Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, March 30, 2010

Perkasa dan Ahli-ahlinya

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno

MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

Shuib Lazim yang memegang jawatan Bendahari agung adalah bekas ahli Parlimen Sungai Petani Kedah. Kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Umno negeri berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Penerangan, Ruslan Kassim bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli parti PKR. Anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan gelanggang reformasi. Berbeza dengan Ezam Mohf noor Ruslan tidak bertidak memburukkan Anwar.

Manakala ketua Wiranitanya, Raihan Sulaiman Palestin juga merupakan ahli Umno dan bekas pimpinan Puteri Umno. Pernah mencuba nasib untuk merebut jawatan ketua Puteri Umno tetapi tewas disebabkan masalah teknikal.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin peringkat bahagian. Antara mereka , Ahmad Saad, Yusuf merah, Nasiruddin Rais bekas ahli pemuda Umno sebuah bahagian di Perak yang sudah tidak laku dan bermusuh dengan Zahid Hamidi.

Begitu juga beberapa nama dalam jawatankuasa dilantik merupakan bekas ahli Umno kemudian menyertai Umno semula.

Keseluruhannya kepimpinan Perkasa adalah ahli atau bekas ahli Umno. Adalah tidak benar kalau ada orang mendakwa Perkasa adalah NGO bebas dan bukan bias kepada Umno. Berdasarkan kepada latar belakang kepimpinan itu Perkasa jelas adalah perkakas kepada Umno.

Sementara itu beberapa nama yang menjadi ahli jawatankuasa penaja tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Perkasa itu. Apakah mereka telah memufarakah dari NGO berkenaan ataupun memang disingkir.

Antara mereka ialah Fuad Hassan yang memegang jawatan Timbalan Presiden, Rohani Ahmad, Ketua Penerangan, Md Radzi Mustapa selaku penasihat undang-undang Perkasa dan Yahya Lampong yang mewakili Sabah. Begitu juga dengan aktvis dan tokoh belia Perak Yammy Samad juga tidak tersenarai dalam kepimpinan baru itu. Kamal Amir Kamal Hijaz yang turut dijemput menganggotai pertubuhan itu juga tidak kedapatan dalam mana-mana senarai penjawatan.

Peranan Amco Worldwide Didedahkan Anwar





Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.


@PR Juasseh/Jemapoh@

Wednesday, March 24, 2010

Sudah Kenyang Baru Melompat


Alhamdulillah , tidak payah suruh akhirnya benar lah kalau perkara busuk tu baunya mana boleh tutup , akan keluar dari pekongnya , bernanah , gelembung dan akhirnya pecah.

Agaknya begitu lah dengan kisah lodeh -melodeh dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kata YB Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh sudah kenyang baru melompat yang ditujukan kepada YB Zahrain



Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.

Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat.

"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang,

" Begitu juga , mungkin itu yang terjadi dengan YB Zulkifli Nordin , barangkali "sudah gelembung dan kembung baru ikhtiar supaya dipecat" ,

Kini setelah ‘dipecat’ oleh parti Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa diminta kaitkan PM, Rosmah.(Dlm Kes Altantunya) .

Beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya

Agak menarik bahasa tulisan YB Zulkifli Nordin kini. Pengamal undang-undang terperanjat dengan beberapa kenyataan memburai kilas pembohongan Zulkifli ini. Sementara itu Peguam pemerhati dan juga Pengerusi DAP mencabar dakwaan Zulikfli Nordin.
Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifly mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.

"Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu".
baca: disini

@PR Juasseh/Jemapoh@

Najib Timbang Tambah Lesen Judi Lagi


abdul khalid samad
anthony loke

Kerajaan Umno-Barisan Nasional bercadang memperluaskan lagi aktiviti judi di negara ini apabila menimbang untuk meluluskan lesen perjudian dalam bidang sukan.

Pertimbangan permohonan lesen tersebut dikatakan mempunyai hubungan dengan pertandingan Piala Dunia yang akan diadakan di Afrika Selatan pada pertengahan tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu semasa menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 di Hong Kong dengan menyatakan Malaysia sedang menilai cadangan untuk meluluskan perjudian sukan di negara ini bagi menjadikan perjudian itu sah dan mempunyai lesen.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook dan
Pakatan minta Najib perjelaskan mengenai kenyataan beliau itu.

"Saya minta Perdana Menteri hadir ke Parlimen minggu depan bagi menjelaskan kenyataan beliau pada persidangan tersebut. Kita mahu beliau jelaskan kepada rakyat tentang pertimbangan beliau ingin meluluskan permohonan perjudian sukan di Malaysia. Kalau beliau berani keluar kenyataan di Hong Kong maka dia perlu berani jelaskan di Parlimen.

"Kenapa Perdana Menteri hendak pertimbangkan permohonan tersebut, kerana nak bersaing dengan negara lain? Kerajaan sepatutnya meneliti impak besar yang akan timbul kepada rakyat, akan lebih ramai akan berjudi dan membuat pinjaman dengan along dan sebab along akan timbul unsur jenayah," jelas Loke pada sidang akhbar di Parlimen pagi tadi.

Beliau menegaskan menurut laporan media asing, AFP News dan Asiaone Malaysia akan pertimbangkan perjudian sukan yang sah.

"Jelas kenyataan tersebut bahawa Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan masih pertimbangkan lesenperjudian dan mengambil kesempatan dengan kedatangan Piala Dunia nanti bagi meluluskan lesen tersebut,"sambungnya lagi.

Pendirian yang telah di nyatakan oleh Najib juga menarik perhatian Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail.

