Kelantan, lagi bagus.

Hanya orang yang tidak waras dan tidak sihat saja akan mempercayai perkara berkenaan. Bagi mereka yang waras akan tergelak dan ketawa dengan apa yang berlaku. Bahawa ada satu lagi drama ataupun babak badut di Kelantan. Entah kenapa di Kelantan sejak akhir-akhir ini pun banyak berlaku perkara yang aneh manih.

Baru-baru ini ada seorang gadis mengaku keturunan Puteri Saadong. Riuh randah orang Kelantan dibuatnya sampai para kerabat raja Jembal berhimpun untuk mencari "DNA" terhadap gadis berkenaan. Walhal awal-awal lagi ia sudah nampak lucu dan bohong tetapi tetap juga dipedulikan. Inilah satu kelemahan orang Kelantan tidak mudah hendak menolak sesuatu yang tahyul, bidaah walaupun nas dan dalil pembohongannya sudah terang benderang.

Jadi dakwaan oleh orang bernama Abdul Rahim memberi wang kepada kerajaan Kelantan dan parti itu juga salah satu lagi babak aneh yang melucukan di Kelantan. Ia tidak lebih daripada babak untuk mencukupkan senarai pelbagai keanehan di Kelantan.

Siapa dia Abdul Rahim ini? Dari maklumat yang diperolehi beliau seorang yang bercita-cita besar untuk jadi seorang usahawan berjaya. Dia sudah lama mendekati keluarga Tok Guru. Katanya dia mendakwa dan memberi tahu kepada orang ramai yang dia baik dengan semua keluarga Tok Guru. Dia juga mendakwa kenal rapat dengan para menantu Tok Guru.

Katanya satu masa dia mendakwa dia adalah keluraga Che Yah.. cik Yah.. cik Yah ni gat isteri Tok Gurulah, Datin Sabariah Ishak. Katanya dia pernah meminta projek tertentu kononnya untuk kepentingan anak menantu Tok Guru. Dia menggunakan nama Tok Guru dan keluarganya untuk kepentingan dirinya. Beliau pernah meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan tanah seluas ratusan ekar daripada kerajaan Kelantan.

Selain dari itu dia ini juga dikatakan menjadi alat dan diperalatkan untuk menjauh dan merenggangkan hubungan Tok Guru dengan seorang Exco Kelantan. Ahli keluarga Tok Guru hendaklah faham peranan orang ini bagi mengelakkan keburukan lebih teruk.

Senario ini boleh memberi faham siapa dia ini dan apa jenis orang ini. Senario ini juga akan menjawab kenapa berlaku kejadian yang tidak masuk akal itu tetapi boleh mengejutkan orang ramai dan menyebabkan Umno tersenyum?

Sebenarnya Nik Aziz perlu cemas dan tidak perlu jelas mengenai kejadian itu kerana orang ramai boleh fikir secara logik mengenai kejadian dan laporan terhadap kejadian itu.

Masakan wang sebanyak itu yang hendak diberikan kepada kerajaan Kelantan dan parti, ketua kerajaan dan ketua parti tidak tahu. Anih bukan? Apa pula peranan dan fungsi Nik Din untuk menerimanya sebagai mewakil kerajaan dan parti? Di sini saja bagi mereka yang tahu sistem pentadbiran dan tatsusila hidup sudah merasa janggal dan pelik.

Apa yang boleh difahami di sini babak itu adalah satu perangkap untuk memburukkan imej Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Jelas di sini adik Nik Abdul Aziz bernama Nik Din Nik Mat itu sudah menjadi alat dengan tujuan tertentu. Alangkah dayusnya mereka yang memperalatkan adik Nik Aziz kerana beliau seorang yang jujur, ikhlas dan tidak tahu sepak terajang politik. Salahnya di sini orang menganjurkan majlis berkenaan.

