Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, September 30, 2008

Redha cabaran di hari Lembaran Idil Fiftri

Dalam kesibukan persiapan hari terakhir menjelangnya hari lembaran, sahabat kita Tok Teh telah di timpa kemalangan jalan raya sewaktu ke Kuala Pilah berhadapan lampu isyarat Majid Jamek. Kereta beliau di himpit dan di seret oleh sebuah lori. Khabarnya lori yg salah lorong, tergesa2 menghimpit kereta Tok Teh yg memandu di sebelah kanan apabila lampu isyarat lorong lori tersebut bertukar merah. Tok Teh telah membuat report polis dan akan menghantar kereta tersebut ke bengkel dalam beberapa hari lagi. Agak teruk juga kerosakan yg di alami. Mujurlah tiada kecederaan teruk . Raya ke 2 tahun lepas pula, kereta bro Luv pun mengalami kemalangan berhadapan Masjid Lama Jemapoh.. Waktu itu hujan renyai2 dan dengan tiba2 kereta di hadapan brek dgn mengejut. Jalan Raya pulak cukup sibuk dengan anak2 muda bermotor memotong setiap kiri dan kanan laluan. Kepada Tok Teh, kami cukup simpati akan kejadian ini dan kepada sahabat2 yg lain berhati2 ketika memandu. Maklum kadar kemalangan yg tertinggi di catatkan di dunia ialah Malaysia. Kalau ingin berkunjungan kerumah keluarga dan sahabat handai, naiklah motor atau pinjamlah kereta menantu buat sementara ini. Dan sahabat2 yg berlebih2 kereta pula, di cadangkan kasi Tok Teh pakai dulu. Pagi ini, diMasjid Jemapoh, Kutbah oleh Imam Mahyuddin, banyak menyentuh keperbadian dan pengertian hakikat Islam yg di tuntut. Ramai di antara pemimpin mendabik dada dgn megah mengaku mendirikan Masjid yg cukup besar dan mewah tetapi kosong dgn pengisian. Lebih leka dgn pujian dan alpa dgn kuasa. Barang siapa yg cuba menegur akan tersasarnya pertadbiran dan erti pejuangan Islam, akan di hukum sebagai penganas. Musnahnya banyak negara islam waktu ini, kerana mengkiblatkan dunia tanpa ada keseimbangan akhirat. Hinanya pemimpin Islam, kerana kepayahan mencari dan menyelidik hakikat Islam. Semoga roh perjuangan islam masih lagi bernadi di bumi Malaysia ini. Insyaallah.

Esok Ghayo Ko ????



Cahaya Syawal akan bersinar esok hari. Insyaallah. 10 tahun syawal sebelum ini, dugaan tuhan atas ujian perjuangan kearah reformasi cukup memeritkan bagi sebahagian kita. Tapi ada pula di antaranya berpendapat, Ujian dan dugaan tuhan adalah satu doa agar ianya sentiasa hidup, kerana ianya satu nikmat mendidik diri kearah tuju hidup dan sentiasa kearah memperbetulkan jiwa yg kadang kala tersasar sebagai insan. Hamka pernah menulis. Allah jadikan manusia untuk sentiasa di uji. Bersifat baru bererti kita sentiasa melakukan khilaf, pengertian reformasi kearah kesempurnaan menuntut addinnya Islam. Walau pun kemerdekaan negara usha Pakatan Rakyat mungkin di tangguh Allah, keberangkalian Allah masih lagi memberi ruang bagi kita untuk memantapkan jiwa2 yg masih berperang dengan prangsaka. Kekotoran dengan salah laku maksud reformasi yg sebenar, perlu di bersihkan dengan mengkaji merujuk maksud surah2 ALLAH. Ramai di antara kita jiwa2 yg masih kosong tetapi terlalu bising bagaikan tin2 kosong yg berlaga dan tercari2 reformasi seperti mencari2 maksud dan erti sebenar Islam itu. Para cendiakawan memaklumkan: kitab2 Allah pernah di bakar oleh musuh2 Islam, dan kalau kiranya di sambung, panjangnya boleh merentas sungai Tigris. Di seru ahli2 bijaksana. Ilmu itu bukan sahaja di panjangkan didalam Masjid maupun di dlm Class, malah erti dahwah itu luas saujana mata memandang. Syawal bulan kemenangan dan simbolik bagi para reformis2 yg akan sentiasa mengejar dan berperang erti kemenangan kemerdekaan yg sebenar. Kesempatan ini juga Kami dari PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH mengucapkan Salam lembaran Idil Fitri. Mohon Maaf salah laku Jorneh tak belunau putih tak bekotoan. Koroh di ati nan lampau, Boghosih di timpo bona. Bak boluka mudo. Darah bolom stampok pinang umor bolom stahun jagung.