"Sebelum ini semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah meluluskan lesen perjudian yang telah dipohon oleh Berjaya Group bagi syarikat Ascot Sport Sdn Bhd dalam perjudian sukan dengan perjanjian selama 20 tahun tetapi permohonan itu telah dibatalkan oleh Tun Abdullah Badawi selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan negara.

"Tetapi tindakan untuk meluluskan permohonan yang telah dibatalkan sebelum itu telah di ambil oleh Najib untuk dibuat pertimbangan semula. Apakah kayu ukur yang digunakan oleh kerajaan dalam membuat pertimbangan dalam meluluskan permohonan tersebut.

"Adakah kerajaan terdesak dalam mendapat sumber kewangan bagi mengisi tabung kewangan negara sehingga tidak merujuk kepada aspek sosial sebelum membuat keputusan, kalau tujuan ini semata-mata maka keputusan itu tidak munasabah.

"Keberanian Najib cuma berani mendedahkan kenyataan itu di luar negara sahaja tetapi dalam akhbar tempatan Bahasa Malaysia dia tidak berani mengeluarkan kenyataan tersebut, ini jelas dia takut untuk berdepan dengan rakyat yang menentang perjudian di Malaysia," tegas Saifuddin.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad juga menekankan agar Perdana Menteri perlu jelaskan pendiriannya yang sebenar agar rakyat faham apa polisi yang dibawa oleh beliau.

"Kalau benar perkara ini sedang dipertimbangkan oleh kerajaan maka jelas Najib telah melanggar polisi yang telah dibawa oleh Pak Lah sebelum ini.

"Dalam keadaan tedesak kerajaan untuk mencari pendapatan baru, kerajaan gagal dalam menghormati pendirian rakyat di negara ini sehingga tidak mengambil kira tentang kesan impak gejala sosial jika mereka yang berjudi ini tertekan dengan hutang.

"Sifat kerajaan ingin meluluskan lesen perjudian sukan disifatkan sebagai mengalak rakyat untuk terus berjudi dan berhutang. Saya juga mencabar Najib perlu hadir dan jelaskan kepada kami jangan berdiam diri sahaja," tegasnya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendesak kerajaan agar mengawal tindakan meluluskan pengeluaran lesen judi dan juga cabutan khas agar dapat mengawal masalah sosial negara ini. Pakatan

Rakyat akan terus menekan Perdana Menteri agar menjelaskan pendirian kerajaan dalam hal perjudian dan juga perkembangan terbaru ini.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Monday, March 22, 2010

Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa APCO Worldwide pernah berkhidmat untuk Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999 dan beliau akan memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen.

"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.

Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.

Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat. Dan Beberapa repot polis telah dimulakan oleh UMNO BN.

UMNO tuduh DSAI ejen Yahudi, tak mengapa?

"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.

"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO
Baca Sini kalau Nak tau APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Penantian Satu Seksaan

Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM

Musa Hassan mengeluh di saat-saat akhir atau dikala senja perkhidmatan awamnya.

Katanya, arahan-arahan tangan-tangan ghaib menjelma di dalam pasukan PDRM samada dari orang politik atau orang tertentu.

"Musa, naik dengan cara anda sehingga membuatkan berada di tempat sekarang akan membuatkan anda jatuh dengan cara yang sama lebih-lebih lagi doa orang yang dianiaya tiada hijabnya menuju Allah swt"
Bagi manusia biasa, mereka akan berkata habis madu sepah dibuang.

Kalau dah nama anggota polis, perlulah berani buat keputusan. Tambah pula jawatannya sebagai KETUA. Tak malu kah jika ketua di perkotak-katikkan oleh orang ketiga?. Usahlah mengeluh di media meluahkan perasaan sedih simpati sebelum pencen.

Dahulu si ketua ada berkata, jangan persenda agensi polis dan menjatuhkan maruah agensi itu. Namun sekarang si ketua pula kesal dengan sikap orang ketiga ini yang memberi arahan tanpa melalui beliau. Bukankah dengan wujud orang ketiga itu telah mempersenda kewibawaan dan kredibiliti Musa sebagai ketua?.

Malah dengan kenyataan simpati Musa tersebut, timbul pula persepsi yang negatif terhadap kewibawaan agensi polis. Siapa yang sebenarnya ketua yang lebih berkuasa mengeluarkan arahan itu?. Apakah selama ini Musa merupakan ketua polis Boneka yang boleh dipermainkan oleh orang ketiga tersebut?

Jika Musa tidak mahu digelar ketua boneka dan mahu menaikkan kewibawaan agensi polis sebelum hari pencen, beliau harus mendedahkan siapa orang ketiga yang dimaksudkan. Bukan susah pun. Tidak perlu hantar skuad pemusnah dan tembak menembak. Cuma perlu berkata benar siapa orang ketiga itu di sidang media. Senang kan.

Takkan sebagai Ketua Polis pun Musa takut mendedahkan identiti orang ketiga itu. Apakah Musa juga diugut seperti yang pernah anggota polis lakukan kepada mangsa tahanan.. Lu pecah lobang, anak bini lu akan terima balasan.

Akhirnya pengakuan dan pendedahanMusa hasan mengesahkan apa yang telah Pakatan Rakyat nyatakan sebelum ini. "Anggota Polis Menerima Arahan Dari Tangan Ghaib". Baca disni.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Sunday, March 21, 2010

Plan B Mungkin sebagai 'back-up'

Anwar diiringi dengan laporan polis secara'Maraton'

Menyedari kes liwat II DS Anwar berkemungkinan tidak berpihak kepada mereka, maka plan 'B' perlu dicipta sebagai 'back-up'.