Apa yang saya nampak di sini ianya sudah diplankan demikian rupa. Buat replika cek besar-besar tulis derma untuk Nik Aziz atau Pas atau kerajaan negeri kemudian 'pukul gambar' dan masukan dalam surat khabar. Tujuannya biar Umno dan musuh Pas ulas. Dan itulah nampaknya yang berlaku pagi ini bila baca akhbar penjilat punggung. Abdul Rahim bukan saja berjaya memperdayakan Nik Din dan mempermainkan Nik Aziz tetapi ikut sama mempermainkan akhbar-akhbar tertentu yang menyiarkan berita berkenaan. Seharusnya Editor memeriksa dan menilai sejauh mana logiknya kejadian itu sebelum ianya disiarkan apa lagi bagi memberi gambaran Nik Aziz dan kerajaan korup.

Sekali lagi, kalau kita melihat dan menilai wibawa beberapa oknum yang mengulas dan mempersoalkan perkara itu dalam akhbar ia wajar ditolak awal-awal lagi. Orang yang mengulas atau cuba memainkan isu itu juga tidak mempunyai kecerdikkan dan pengetahuan secukupnya dalam hidup mereka. Mereka ini sebenarnya sudah 'dawas'. Kalau mereka ini jenis haiwan mereka tak ubah macam biawak saja boleh libas dan memakan apa benda yang melintas di depan asalnya perut mereka membuyut.

Begitulah selalunya menimpa orang bodoh yang cuba hendak bercakap menunjukkan kecerdikan... ia jadi tambah bodoh. Dia akan cakap apa saja walaupun apa yang dicakapkan itu diketawakan orang. Ada yang meminta SPRM menyiasat pemberian itu kononnya hendak menceritakan kepada dunia kerajaan Kelantan dan Pas sebuah kerajaan yang korup dan parti korup.

Kalau pencadang itu cerdik ada sedikit ilmu ataupun lulus Empat Thanawi tentu dia akan merasa malu untuk membuat desakan demikian. Apakah dia faham bahawa replika itu sudah mempunyai nilai sebanyak RM4 billion. Replika ialah tiruan cek saja yang biasanya dibuat daripada kertas atau polistrim yang harganya tidak sampai RM50.

Rasanya SPRM tidak jadi sebodoh mereka yang suruh menyiasat kes berkenaan. Tidak tahulah kalau sewaktu penambahbaikkan ke atas SPRM yang dibuat baru lalu boleh memsabitkan pemberian replika seperti itu tidak pula saya tahu. Dan kalau ianya boleh disabitkan sangatlah melucukan dan jadilah taraf SPRM itu sama rendah mutu dan darjat dengan orang yang mendesak agar kerajaan Kelantan di siasat ekoran babak lucu dan anih itu.

Melihat kepada maksud perbuatan orang bernama Abdul Rahim itu jelas ia cuba memberi imej buruk kepada Kerajaan Kelantan dan ada unsur-unsur jenayah. Barang kali dalam proses untuk menyapu arang yang dilakukan itu kerajaan Kelantan, Pas dan Nik Aziz sendiri wajar membuat laporan polis ke atas kejadian itu.

Siapa yg nak perangkap PAS Isu RM40b

GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. dengan pemimpin Umno



Oleh: Pria Malaya

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi Eksekutif syarikat I'DA World Group Sdn.Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat 'penipu' ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ini..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan serta tidak tahu-menahu langsung tentang kewujudan syarikat ini...

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul apabila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara..apakah wujud agenda tersirat disebalik apa yang berlaku ini...fikir2kan...
















p/s: Lagi gambar menyusul...

Di bawah adalah penjelasan lengkap Tok Guru Nik Aziz selaku MB berkaitan isu ini..jelas kerajaan Kelantan awal2 lagi berwaspada dan tidak termakan umpan syarikat ini...

VIDEO: Apa Cerita RM4 Bilion?




Pembunuhan Di Negara- Apa bezanya

Motif pembunuhan yg perlu dijelaskan dan yg tak sepatutnya dijelaskan oleh pendakwaan.

OOOO!!!! rupanya berpilih2 dan terpilih2..




NOTIS: Update kes Sosilawati

Isu kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 4 yang lain akan sentiasa dikemaskini di dua laman dibawah..