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA DARI PR DUN JUASSEH


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA PERJUANGAN KITA DI RESTUI ALLAH SWT
DARIPADA:
WARGA PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH
KUALA PILAH NS

Saturday, September 27, 2008

Buka Puasa 20/9/08


Persediaan buka di waktu petang.....santai selepas ponek mengomeh pejbat PR....






Sahabat Pejuang sekalian...minta maaf lambat update cito buko poso...ni ha update nye...



Alhamdulillah....ramai jugak yg hadir pado mlm buka poso tu....muslimat pun ado yo...tahniah kepada semua yang membantu dari segi tenago...kewangan..keperluan...dll....lopeh ni kito buek majlis hari rayo pulakk....kita buek secaro bosa-bosaran....terima kasih jugak kepada pihak bahagian KP....En. Nordin, Hj yaakop, pak mat, nizam, Hazman SU..Hj Roslan Gontam, dan yg lain2...kepado semua pejuang2 di DUN JOSEH...you are great man....adios...

Thursday, September 25, 2008

Berbuka Puasa dan Taklimat oleh Cg Bad


Petang ini selepas sahaja berbuka puasa, seterusnya selepas sunat terawih, para penyokong reformis akan berada di Pejabat PKR Bahagian Parlimen untuk berkongsi dan mendengar taklimat beberapa isu2 semasa. Taklimat tersebut akan di sampaikan oleh MPT merangkap Ketua Bahagian PKR Parlimen Rembau Saudara BADRUL HISHAM. Buat masa ini rombongan beliau bersama pengawai penyelaras Saudara AZIZI AZIZ dari Bahagian Rembau telah sampai. Oleh itu, Sama2 lah kita ke Kuala Pilah untuk mengetahui dengan lebih terperinci terutama plan dan strategi peralihan kuasa yg sedang rancak berjalan. Berita yg telah kami dengar, bahawa DSAI melalui pegawai2 khas sudah menghantar wakil2 perundingan dengan pegawai2 Abdullah. Seketika ini rakyat terlalu mengharap agar DSAI di nobatkan menjadi Ketua Negara untuk membetulkan pentadbiran negara yg hampir ranap dan menyusun semula sistem negara yg tempang di samping menaikan semula imej negara. Rakyat. Maksud semuanya, samada anggota kerajaan. swasta, koparat, semua parti siasah, melihat ketua negara waktu ini semakin malap dan dlm 51 tahun negara berada di bawah UMNO, negara ini semakin tempang. Rakyat yg peka akan keinginan perubahan ini, meletakan dan mengitirafkan DSAI sebagai BAPA PERPADUAN. Dengan izin ALLAH ujian ini akan memberi kekuatan dan cahaya kemenangan. Insyallah...

Wednesday, September 24, 2008

Sumpah Laknat Di Timpa BALA ????