Mereka akan bertambah hilang sokongan, kepercayaan dan akhirnya gagal meraih undi dalam PRU13 nanti jika taktik kekerasan seperti meng'ISA'kan DS Anwar atau memenjarakan DS Anwar atas kes yang amat rapuh dengan bukti-bukti kes yang orang ramai pun nampak hanya sebagai bukti 'reka-cipta' semata-mata.

Mereka perlu menyediakan satu skrip yang berkemungkinan orang ramai akan percaya. Skrip telah bermula dengan dua laporan polis berhubung pendedahan Zahrain. Untuk menguatkan lagi kepercayaan orang ramai, maka media 'penjilat' UMNO serta penganalisa politik murahan dan profesor kangkung yang memang kerjanya hanya melacurkan keintelektualan mereka akan membantu menjual 'air-liur' mereka.

Skripnya amat mudah, senang difahami, padat, penuh dengan aksi-aksi 'stunt', menghiburkan dan berkemungkinan menjadi 'box-office'.

Eksklusif Tengah Malam

Skripnya bermula dengan menanam beberapa biji 'benih' ke dalam PKR. Apabila nampak Pakatan Rakyat sudah menjadi ancaman kepada mereka, 'benih-benih' yang ditanam tadi akan tiba-tiba membesar dan melonjak keluar. Apabila berada di luar, maka mereka akan mereka cerita kononnya DS Anwar ini akan 'merampas' tampuk pemerintahan dengan beberapa aksi 'stunt' seperti dibohongi oleh 'benih-benih' jahat tadi.

Apabila rakyat sebahagiannya sudah hampir terpedaya dengan 'lowyar' benih-benih' jahat tadi maka langkah akhir ialah membuat 'Maraton' laporan polis terhadap DS Anwar. Sila baca juga di sini.

Mereka amat yakin jika DS Anwar di'padam'kan riwayat hidup politiknya dengan penjara, maka Pakatan Rakyat akan bercempera seperti anak ayam kehilangan ibu dan akhirnya merudum.

Episod seterusnya amat teruja untuk diikuti, Apakah kita hanya sebagai penonton dan bersifat tunggu dan lihat.

Kesudahan episod apa yang ingin kita lihat ?? Cukup kah kita hanya sebagai penganalisis ?

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, March 19, 2010

Nurul Izzah & Tian Chua di ambil keterangan oleh Polis

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan polis berhubung ceramah mereka di Taman Sri Sentosa pada 2 Oktober tahun lalu.

Mereka yang diiringi peguam Latheefa Koya memberi keterangan di Balai Polis Petaling Jaya, Jalan Klang Lama bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian.

Ceramah tersebut diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal dan Kutipan Dana yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk dan Penjaja Taman Sri Sentosa.

Pada majlis tersebut, ketika tiba giliran Tian Chua memberikan ucapan, Ketua Polis Daerah Brickfields dikatakan bertindak menaiki pentas serta menghalang ceramah daripada diteruskan serta merampas mikrofon.

Selain mikrofon, polis juga merampas beratus-ratus naskhah risalah berkenaan aktiviti di Lembah Pantai milik Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Pantai.

Walaupun majlis itu mempunyai kelulusan permit, namun majlis itu dihentikan atas alasan polis yang mengatakan ucapan yang disampaikan itu berbaur politik dan melanggar syarat pemberian permit.

Menurut mereka selepas tiga bulan kejadian berlalu, polis berkali-kali memanggil mereka tetapi inilah kali pertama mereka dipanggil secara formal untuk menghadiri siasatan mengikut peruntukan Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Notis arahan bertulis supaya menghadiri siasatan itu dihantar kepada mereka pada 9 Mac lepas.


@PR Juasseh/Jemapoh@

Tokoh Maal Hijrah dianugerah Najib - Pandangan Yusoff Qaradawi terhadap Qazaf



Tiada ertinya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menobatkan Dr Sheikh Yusof al-Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah sedangkan fatwa ulama tersohor itu dibakulsampahkan.

Pengerusi Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty senada dengan pimpinan Pakatan Rakyat, mencabar kerajaan menarik balik anugerah berkenaan daripada Pengerusi Ulama Sedunia itu.

Beliau juga kesal kerana kerajaan Umno BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak peduli terhadap fatwa yang menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan kes konspirasi kedua.

“Kalau mereka sendiri menobatkan Yusof Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana kewibawaan ilmunya tapi pada masa yang sama Yusof Qardawi prihatin dan mahu Anwar dibela menerusi prosedur qazaf, malangnya ia tidak diberi perhatian oleh pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Agama sendiri.

"Maka, memang munasabah cadangan untuk ditarik balik gelaran berkenaan,” katanya kepada TV Selangor.

Yusof Qaraqawi sebelum ini mengeluarkan fatwa, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak maka hukumnya adalah munafik; sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut, maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Terdahulu, kerajaan Umno BN dilihat cuba melengah-lengahkan permohonan qazaf yang difailkan Anwar terhadap Saiful Bukhari Azlan walaupun mendakwa memartabatkan sistem perundangan syariah.

Dr Muhammad Manuty menyifatkan keengganan kerajaan Umno BN mempercepat kes qazaf terhadap Saiful mencerminkan ketidakikhlasan kerajaan dalam memartabatkan perundangan syariah Islam.