1. Link satu..
2. Link dua..

Kalian juga digalakkan membaca posting khas penulis mengenai kes pembunuhan kejam ini di bawah..


- PANAS BERAPI kes Sosilawati: DAP nafi suspek ahli DAP, blogger Umno dedah hubungan pembunuh dengan pemimpin Umno!

Monday, September 20, 2010

Ahli Parlimen Kuala Pilah tak nak sambut Hari Raya macam ni ke?




Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Program: Rumah Terbuka anjuran Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK, merangkap juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.



Tujuan: Meraikan kesyukuran sempena Syawal yang mulia ini..sambil menyanyi, berjoget dan menari sepuas hati bersama rakyat jelata..

Orang Kuala Pilah khususnya warga Jemapoh masih tertunggu-tunggu, kiranya Ahli Parlimen merangkap Tim Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah Dato' Hassan Malek mengadakan rumah terbuka Eidul-Fitri nanti dengan sambutan lagi hebat dari Parlimen Bera ini.

Tungguuuuuu!!!! Ada berani...????

DAN....Sesungguhnya kita tidak lupa video dibawah ini...

VIDEO: BN terdesak. Guna penari separuh bogel



Sunday, September 19, 2010

Bila semua perkara nak main Politik

Oleh: pria_malaya08

"Nah! selepas satu persatu bala menimpa para penganut tegar parti perkauman Umno..niat asalnya mahu mempolitikkan isu ini, rupanya terkantoi ditengah jalan!..jelas sepertimana perumpamaan 'perangkap makan tuan!'...cubaan mereka untuk mengaitkan kes pembunuhan ini dengan Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali!!

Penyokong Hindraf

Mulanya mereka telah kaitkan suspek pembunuh dengan pertubuhan haram Hindraf..katanya penyokong Hindraf ramai yang menyokong Pakatan Rakyat, maka si pembunuh itu adalah orang Pakatan Rakyat..maka fitnah ini dipanjangkan ke merata-rata tempat, khususnya di ruang maya oleh penyokong dan blogger umno yang lain...



Namun, selepas pendedahan mengenai siapakah Hindraf dan apa kaitannya dengan Umno dibuat oleh penulis, maka mereka terdiam seribu bahasa...boleh baca di link ini, "BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)"

'Ahli seumur hidup DAP'

Cubaan mereka kedua ialah mengaitkan suspek pembunuh dengan sebuah pertubuhan politik pembangkang iaitu parti DAP..dikatanya suspek itu adalah ahli DAP seumur hidup..


(Jelas akhbar di atas turut bersekongkol dgn Umno apabila hanya meletakkan sumber berita yang ntah dari mana datangnya, kerana itu tidak pelik akhbar ini tidak menyatakan suspek adalah dari parti DAP, kerana tahu maklumat yg diterimanya belum pasti dan mungkin palsu..)

Berdasarkan keratan laporan akhbar di atas, maka para blogger Umno telah memanjangkan fitnah jahat ini ke serata ruang maya dengan harapan rakyat membencikan DAP seterusnya Pakatan Rakyat, sedangkan laporan berita di atas langsung tidak menyebut suspek adalah ahli DAP seumur hidup, atau mana2 parti..

Dan semalam, pemimpin2 DAP telah menafikan sekerasnya2 laporan yang mengaitkan parti itu dengan suspek pembunuh, suspek bukanlah ahli DAP seumur hidup sepertimana yang dihebahkan media Umno...portal Malaysiakini sebagaimana melaporkan...

“Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu,” - Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua
Sementara Harakahdaily melaporkan..
“Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” - Lim Guan Eng
Ternyata, Umno kalah lagi pusingan yang kedua!..cubaan utk mengaitkan suspek dgn imej Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali...Pakatan Rakyat bersepakat tidak akan membela dan menyokong mana-mana penjenayah, dan akan membela sesiapa sahaja yang menjadi mangsa keganasan tidak kira bangsa dan agama!..

GEMPAR!