Gempar: Sumpah Laknat, Bala Sudah Datang. Saiful Di Timpa Penyakit Kelamin !!
Apakah "bala" Allah sudah datang. Gara-gara "sumpah laknat" kini satu lagi maklumat terbaru diterima perihal Saiful Bukhari Azlan. Berita yang lebih memeranjatkan serta menggemparkan !!. Khabarnya kini, Saiful benar-benar berhadapan dengan masalah "besar" gara-gara terperangkap dalam "fitnah liwat" yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim. Sesungguhnya inilah agaknya bala yang dinantikan oleh beliau dulu. Dalam akuan "sumpah laknat" beliau sehari sebelum hari pencalonan Anwar, beliau ada mengatakan bahawa beliau sanggup seluruh keturunannya ditimpa bala sekiranya beliau berkata tidak benar perihal kes liwat itu. Namun kini, segalanya bagaikan "terjadi" kepada Si Saiful.Maklumat terkini diterima mengatakan beliau kini menderita penyakit kelamin atau lebih spesifik lagi "kemaluannya bernanah" dan beliau tidak dapat "membuang air kecil" seperti dulu lagi. Khabarnya akibat sengsara dengan masalah tersebut, Saiful telah dibawa oleh salah seorang saudara maranya untuk menjalani perubatan tradisonal dengan seorang "dukun" di Sg.Petani, Kedah. Mungkin saudaranya sendiri terkejut dengan apa yang terjadi kepada Saiful.
Jika benar maklumat terbaru ini, maka inilah dia bala yang menimpa Saiful akibat sikapnya yang terlalu berani melakukan "sumpah laknat" terhadap dirinya berhubung dengan perkara yang belum tentu hujung pangkalnya. Akibatnya beliau kini terpaksa merana dan sengsara dengan perbuatan yang beliau lakukan. Terdapat suara-suara yang sudah mula menyuruh agar Saiful memohon ampun dan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun bukan Saiful yang tidak mahu, tetapi beliau kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Atas alasan dikhuatiri dirinya dianiaya oleh sesiapa. Namun, hakikatnya yang terjadi ialah kawalan ketat terhadap diri Saiful itu ada hubung kait dengan ketakutan "pihak-pihak berkenaan" sekiranya Saiful membuat akuan sumpah pula bahawa dirinya dianiaya dan beliau dipaksa membuat cerita karut itu.Inilah sebenarnya yang menjadi masalah buat dirinya. Maka akhirnya terpaksalah beliau menanggung derita berkenaan. Sudah puasa mereka membawa Saiful untuk berubat, namun segalanya hampa belaka. Persoalannya disini, apakah Saiful sanggup untuk keluar dari persembunyian dan kemudiannya meminta ampun serta memohon maaf dari Anwar atas segala yang terjadi ini. Kita merasa amat simpati dengan nasib beliau kini. Sekiranya beliau tidak diselematkan segera dari penyakitnya, kita juga khuatir bala yang lebih besar akan menimpanya. Ini pasti akan lebih menggemparkan dan pasti menyebabkan "si pulan bin si pulan" semakin "kepanasan" kini. Inilah akibatnya bila merancang untuk melakukan agenda jahat, sudah pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan sekelip mata sahaja. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buat Saiful, insaflah dan berusahalah untuk mencari jalan berjumpa dan memohon ampun kepada Anwar dengan segera. Jika tidak nyawa beliau juga akan turut terancam dengan bala yang menimpa dirinya itu.[Pihak kami masih lagi menantikan laporan terkini dari ahli keluarga Saiful tentang perkembangan terkini perkara ini. Kita harus ingat dan sedar bahawa bukan semua ahli keluarga dan saudara mara Saiful yang bersetuju dengan kedurjanaan yang beliau lakukan ini. Tunggulah balasan yang lebih dasyat bakal menimpa keluarga dan keturunannya pula jika beliau tidak mahu memohon ampun dan maaf kepada Anwar atas segala yang terjadi. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang melakukan dosa. Amin]

Siapa Yg Di Terima Rakyat Antara Anwar / Abdullah



Sensasi: Siapa Lebih Gila, Anwar Yang Semakin Di Terima Oleh Rakyat Atau Pak Lah?
Susulan daripada kegagalan Pakatan Rakyat menumbuhkan kerajaan seperti yang dijanjikan telah menyebabkan ramai pihak terutamanya dikalangan penyokong kerajaan "bertepuk tangan" dan memperli penyokong pembangkang. Ini berlaku dimana-mana sekarang. Masing-masing mencemuh dengan mengatakan "Anwar Gila", "Anwar Pembohong", "Anwar Gila Meroyan" dan berbagai lagi. Bermula dengan tarikh 16 September kemudian bertukar kepada 20 September dan terkini tarikh keramat itu sekali lagi diubah kepada 1 Oktober. Bahkan ada sesetengah pihak yang malu untuk menjawab ketika ditanya persoalan ini.