“Dalam kes Anwar mahupun Kartika Sari lebih bermotif politik daripada kejujuran, keikhlasan untuk menobatkan syariah,” katanya membuat kesimpulan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

TV 3 = Siapa Paling Popular Antara Najib & Hishamuddin



TV3 terpaksa memerah keringat untuk mencipta beberapa program bagi menampakan Najib di pandang semula. Media propaganda Umno BN semakin tertinggal. Berita yang sering disajikan hanya berkisar pembodekan.

Berita seluruh dunia semakin dekat dengan masyarakat dengan sumber-sumber yang lebih canggih dan terkini. Najib juga di lihat sering menggunakan kekerasan dan bertangguh-tangguh banyak hal setelah didapati arus rakyat tidak sehaluan dengan corak pentadbirannya.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Bodek Khairy Memakan Diri...

From Cakap tak seberapa bikin












Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen (MP) Rembau, Khairy Jamaludin membuktikan bahawa dirinya jelas tidak layak untuk dilantik sebagai menteri ke kabinet bosnya, Najib Razak apabila lebih suka mengambil sikap menyerang peribadi berbanding berhujah dengan fakta.

Ini terbukti apabila giliran MP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap, Khairy berkali-kali mencelah ucapan Anwar dengan melakukan serangan peribadi dan berbentuk provokasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian media dan ihsan Najib.

Namun, Anwar yang faham tujuan serangan menantu bekas PM itu yang semakin terpinggir dalam Umno hanya tersenyum melihatnya dan dengan tenang, Anwar berkata;

“Dalam persoalan fakta yang berhormat Rembau (Khairy), tak boleh lari. You boleh pusing kenyataan politik, tapi Genting Highlands bagi (untuk) taukeh judi (Lim Goh Tong) boleh, kampung tersusun untuk Orang Melayu (sebanyak 102,000 geran kekal yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa memerintah di Perak) tak boleh, itu tak dijawab sampai sekarang.

Ketika ini, sekali lagi MP Rembau dengan penuh emosinya mengganggu ucapan Anwar namun, Ketua Umum PKR itu sambil tersenyum memberitahu.

“ Ya saya akan jawab, saya bukan Ahli Parlimen Rembau, saya Ahli Parlimen Permatang Pauh. Saya bagi tahu, saya bagi angka ini, 60,000 geran Melayu di Terengganu, 102,000 geran untuk orang Melayu di Perak (yang kedua-duanya diluluskan semasa PR memerintah), dibatalkan oleh Umno/ Barisan Nasional, Ini tidak di jawab. Kalau dikatakan kita bagi (tanah) kepada 47,000 kaum Cina. Saya akui dan saya berpendapat ini satu keputusan yang tepat kerana yang dibantu itu ialah orang Cina yang miskin dan susah. Mengapa saudara yang berhormat (dari Barisan Nasional terutamanya Khairy), boleh mempertahankan dasar mempertahan taukeh-taukeh judi (juga orang Cina), yang kaya-raya (dengan segala) gunung, bukit, pulau, bagi (kepada taukeh judi) tak mengapa. Itu tak dijawab,” tegas Anwar sekali lagi yang membuatkan MP BN terkebil-kebil dan membisu di Dewan Rakyat.

Antara Joget dan minum Arak

Anwar turut mengecam kenyataan dangkal Khairy yang hanya melihat tarian itu sebagai maksiat besar tetapi membisu berhubung pemilikan pimpinan Umno dalam syarikat judi termasuklah anak bekas Presiden Umno.

“Ini Ketua Pemuda Umno (Khairy), joget sikit berdosa besar, mentekedarah (minum) Arak, boleh (jawapan Anwar itu seterusnya membuatkan dewan riuh dan gamat),” katanya.
Sejak Anwar dipecat dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri itu diserang dari segenap penjuru termasuklah sampai ke tahap mengaibkannya dengan video Anwar menari beberapa saat dalam majlis ceramah yang dihadiri majoriti kaum India.

Anwar sebelum ini menjelaskan beliau menari sekejap ketika itu bagi meredakan ketegangan masyarakat India yang dikelilingi dan cuba digertak oleh sejumlah besar pasukan polis yang melakukan provokasi terhadap kehadiran Anwar dalam ceramah itu.
Namun, pada masa yang sama Khairy sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa musuh tradisinya yang juga MP Umno dalam kawasan Jerlun, di Kedah, Mukhriz Mahathir turut pernah menari bersama wanita lain dan video itu tersebar dilaman blog terutamanya semasa Khairy berdepan anak mantan presiden Umno itu dalam pemilihan Umno pada tahun 2009.

Untuk rekod, sejak pemilihan itu sehingga kini, pelbagai blog pro-Khairy dan pro-Mukhriz masih wujud dan terus berperang dan menyerang balas sesama mereka walaupun pemilihan parti itu sudah berakhir sejak tahun 2008.

Khairy walaupun menang dalam pemilihan itu, tidak dilantik dalam kabinet Najib walaupun timbalannya turut dilantik selain Mukhriz sendiri dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Thursday, March 18, 2010

Semakin Melalak - Anwar Semakin Kuat





ANWAR IBRAHIM bukannya mudah untuk diserang. Makin diserang rupanya makin kuat.. Belum pernah melihat Anwar tewas dan kalah dalam mana-mana medan perdebatan dan penghujahan. Jangan kita fikir melepaskan anjing-anjing upahan untuk menyalak di sana sini, kemudian kita mengatakan Anwar sudah tewas. Anwar tidak pernah kalah.

Waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, yang disifatkan sesatunya tokoh politik dan negarawan pintar akhirnya terpaksa mempergunakan seluruh instrument kerajaan terhadap seluruh batang tubuh manusia bernama Anwar pun kita kira beliau masih belum tewas. Cuma mahkamah menghukum Anwar. Itu pun ia tiada juga mematikan perjuangannya. Di sebalik tembok besi Anwar tiada pernah berhenti daripada meneruskan agenda perjuangan.