NAMUN, suatu laporan yang agak mengejutkan telah dibuat oleh blogger Umno semalam..menurut blogger tegar Umno ini, suspek pembunuh kejam Dato' Sosilawati pernah berhubungan dan berurusan dengan pemimpin Umno! Ketua Pemuda Umno negeri mempunyai kaitan dengan suspek kes pembunuhan kejam ini!

Baca laporan pendeahan oleh 2 blogger umno di bawah..

PENDEDAHAN 1
Bertambah menarik…!



Last nite pegi open house rumah member, amongst her guest ada la geng2 n kawan2 yang ade connections with press n media bercerita, rupa2nya ade dua Datuk2 from Umno memang involve deal beli tanah dengan suspek kes Sosilawati…

Siapa dua Datuk2 Umno tue? Katanya Yb dari Selangor, Rahman Palil & sorang lagi Setpol Sharizat, Datuk Suhaimi Ibrahim, dia nie dulu GPMS… So now, these two Datuk2 kenalah buat statement bagi tau betul ker tidak? Kalau tak betul kenalah nafikan this hearsay among all media people yang bercerita pasal nie...

Duit punya pasal…, nak kaya punya pasal….. When it comes to business, orang Umno pun boleh buat deal dengan orang DAP…?
*baca seterusnya di sini, "Suspens! Rahman Palil & Suhaimi Ibrahim "Pernah" Deal Jual Beli Tanah Dengan Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati…?"..

PENDEDAHAN 2
Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.

KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!

Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?

Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu!
*baca pendedahan seterusnya di sini, "GEMPAR! KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DATO PATMANABHAN (PEMBUNUH SOSILAWATI?)"..

Terang lagi bersuluh! rupanya suspek pembunuh tiada kena mengena langsung dengan Pakatan Rakyat, malah yang lebih mengejutkan, suspek mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pemimpin Umno sendiri!! ini bukan yang direka2 penulis, tetapi ianya diperakui oleh blogger Umno ini!!..kerana itu penulis awal-awal lagi dapat menalah awal siapakah di 'belakang' suspek pembunuh ini apabila terdapat laporan beliau mahu menyertai MIC/BN, boleh baca di sini..

Apa pun, kita tetap menungguh siasatan sehingga selesai, kita bagi ruang pada pihak polis menjalankan siasatan..pendedahan2 terbaru akan dikemaskini setiap masa.....yang nyata, Umno sudah 'kalah' 3-0 dalam isu ini..inilah bahana apabila cuba mempolitikkan isu pembunuhan kejam Dato Sosilawati!....wallahua'lam...

Wednesday, September 15, 2010

16 sept - Hari Malaysia


"Tahniah" diucapkan kepada semua rakyat dan warga Malaysia dari Perlis sampailah ke Sabah!

Akhirnya, Hari Malaysia yg telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak PRU-12 lagi telah menjadi kenyataan.

Usaha keras pimpinan Pakatan Rakyat harus diberi tabik hormat dengan pengisyhtiharan 16 September 2010 sebagai Hari Malaysia!

Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih yg tidak terhingga perlu diberikan kepada kerajaan Pusat sekarang dibawah kemudian Barisan Nasional! Semua rakyat harus berterima kasih kepada PM sekarang, DS Najib Tun Razak yg telah merealisasikan impian pimpinan Pakatan Rakyat!

Mungkin telah terdesak atau cuba untuk mendapat sokongan disaat-saat akhir sebelum PRU-13, kerajaan BN dilihat seakan-akan tersepit dengan modal-modal lapuk mereka yg seakan sudah kehabisan.

Akan tetapi, wahai semua rakyat jelata Malaysia, ingatlah, yg memperjuangkan Hari Malaysia ini ialah pimpinan Pakatan Rakyat, maka adalah harus kita memastikan, Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara kita yg tercinta supaya terselamat dari korupsi dan ketidak amanah pimpinan BN yg ada kini!

Tarikh 16 sept juga adalah tarikh yang cukup mengemparkan Kerajaan Pusat ketika di bawah Abdulah Badawi dulu.