Soalnya, apakah benar Anwar cuba "menipu rakyat" atau "rakyat tertipu", atau mungkin juga satu strategi politik Anwar untuk melakukan perubahan secara beransur-ansur. Kita harus faham bahawa mengapakah tarikh-tarikh yang dicanangkan itu gagal?. Ini kerana pihak kerajaan telah melakukan berbagai "helah" dan "alasan" untuk menggagalkan perkara ini. Kita harus menerima hakikat bahawa "Manusia hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang bakal menentukan". Maka itu tidak timbul soal penipuan dalam hal ini. Mana mungkin isu tuakr kerajaan dianggap sebagai "omongan kosong" semata-mata. Bak kata orang tua-tua, jika "bertepuk sebelah tangan, ia takkan berbunyi". Inilah hakikat sebenarnya dalam hal ini. Apa yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan itu. Mungkin jika 16 September menjadi kenyataan, akan timbul berbagai masalah dan huru-hara gara-gara sikap tidak puasa hati puak-puak tertentu. Mungkin juga satu petanda bahawa perubahan kian hampir. Soal bila masanya, hanya keadaan yang bakal menentukan.
Samalah juga dengan kerajaan Barisan Nasional, mereka merancang berbagai projek untuk pembangunan tapi ada kalanya ia tidak dilaksanakan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, banyak projek yang dijanjikan akhirnya dibatalkan gara-gara negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.
Banyak lagi projek-projek lain yang turut terlibat dalam hal ini. Justeru itu, masalah teknikal pasti berlaku jika ia menghadapi kesukaran. Inikan pula dalam soal perubahan sesebuah kerajaan. Cuma masa yang dijanjikan iaitu 16 September adalah sebagai batu asas untuk perubahan sebenarnya. Soal bila ia akan terlaksana, bergantung kepada keadaan semasa. Perubahan boleh berlaku bila-bila !!. Apakah wajar Anwar dikatakan "Gila" hanya sekadar gagal melaksanakan segala agenda perubahan yang dimaksudkan pada tarikh yang dijanjikan. Orang gila sudah pasti akan ditolak oleh rakyat. Tapi Anwar menang dengan majoriti yang besar di Permatang Pauh.

Apakah beliau gila?. Orang gila pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari semua kaum. Namun ini berlaku, Anwar dikatakan "Bapa Perpaduan" yang telah berjaya menyatupadukan antara sesama kaum di Malaysia ini agar duduk dibawah satu bumbung. Jika dulu orang Cina dalam DAP tidak boleh menerima Idealogi Islam PAS. Kini sebaliknya berlaku, bukan sahaja masyarakat kaum Cina boleh menerima parti Islam itu. Malahan juga bagi masyarakat kaum India di negara ini. Apakah Anwar gila?. Maka itu apakah beliau gila bila 16 September gagal, sedangkan rakyat semua tahu kerajaan membawa lari beberapa orang Ahli Parlimen mereka ke Taiwan baru-baru ini?. Bukankah itu semua adalah masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan. Jika Anwar gila menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat, mengapakah Pak Lah tidak berani menyahut cabaran agar diadakan Sidang Khas Parlimen untuk berdebat "usul undi tak percaya" kepada Perdana Menteri. Jika Anwar gila, mengapa mereka semua "takut" dan "kecut perut" bila pemimpin Pakatan Rakyat ingin adakan perundingan untuk berbincang hal ini. Sidang Khas Parlimen bukanlah kerja "gila", sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan. Maka itu jika Pak Lah yakin beliau tidak gila dan mendapat sokongan padu daripada ahli parlimen BN dan rakyat, belaiu harus berani dan bertanggungjawab untuk adakan sidang khas itu. Mengapa beliau takut?

Ini semua perlu dijawab oleh penyokong UMNO dan BN yang begitu seronok melihat situasi semasa sekarang ini. Kata orang "Biarlah Anwar gila tetapi beliau diterima dan disokong oleh segenap lapisan rakyat berbilang kaum di negara ini". Biarlah Pak Lah, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO tidak gila sekalipun, namun kelibat mereka kini amat dibenci dan dikutuk oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab "orang gila" seperti Anwar untuk melakukan perubahan dan mengambil alih tampuk kerajaan demi masa depan generasi akan datang. Gila kita, adalah untuk perubahan dan membawa dimensi baru dalam sistem pentadbiran. Namun gila mereka lebih dasyat kerana mereka "gila kuasa" dan masih mahu pertahankan biarpun sudah ditolak olah rakyat secara keseluruhannya. Pak Lah lebih gila kerana beliau bukan sahaja ditolak oleh pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO, penyokong pembangkang malahan juga ahli UMNO sendiri !!

[Semoga selepas ini, ramai dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional akan "Gila" melihat perubahan yang bakal terlaksana di bumi Malaysia tercinta ini. Jika bukan sekarang, esok lusa tulat dan pada masa-masa yang akan datang. Biarkan mereka tidur tak lena dan fobia dengan tarikh-tarikh keramat yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ini nanti].