Meroboh rangkaian Anwar dan dasar keadilan Pakatan Rakyat, bukan maknanya beliau mulai lemah dan akan tewas. Melalak seperti Zahrain di Parlimen tiada menjejaskan pengaruhnya di mata dunia. Malah semakin Umno BN kuat dan tegar melalak menggunakan agen-agen upahan, saya rasa Anwar semakin bertambah di hati rakyat. Semakin UMNO BN perbanyakkan gugusan lakaran kisah dongeng keburukkan terhadap Anwar semakin bertambah-tambah simpati rakyat akan bangkit melonjaknya ke Putrajaya dan juga semakin terpanggil pandangan pemimpin luar negara kebijaksanaanya.

Anwar dengan lantang memperingati pemimpin PR bahawa wadah dan misi Pakatan Rakyat adalah memperjuangkan rakyat dan jauh sekali memperkayakan peribadi. Lumrah alam, setandan kelapa masih ada jua yang gomengnya (busuk). Terjual maruh dek hutang mencecah jutaan. Memperhuduh dan perburuk-burukkan keperibadian Anwar dengan harapan politik beliau agar mati terkubur di negara ini, merupakan satu tarian politik UMNO yang pastinya tiada akan menjadi. Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam maya politik Malaysia yang akan terus menghantui UMNO.

Selepas ini apabila pelalak-pelalak yang menjerit dan melalak mengikut rentak skrip UMNO akan kelesuan dan keletihan, apabila suara lalakan di Parlimen seperti Zahrain hari ini mulai tidak akan kedengaran lagi. Namun, pengaruh Anwar akan terus tegap bangkit di mana-mana. Akar umbi adalah milik politik Anwar, justeru itu ia sesekali tiadalah menghairankan sekiranya UMNO dapat meroboh rangkaian Anwar dan mempergunakan orang-orang seperti Zahrin sebagai umpanan yang masih laku untuk di jual dan menjerit-jerit macam disampuk jembalang di Parlimen.

Jiwa rakyat termasuk orang asal mula bangkit tidak pernah pudar dengan idealisma dan agenda Anwar. Anwar Ibrahim bak kata sebutir permata jika dibenamkan ke dasar lautan , Anwar juga akan jadi pepohanan rendang tempat perteduhan para musafir yang kehausan bila sesat di padang pasir yang luas terbentang, malah Anwar juga bak kata akan menjadi pulau yang tumbuh di tengah lautan buat tempat persinggahan para nelayan. Rakyat hanya batu loncatan dan digula-gula untuk berkuasa di samping merembat kekayaan negara.

Inilah individu, tokoh dan ikon politik besar yang akan bangkit merubah landskap politik negara menjelang pilihan raya ke -13 akan datang. Kewujudan Parti Perkauman Tidak Selaras Semangat (1M) Satu Malaysia gagasan Najib hanya retorik sedangkan UMNO BN hanya janji manis penuh dengan perkauman.

Pasti sekali lagi kejutan tsunami besar akan meroboh bahtera UMNO yang sekarang ini kelihatan terumbang-ambing di lautan dalam.

@PR Jemapoh/Juasseh@

Wednesday, March 17, 2010

AL-FATIHAH..PERGINYA HJ MD SOM MANAF@PAK NGAH...

Al-fatihah...kami dari Majlis Pakatan Rakyat Dun Juaseh mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Hj Md Som@pak ngah ke atas kembalinya beliau ke rahmatullah semalam pada jam 8pm...semoga rohnya dicucuri rahmat dan di letakkan bersama-sama orang-orang yg beriman....

dari meja mediaprjoseh...

Friday, March 12, 2010

Ds Anwar - Fitnah Semakin Hebat



Sumber: Malaysiakini

Catatan Zulkifli Sulong

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

9 MAC — Saya mula mengenali Zulkifli Noordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.

Ketika itu Zulkifli Noordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ,

Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.

Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum “Warkah Dari Penjara”. Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin ‘melampau’ atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, “Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau,” kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula ‘mamat’ ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR.”

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.” — harakahdaily.net

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Thursday, March 11, 2010

Oakland Seremban 2 Dan Seberang Jaya dibanjiri lautan penyokong PR

From Semboyan Halilintar Ke Putra Jaya




Ceramah umum dengan tema ' Semboyan Halilintar Ke Putrajaya' sempena ulangtahun ke 2 Tsunami Politik di Malaysia bertempat di Seremban2, Negeri Sembilan.

Penyokong2 Reformis dari Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh menuju ke tapak " Semboyan Halilintar Ke Putra Jaya" Seremban2 sekitar jam 7pm dan singgah solat maghrib di Surau Taman Levender Height.

Sebelum ucapan Dato' Seri Anwar, beberapa ikrar Lim Kit Siang, Mustaffa Ali dan pimpinan Pas, DAP sahabat setia kepada wadah perjuangan Pakatan Rakyat dalam ucapan dari mereka.

Turut hadir dalam program ini ialah Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin;
MPT PKR-Chq Badrul Hisham; Ketua Penerangan PKR, Lateefah Koya; Pesuruhjaya PAS NS, Zulkefli Mohamad Omar, Pengerusi PKR NS, Dato' Kamarul Bahrin Abbas; Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook;

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS NS, Zakaria Khalim; Timb Pesuruhjaya 2 PAS NS, Kateran Marman dan pemimpin2 PR NS pelbagai peringkat termasuk kesemua ADUN PR NS dan Ahli Parlimen NS.