Pakatan Rakyat telah menguji keberanian beberapa Ahli Parlimen BN untuk membentuk Kerajaan Pusat yg baru di bawah Pakatan Rakyat. Sedihnya .....ramai sangat Ahli Parlimen BN ini yg bermasalah dan terlalu takut dengan ugutan dakwaan dengan tuduhan salah-laku.

16 sept juga adalah tarikh ujian kepada beberapa ahli parlimen yg bercita-cita untuk menjadi menteri dan berangan-angan untuk meneruskan agenda peribadi seperti Umno BN. (rujuk MP Pkr yg jadi MP Bebas)

Friday, September 10, 2010

Mana Elaun Kami ???

Apa cerita ? Kerajaan dan bankrap ke ? Kementerian Belia dan Sukan dah bankrap ke hinggakan elaun petugas SUKMA di Melaka pada bulan Jun 2010 belum dibayar lagi ? Camne mereka nak raya ?

Utusan Malaysia 9 Sep 2010. Saya merupakan salah seorang petugas di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka 2010. SUKMA telah berlalu sejak bulan Jun lagi. Segala borang tuntutan petugas telah saya isi dan hantar sebelum pulang ke Perak bersama-sama petugas yang lain.



Sebulan berlalu selepas itu tuntutan masih tiada khabar berita. Penyelia saya ambil tindakan menghubungi pihak Melaka. Khabar berita terkini diberitahu kami semua dijanjikan tuntutan tersebut akan dapat sebelum hari raya. Seminggu sebelum hari raya, kami diberitahu sekali lagi dijanjikan tiga hari sebelum raya selesailah semua masalah.

Kini kami diberitahu pembayaran tidak dapat dibuat kerana beberapa masalah dan pegawai yang bertugas sudah cuti.

Segala perbelanjaan ketika di Melaka selama dua minggu bukan kecil. Kami hanya staf biasa bergaji kecil. Kami cukup harapkan bayaran petugas selesai menjelang hari raya. Namun cukup hampa.

Kami sudah buat tugas yang cukup terbaik tetapi balasan yang diterima cukup menyedihkan. Selepas 20 September ini baru segala tuntutan bayaran akan diselesaikan selepas pegawai kembali bertugas.

Saya sudah cuba berkali-kali menghubungi pegawai terbabit menggunakan telefon bimbit mereka namun ditutup. Sedih saya teramat sangat. Bagaimana saya hendak sambut hari raya kali ini sebab simpanan duit telah digunakan ketika bertugas di Melaka.

ZALI

Perak

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran Eidul Fitri



Ya ALLAH,

Diakhir Ramadhan yg berakah ini, muliakan dan sayangilah saudara2ku ini.
Bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya
Kuatkan imannya, berilah kenikmatan ibadah kepadanya.

Jauhkannya dari fitnah, suburkan benih keISLAMan pada zuriat keturunannya.
Dan masukkannnya dalam syurgaMU tanpa hisab.
Amin Ya ALLAH ..!!!

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI.
Mohon maaf Zahir & Bathin

Saturday, September 4, 2010

Majlis Sahur Perdana - Shah Alam



Majlis Sahur Perdana yg julung kali diadakan di Selangor.
Syukur Alhamdulillah sambutan yg hebat dari warga Selangor di sekitar Shah Alam

Ribuan umat islam membanjiri Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, satu fenomena baru buat umat Islam di Selangor , budaya beribadah makin subur.

Majlis dimulai dgn Qiyammulai bermula jam 4 pagi ... Munajat... Tazkirah dan Solat Subuh.
Majlis sepatutnya dihadiri oleh TGNA, TGHA, DSAI, namun mereka tk dpt hadir kerana ada komitmen lain.

Nampak perbezaannya tahun, majlis2 ilmu semakin subur di Selangor, masjid2, surau2 kembali meriah.. Malah pemimpin2 yg bukan Islam pun mulai berminat pendekatan dakwah Islam di negeri2 PR

Alhamdulillah..moga fenomena ni berterusan
. Alangkah indahnya jika Kuala Pilah pun dapat menyempurnakan Majlis seperti ini.

Insyaallah.....Para pendakwah2 Kuala Pilah bakal mampu.