Pakatan Rakyat Akan Menghantar Surat Ke Agung


24 September 2008

Peralihan Kuasa: Anwar Semakin Yakin, Pakatan Rakyat Akan Hantar Surat Kepada Agong !!
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.
"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai. Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan. Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggotaanggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat."Saya ada bilangan majoriti. "Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,"katanya. mStar Online
[Biarpun dianggap gila perihal peralihan kuasa, namun Anwar masih tetap yakin dengan perubahan yang bakal berlaku. Majoriti ahli parlimen BN yang diperlukan kini sudah cukup. Hanya masa sahaja yang akan menentukan bilakah kerajaan baru bakal ditubuhkan].

Ke Arah Pembentukan Kerajaan Yg Adil Dan Beradab



PR:Tetap bentuk kerajaan dalam masa terdekat Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 19:43:52 MYT oleh greenboc Oleh pokweil"Selepas dua permintaan untuk berjumpa Perdana Menteri dan menggesa diadakan sidang tergampar Parlimen, Pakatan Rakyat tetap 'on track' untuk menubuhkan kerajaan. Dalam apa keadaan pun Umno dan Barisan Nasional yang sedang berpecah teruk, tetap akan ditumbangkan juga.Ikuti pandangan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, yang merupakan antara individu terlibat dalam usaha membentuk kerajaan Pakatan Rakyat peringkat persekutuan.
Sebagai Ahli MPT KeADILan, Johari berpengalaman luas dalam politik. Beliau meninggalkan Umno sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.
Pernah bergiat dalam Yayasan Gerak Bakti, Pergerakan Pemuda Umno dan pernah membantu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga adalah antara Pengarah Biro Tatanegara.
Wartawan Harakah MOHD RASHIDI HASSAN, SAADON AKASH, IRWAN MUHAMMAD ZAIN dan jurufoto MOHD NASIR SUDIN menemuramah beliau di Harakah pada 23 September 2008, untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pembentukan kerajaan baru itu.
HARAKAH: Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?
JOHARI ABDUL(Gambar bawah): Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16 September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.
Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.
Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.
16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.
Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.
Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.
Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.
Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.
Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.
Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.
Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.
Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?
Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.
Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?
Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.
Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?
Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.
Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.
Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.
Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.
Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?
Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.
Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.
Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?
Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.
Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.
Tetapi adakah mereka ini akan ditawarkan jawatan sebagai menteri?
Yang itu sudah pasti. Kita nak berlaku adil. Cuma apa jawatannya terpulang kepada pucuk pimpinan. Tapi yang penting, impian kita nak jadikan Malaysia yang baru. Tak ada lagi yang murung. Perniagaan boleh berjalan lancar. Ekonomi stabil. Kita boleh hantar orang untuk meninjau pelaburan di luar.
Pakatan Rakyat mempunyai 15 perkara utama atau 15 perkara yang diselesaikan sebaik sahaja ambil alih kuasa.
Macam bebaskan tahanan ISA. Nak hapuskan ISA kita kena lalui parlimen tapi kita akan buat juga tapi yang penting kita bebaskan dulu yang ditahan dah enam atau tujuh tahun.