Kehadiran menjangkau atau melebihi 10,000. Untuk kali ke berapa kami dah tak perasan DSAI dtg ke Negeri Sembilan ni...tapi kesimpulan yg dpt kami gambarkan adalah, malam tadi mncatatkan kehadiran yg amat-amat luar biasa!!!. Angka ini mengambarkan betapa pembohongnya lapuran dari Utusan Malaysia Makin kurang pendengar ceramah Anwar

Biarpun semakin kuat tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Bini Najib keatas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim khasnya, Semakin kuat sokongan yang diberikan oleh Rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini.

Biarpun beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR telah bertukar menjadi katak, sokongan Rakyat Kepada Pakatan Rakyat tetap tidak berubah.

Ini terbukti dengan kehadiran Rakyat yang besar jumlahnya dalam beberapa siri Ceramah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Bersama-sama ini juga di paparkan pemandangan "Lautan Manusia Di Seberang Jaya" sekitar kemuncak sambutan 2 tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang jaya pada 10 Mac 2010.. dengan kehadiran 10,000 lebih.

Kenapa kami berkata sedemikian adalah berdasarkan logik keadaan semasa politik PKR & DSAI itu sndiri setelah beberapa pimpinan MP yg melompat parti, gambaran suasana mlm tadi menunjukkan secara amat jelas bahawa rakyat Malaysia kini semakin bijak & tak bodoh seperti yg diharapkan UMNO dan BN..!!!

Yang pertama mlm tadi di seremban2, dapat dilihat dgn jelas bahawa ribuan anak2 muda baik Melayu Cina India yg bersama bukan saja hadir dlm ceramah malah hujan yg sangat-sangat lebat tidak menginginkan mereka untuk berganjak walau selangkah malah mereka anak muda terus maju kehadapan pentas untuk memberi keyakinan kepada DSAI & pimpinan bahawa anak2 muda takkan lari dan takkan gentar utk menentang umno & BN!!!!

Yang kedua SEMUA pimpinan akar umbi Pakatan Rakyat baik keadilan, PAS, DAP SELURUHNYA hadir mlm tadi utk menyaksikan gelombang ini berterusan sehingga PR mencapai kemenangan pada PRU yg ke-13 nnti...!!! Insyaallah...

Yang ketiga pula, belum pernah berlaku ceramah yg diadakan sebegini besar di negeri sembilan lebih2 lagi dihadiri oleh DSAI, dikawal dengan begitu baik oleh Pihak Polis & trafik dlm proses melicinkan keadaan (seolah olah program kerajaan negeri) serta rata2 anggota polis menunjukkan sokongan dengan sentiasa memberi kerjasama dan juga sentiasa melemparkan senyuman kepada semua penyokong dan pendokong parti Pakatan Rakyat ini. Berbeza sama sekali dengan keadaan ketika di Kelab Sultan Sulaiman di Kg baru baru2 ini apabila pihak polis mengasari dan memukul penyokong malah tidak langsung menghormati pimpinan besar Pakatan Rakyat...!!!

Dan yang keempat apabila DSAI dengan raut wajah yg serius dan penuh yakin menyatakan dengan sesungguhnya bahawa Pakatan Rakyat akan dapat merampas negeri sembilan dari tangan BN pada PRU -13 nnti dengan lampiran bahawa anak muda harus bekerja keras bersama dengan semua pimpinan PR serta mengambil sikap offensive (menyerang) bukan lagi utk diffensive (bertahan)..!!!

Tahniah dan Syabas akan kesungguhan Pengarah program dari YB CHA Adun Bukit Kepayang bersama-sama ajk, telah berjaya mengendalikan majlis terbesar ini dengan jayanya.
部落格主角

Insyaalah kami dari Kuala Pilah dan Dun Juasseh/Jemapoh kususnya akan berjanji malah kami juga telah menginfaqkan diri kami dlm perjuangan suci ini demi agama kami, rakyat kami dan bangsa kami dan utk kami berhenti dlm perjuangan adalah sesuatu yg mustahil.

Hanya Allah SWT sahaja yg bisa menghalang kami atas hikmah2 yg ditentukannya.
insyaallah...

@PR Jemapoh/Juasseh@

Monday, March 8, 2010

Ulang Tahun 2 tahun Pakatan Rakyat di cemar....





















KUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.

Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib Mahfuz berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atas pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana," katanya.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga penceramah ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

" Kongsi bersama berita ini "

@PR Juasseh/Jemapoh@

Semboyan Halilintar Ke Putrajaya


CERAMAH PERDANA ULANGTAHUN KEDUA KEMENANGAN PRU 12
Anjuran "Majlis Pakatan Rakyat N.Sembilan"
"SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA"

Tarikh : 9 MAC 2010/SELASA
Waktu : 8.30 MALAM
Bertempat: OAKLAND COMMERCE SQUARE, SEREMBAN 2
(BELAKANG HOSPITAL COLUMBIA)

PENCERAMAH UTAMA:

1) YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - PKR
2) YB LIM KIT SIANG - DAP
3) YBHG DATUK MUSTAFA ALI - PAS


Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun

- DS Anwar Ibrahim-

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT(daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Sunday, March 7, 2010

Makan Malam Bersama Pemimpin - PKR Cabang Kuala Pilah





Syabas dan Tahniah....

PKR Cabang Kuala Pilah telah menganjurkan Jamuan Makan Malam Rakyat bersama2 Pemimpin yang terdiri dari: 1)Naib Presiden PKR - Yb Azmin Ali 2) Naib Presiden PAS - Sallehuddin Ayob 3) Bendahari Agung PKR dan pimpinan MPR Negeri Sembilan.

Pengerusi Jamuan Makan Malam Saudara Aznam bersama Ajk pengelola telah berjaya mengendalikan program tersebut dengan semangat Pakatan dengan pencapaian yg cukup cemerlang.

Kehadiran para penyokong Pakatan memenuhi dewan sudah cukup mengambarkan sokongan yang semakin bersemangat walau pun kini PKR berhadapan dengan beberapa Ahli Parlimen yang termakan strategi tawaran dari Umno BN dengan mengistiharkan keluar parti.

Kelahiran PKR adalah gelombang rakyat yang ingin menjadikan negara ini diurus tadbir dengan keadilan dgn sopan dan berhemah. Wadah baru harapan rakyat tetap memegang kukuh dasar perjuangan. Pemimpin yang bermasalah dengan mengambil kesempatan setelah diberi mandat, akan terus dihukum seterusnya di tunjukan pintu keluar.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Misi , Visi & Objektif Yb Zulkifli Nordin Dulu , Kini Dan Selamanya




Oleh: professor

"Yang di tunggu – tunggu tiba jua , dan yang pasti nampaknya ia menjadi semakin rumit , kusut dan bercelaru. Tetapi itu lah sebenarnya yang dikehendaki oleh YB Zukifli Nordin dan Najib , UMNO & BN.

Mudah saja tugas dan tanggungjawab YB Zulkifli Nordin , sejak selesai PRU 12 08 Mac 2008 lalu. Tidak perlu lah di’flashback’ terlalu panjang sehingga ke tarikh 08 Mac 2008. Cuma lihat apa yang terjadi dalam 3,4 bulan terakhir ini. Kemudian baru lah secara perlahan – lahan cuba ingatkan apa yang telah terjadi dan berlaku , apa yang telah dibuat , apa yang telah dilakukan oleh YB Zulkifli Nordin ni.


Mungkin kesimpulan awal yang boleh dibuat , dan bagi mereka yang pernah mengikuti tazkirah , ceramah dan sesi penerangan YB Zulkifli Nordin ni di beberapa lokasi dan tempat , kata beliau apa yang diperjuangkan ialah islam. Jadi misi , visi dan objektif beliau dalam PKR ialah membawa motto islam.

Dan kalau diperhatikan sehingga terkini , beliau masih lagi menetapkan garis islam sebagai sebab beliau tidak meneruskan hadir diri dalam Jawatankuasa Disiplin Parti PKR , disebabkan oleh adanya ahli terdiri dari orang – orang bukan islam , kata beliau "Panel bukan islam tak boleh bicarakan saya"

Apakah misi , visi , objektif sebenar YB Zulkifli Nordin ?

MISI

Jadikan PKR bukan sebagai tempat penyatuan bangsa – bangsa utama Melayu , Cina dan India.

Sedangkan misi utama PKR seperti yang diilhamkan oleh DSAI ialah wadah penyatuan bangsa Malaysia. Disamping lain – lain tujuan , antaranya inilah platform terbaik untuk memecahkan BN , dimana di dalamnya terdapat 3 komponen utama , iaitu UMNO yang mewakili orang – orang Melayu dan Bumiputera , MCA yang mewakili bangsa Cina dan MIC yang memperjuangkan orang – orang India.

VISI

Jadikan PKR tidak sesuai utk orang – orang bukan islam , cina & india di semenanjung

Jadikan PKR tidak sesuai untuk orang – orang iban , kadazan , dusun kadazan , bajau , murut di sabah dan Sarawak

OBJEKTIF

Mewujudkan suasana dan keadaan ‘extreme’ dengan islam dalam PKR

Mewujudkan suasana dan keadaan tidak selesa kepada orang – orang Cina ,India , Iban , Dusun Kadazan , Bajau , Orang – orang Asli Jakun , dalam PKR

[ Besar kemungkinan pimpinan PKR sudah maklum dan ‘aware’ dengan ‘perjanjian sulit’ antara sdr yb zulkifli nordin dan najib ]

Flashback Penubuhan PKR

Mahathir tidak diberitahu , UMNO juga tidak tahu , apatah lagi BN tidak dimaklumkan , iaitu sejarah penubuhan awal PKR sebagai Parti KeADILan pada peringkat awalnya di Kemaman gagal dikesan oleh Cawangan Khas dan juga ‘Military Intelligent’.

Hasilnya lahirlah parti yang ada hari ini. Terima kasih kepada sdr Abdul Rahman Yusuf , Pengerusi PKR Terengganu [ sekrang ] yang berusaha gigih dan dari dulu hingga sekarang.

Perkara sudah terjadi , peristiwa sudah dilakar , kata derih jusoh “memahat sejarah , mencipta tamadun” mungkin boleh dipakai dalam hal ini.

UMNO akhirnya terpaksa berhadapan dengan musuh yang tahu ‘rahsia’ sebenarnya. Selama ini musuh – musuh UMNO hanya membuat andaian akan kekuatannya. Tetapi kini musuh – musuhnya seperti PAS & DAP berserta PKR sudah kenal di mana kudis , kurap , bisul dan segal macam kecacatan pada ‘punggung’ UMNO. Nak buat macam mana ?

Sehinggakan ada cerita yang terkeluar dan berlegar perkara – perkara kecil , di ‘coffee – coffe house’ bukan setakat di lembah kelang , malah di seluruh Negara , hingga ke warong – warong tepi jalan , kononnya Mahathir mengamuk sakan , dek kerana Pendatftar Pertubuhan meluluskan warna biru bendera PKR dan berserta logonya .