Ada dakwaan bahawa andainya Pakatan Rakyat memerintah maka hak orang Melayu akan terpinggir?
Itu cuma perang saraf mereka. Di antara yang akan kita pertahankan adalah perlembagaan negara. Kedudukan raja Melayu kita akan pertahankan. Perkara 153, hak orang Melayu akan kita pertahankan dan juga kedudukan Bahasa Melayu.
Tapi disebabkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih kepada kita mereka rasa takut dan buat propanganda macam itu. Kita lihat di Perak, Dato' Seri Nizar jadi Menteri Besar.
Berapa banyak kerusi PAS? Kurang dari KeADILan tetapi adakah hak orang Melayu dah tergadai? Dan Nizar masih berjaya sebagai Menteri Besar.
Cuma propanganda BN membuatkan kita dilihat terlalu melebihi orang bukan Melayu. Sokongan dari bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan bermaksud kita jual Melayu. Ini adalah propaganda BN semata-mata.
Adakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat?
Perkara itu memang dipersetujui oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Malah DAP pada tahun 2006 telah tukar perlembagaan parti mereka iaitu mereka pegang prinsip-prinsip perlembagaan iaitu hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahakan.
Malah mereka terima Islam sebagai agama rasmi. Sebab itu Karpal Singh sama Utusan sebab dia tak cakap pasal Islam itu.
Selepas permintaan mengadakan sidang tergempar parlimen tak dilayan, apa langkah seterusnya?
Kita ada beberapa langkah yang telah disusun. Cuma tunggu dan lihat. Yang penting kita jalankan kerja untuk mecapai apa yang kita rancangkan.
Kita dah minta dua perkara yang besar, adakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan juga sidang tergempar parlimen. Kita dah ikut prosedur, jangan pula kata kita biadap. Yang tak nak cuma mereka bukan kita.
Pakatan Rakyat sekarang telah meletakkan tarikh baru iaitu 1 Oktober. Apakah ini tarikh terakhir atau ianya cuma untuk mengerunkan BN?
Mungkin lebih awal dari itu. Tengok keadaannya. Yang penting kita dah susun rapi apa yang patut kita buat. Langkah kita seterusnya memastikan apa yang dirancang berjaya.
Yang kita nak mereka tak nak ikut jadi kalau kita buat apa yang kita nak buat jangan pertikaikan. Kita ada cara yang tak perlu sampai tulis surat tapi kita tak nak macam itu kerana kita tak nak bercelaru. Bukan hanya parti bercelaru tetapi rakyat yang bercelaru.
Apakah tidak terdapat usaha-usaha dari BN untuk mengagalkan rancangan ini dengan cara menawarkan jawatan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat atau membeli mereka?
Tak ada pun usaha dari BN untuk gagalkan usaha ini. Kalau nak kata mereka nak beli kita, saya sendiri ahli parlimen tak pernah pun terima panggilan ajak masuk BN. Bawa pergi Taiwan, untuk apa? Nak larikan daripada 16 September? Kalau tak dapat 16, kita boleh pindah ke 17 atau 18.
Tapi bila kita hantar wakil kita ke Taiwan, mereka lari malam. Dipaksa balik. Semua ini apa? BN sudah tak ada kekuatan untuk bertahan. Dia buat apa pun mereka tahu mereka dah tak kuat.
Sebab itu tak ada usaha dari mereka untuk membeli atau menawarkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sertai mereka kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.
Perpaduan Pakatan Rakyat sekarang bagaimana?
Perpaduan adalam Pakatan Rakyat kukuh. Kalau sebelum ini terdengar dalam PAS ada yang tak puas hati tetapi bila keputusan muktamar agar kukuhkan Pakatan Rakyat, perkara itu sudah tak timbul lagi. Saya tak tahu masalah dalaman PAS tetapi saya rasa sudah tidak timbul masalah.
Hubungan kita semakin rapat. Kita dah bersama bukan tahun ini saja tetapi sejak 1999. Ada yang sebelum ini tak jadi wakil rakyat sekarang sudah jadi wakil rakyat. Macam saya lah. Kita dah berkawan lama, tak ada masalah yang timbul.
Apa harapan saudara dalam usaha membentuk kerajaan baru ini?
Saya mempunyai impian untuk melihat Malaysia ini berubah lanskap politiknya. Pentadbiran yang lebih telus dan kekayaan dapat dikongsi bersama oleh semua rakyat.
Jadi saya harap ianya akan menjadi kenyataan dan semoga rakyat terus bersabar dan berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan."