Sudah jelas kini PKR , musuh utama UMNO & BN , bukan PAS & DAP. Mungkin harga bagi pengundi – pengundi dan penyokong – penyokong bukannya RM300.00 SAHAJA , sepertimana harga bagi satu [ 1 ] undi bagi penundi PAS dalam satu2 pilihanraya , begitu juga harga bagi pengundi – pengudni Cina & India dlm PKR paling mahal berbanding dgn org2 cina dalm MCA atau orang2 india dalam MIC.

Sudah semestinya juga dengan harga pengundi – pengundi Melayu dalam PKR agak mahal berbanding dengan orang – orang Melayu dalam PAS. Lebih – lebih lagi lah harga bagi MP dan ADUN dari PKR, kini ianya terlalu mahal untuk dibayar. Bayangkan berapa harga yang akan dibayar untuk sdr yb zulkifli nordin ini ???

Politik orang – orang Melayu bukan seperti orang – oang Cina , yang banyak memperjuangkan soal – soal Ekonomi dan Pendidikan terutamanya. Tidak lah diketahui , hasil dari tindak tanduk sdr yb zulkifli nordin ini , samada orang - orang Cina , India , Murut , Dusun Kadazan , Malanau , Iban , Bajau dan lain – lain masih rasa selamat berada dalam parti baru PKR ini ?

Akhirnya , samada perjuangan sdr yb zulkifli nordin untuk menjadikan PKR sebagai sebuah platform yang tidak sesuai untuk orang – orang Cina dan India khususnya , atau tidak banyak bergantung kepada kekuatan DSAI dan kepimpinan.

Nota

Dapat dilihat kesan langsung selepas 12 tahun penubuhan PKR ialah , PAS telah mewujudkan NGO seperti Kelab Penyokong PAS , begitu juga DAP sudah mula membuka secara aktif cawangan – cawangan yang diketuai oleh orang – orang Melayu. Cuma UMNO , MCA & MIC masih belum berani membuka keahlian kepada pelbagai kaum. Mungkin saranan Najib untuk membuka keahlian BN [ bukan UMNO , MCA & MIC ] kepada NGO , dan lain – lain kumpulan penyokong adalah sebagai natijahnya.

Ada kewajarannya parti memecat beliau. Sama - sama kita lihat UMNO akan memaksimakan penggunaanya sehingga PRU 13. Selamat tinggal sdr yb zulkifli nordin

"
@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, March 6, 2010

Lembaga Displin PKR mula bertindak....Pecat Zulkifli


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulkifli dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulkifli mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulkiflil Bukan Soal Pendirian Kalimah Allah (klik) dan tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. Zulkifli cuba mengalih perhatian dari isu yang sebenar.

Zulkifli sering kali tersasar tindakan dalam menghayati semangat berpasukan dan persetujuan semangat Konvensyen Pakatan Rakyat.

Parti Keadilan Rakyat mengambil tindakan tegas keatas mana-mana ahlinya yang melanggar displin.

Majlis Pimpinan Pusat sebulat suara melucut keanggotaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin.

Beliau diambil tindakan diatas laporan polis yang difailkan beliau terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan kandungan wawancara di televisyen yang melanggar Perkara 27 Perlembagaan Parti.

Perlucutan ini berkuatkuasa Isnin depan.

Tuesday, March 2, 2010

Rancangan Umno Yang Hampir Berhasil

SHAH ALAM 2 MAC:

Perbuatan membeli Ahli Parlimen yang galak dilakukan Barisan Nasional (BN) semata-mata bagi memperoleh mandat dua pertiga dalam Parlimen bukan sahaja tidak bermoral bahkan bertentangan dengan semangat demokrasi.

Pujukan dengan menyogok wang ringgit menunjukkan Umno BN terdesak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang melalui proses gerrymandering atau memanipulasi komposisi pengundi di sesebuah setempat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang pernah mengalami pengalaman itu tapi teguh dalam perjuangan menyifatkan perbuatan Umno Bn itu, mengancam keutuhan demokrasi berparlimen.

Malaysia Today hari ini mendedahkan proses membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat didalangi Hamdan, sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hamdan dikatakan bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas dan Penyiasat Tentera.

Blog itu mendakwa Hamdan telah dianugerah Kudat IPP bagi membiayai proses pembelian pemimpin Parti Keadilan rakyat.

"Ini adalah satu tindakan yang cukup berbahaya. Kita ada sistem demokrasi, jadi kita kena pulangkan kepada rakyat. BN mempermainkan rakyat dengan mempergunakan teknik membeli ahli parlimen.

"Motifnya cuma satu. Untuk supaya cukup majoriti dua pertiga dan ubah persempadanan pilihan raya. Tujuan untuk apa? Untuk menang pilihan raya," kata Azan kepada TV Selangor.

Azan juga menganggap situasi itu meletakkan rakyat sebagai mangsa percaturan politik Umno BN yang rakus untuk mengekal kuasa yang semakin menjauh.

"Amat malanglah kepada rakyat negara malaysia kalau institusi legislatif, legislator, pembuat dasar dalam parlimen dibenarkan memasuki unsur yang sangat tidak bermoral dengan wang," katanya.

"Kita ini kalau nak berkuasa dalam negara kita kena pulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah namanya demokrasi," kata beliau.

Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

Why the two-thirds is crucial
Raja Petra Kamarudin

http://en.wikipedia.org/wiki/Gerrymandering.

@PR Juasseh/Jemapoh@