Sunday, September 21, 2008

Syahdunya Perjuangan Ini.


Semalam... Majlis berbuka puasa telah di adakan di Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh. Sebelumnya 3pm, pejabat telah disusun dan di bersihkan secara gotong royong di ketuai oleh Bro. Fuazi dan Tok Ketua bg Mat ( Bekas Pengerusi JKKK/Ketua Cawangan Jemapoh). Helmi Event yg bertindak sebagai pegawai Logistik telah menyediakan khemah tetamu manakala Tn Hj Rosli bertindak sebagai Penyelaras. Seperti biasa pemuda shidee dan Mizan di amanahkan sebagai penghubung dengan memaklumkan kepada semua keahlian termasuk teman2 dari Parlimen Kuala Pilah dan sahabat2 dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perbelajaan untuk jamuan berbuka puasa telah di sumbangkan oleh para sahabat. Ini telah menjadi seperti satu tradisi Dun Juasseh, apa jua program yg hendak di laksanakan, maka secara mencurah2 sumbangan yg di terima. Dun Juasseh telah menjadikan tabiat ini satu tanggung jawab bersama apatah lagi dalam galur perjuangan, perlu ada kesefakatan dan pengorbanan. Ketua PKR bahagian KP En Nordin bersama ajk turut hadir dan teman2 dari setiap UPU Dun Juasseh. Solat Maghrib dan Isyak di imamkan oleh Ust Mahyudin manakala Sunat Terawih oleh Tuan Imam Pak Mat. Terasa sangat syahdunya terawih kali ini, selain untuk menyemarak lagi Pejabat ini, bacaan setiap baris surah oleh Pak Mat dgn lenggok keinsafan tetapi semakin terisi semangat darah juang yg tidak mungkin putus. Kesayuan ini mungkin majlis keagamaan ini di adakan di Pejabat hasil dari sumbangan para reformis2 sebelum ini. Syahdunya bacaan Pakmat seolah2 kami di resapi darah kemenangan titik perjuangan walau pun belum pasti. Nikmatnya perjuangan ini walau pun kami sering di kecam hina oleh para sahabat yg masih belum dapat menikmati perjuangan ini. Terasa sangat terlalu kecilnya sumbangan kami dlm perjuangan ini berbanding tokoh2 besar yg tiada putus2 mengharungi dugaan. Sewaktu kami selesai solat sambil menikmati bubur kacang, En Nordin telah memberi taklimat dan soal jawab isu2 semasa terutama plan perubahan kerajaan. Apa yg pasti, pemimpin PR telah menyusun beberapa plan tindakan peralihan ini walau pun rasiko yg bakal mereka hadapi cukup besar termasuk kemungkinan di tahan ISA. Keperitan dan pelbagai dugaan sudah cukup sebati mengalir di setiap nadi mereka. Apakah kita sudah bersedia ? Di takdirkan Allah memberi kemenangan se awal mungkin, apakah setiap diri kita sudah membuat persiapan dari segi metal, struktur pentadbiran, hubungan yg murni dgn orang BN. Dapatkah antara kita menyisihkan nafsu amarah yg cukup merbahaya di simpan dlm jiwa kita. Sudah siapkah rangkain kerja parti yg selalu tertangguh. Rajin dan kerapkah kita memberi khidmat masyarakat sebelum ini. Semuanya harus di fikirkan dan perlu di laksanakan dgn pantas tetapi tertib. Kuatkah perinsip anak2 muda dgn ilmu pahlawan. Cukupkah Tarbiah mereka dlm erti politik siasah dan adab berpesatuan ? Bersedialah......!!!!

Saturday, September 20, 2008

16 Sept Telah Berlalu, Tapi Belum Berakhir!!!!!!!



TARIKH yg penoh kontoversi dan dinanti2kan 16 Sept. sudah pun berlalu. Ternyata pada tarikh tersebut tidak ada perubahan kerajaan secara rasmi. BN masih lagi memegang teraju negara dan Datuk Abdullah Badawi kekal sebagai Perdana Menteri. Kegagalan itu sedikit sebanyak menyebabkan rakyat yg tidak memahami perlembagaan negara terasa seperti di permainkan dan di olok2kan. Rakyat yg tidak mengikuti dan meneliti secara ilmiah, masih tertanya2 dan kabur setiap perincian ucapan DSAI bersama2 pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini. Yg pastinya para pemimpin UMNO menarik nafas lega dan mengambil kesempatan mendakwa semuanya ini adalah satu pembohongan dan mempertawakan individu yg mengilhamkan gimik berkenaan. Anwar Ibrahim. Bagi yg tidak bersetuju dgn Anwar telah menyifatkan kegagalan tersebut sebagai berakhirnya satu gimik yg terhebat tahun ini. Sebenarnya sesiapa pun yg arif akan sepak terajang dan lenggang lenggok politik tidak pula melihat 16 Sept ini sebagai hari perubahan semudah yg di jangkakan. Perubahan kerajaan dgn rasmi (Formal) tidak mungkin berlaku segampang dan sedrastik seperti andaian kebanyakan yg tidak ada ilmu perlembagaan. Umum menyedari tidak ada persidangan Dewan Rakyat pada 16 sept sedangkan setiap perubahan terhadap sesebuah kerajaan seumpama itu tidak bolek di lakukan di luar dewan. Justeru bagi ahli politik, para strategis serta mereka yg celik politik menumpukan sistem dan peraturan perubahan kerajaan ini di susun mengikut perundangan perlembagaan disamping tidak membelakangkan dan menghormati kuasa Agong. Lantaran, sesungguhnya hari 16 sept adalah hari permulaan pengumpulan sebahagian Ahli2 Parlimen BN yh te;ah memberi satu komintmen yg tinggi untuk bersama2 menyertai kerajaan baru di bawah pertadbiran Kerajaan Tajaan PAKATAN RAKYAT. 16 sept juga hari perasmian atau pemasangan niat dan tekad untuk menukar kerajaan. Pun begitu penantian itu (16 sept) ternyata cukup meresahkan orang ramai. Selama menunggu tarikh keramat berkenaan semua manusia di kocakan dgn pelbagai getar, resah, cemas suka, gelisah dan sebagainya. Kegelabahan BN melarikan 49 Ahli Parlimen ke taiwan, dan keengganan Abdullah Bedawi sendiri bertemu Pemimpin PR walau surat pun secara rasmi telah pun di hantar. Terkini ketakutan untuk membuat sidang tergempar dewan atas desakan DSAI bagi membuktikan dakwaan Abdullah akan pembohongan DSAI kononnya Pakatan Rakyat sudah melepasi kuasa majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan. Ketahuilah bahawa Negara kini umpama sebuah rumah yg hampir reput dan akan roboh menakala penghuninya akan ditimpa dgn pelbagai derita. Rumah masih berdiri walau pun tiada lagi sokongan oleh tiang serinya, Atap mulai bocor dan dinding sudah mula di jalari anai2 manakala tangganya sudah patah dan tidak selamat untuk di naiki. Ini bukan saja dari kalangan rakyat bawahan yg terpesona dan teruja dgn alunan poltik. Tetapi hingga ke peringkat menteri sampai ke Perdana Menteri sendiri terpaksa bercakap dan menaruh kebimbangan besar mengenai hal ini. Kerana itu dlm merasa mustahil semacam ada kebenaran, dlm tidak walang ada cemasnya. Kalau umpama 16 sept itu sebagai kapal dan penunggu (rakyat) itu sebagai pelabuhan, maka pelabuhan tetap menunggu kehadhiran kapal itu dgn penuh harapan. Justeru meskipun 16 Sept sudah berlalu, namun hakikatnya belum berakhir. Rakyat seharusnya menanti suasana sedemikian dengan iringan doa kerana itulah kehendak dan harapan mereka yg sudah kian lama terpasang. Rundingan yg beradap perlu disusun bagi mencerminkan bahawa kerajaan yg menanti adalah sebuah kerajaan yg menghormati nilai2 budaya dan keselesaan. Pakatan Rakyat tidak boleh mengikuti lunas2 rempohan dan kekasaran seperti negara2 jiran Thailand atau Filipina dgn secara militan. Cahaya kehendak rakyat itu sudah hampir dan akan menerangi suasana kemuraman.

Wednesday, September 17, 2008

SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN DI TOLAK ABDULLAH

Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau. Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).
Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.
Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain.


PM Tolak Sidang Tergempar Parlimen
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan."Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober depan.Awal hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.Katanya, beliau telah membuat permohonan rasmi meminta supaya diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah, selewat-lewatnya pada 23 September.Abdullah juga bekata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "terhadap Anwar atau sesiapapun".Abdullah kini berdepan dengan usaha Anwar untuk mengambil alih kuasa melalui penyertaan ahli-ahli parlimen BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.- ULASAN : Dolah mana nak lepas.... sebab dia tahu, semua orang tak suka dia!!! Namun, Dolah lupa.... Beliau pun pernah angkat sumpah jadi Perdana Menteri sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 pada 8 Mac diumumkan!!! Dolah perlu ingat, tanpa sidang parlimen pun, Anwar dan Pakatan Rakyat boleh membawa perkara ini kepada Majlis Raja-raja Melayu...... Wartawan bertanya Anwar, Pak Lah tak percaya kepada Anwar dan ada ahli parlimen UMNO yang melompat. jawab Anwar, Kalau tidak percaya adakan sidang parlimen tergempar! Ulasan kami sebagai rakyat Malaysia, Jika Pak Lah sebagai perdana menteri yang berwibawa dan tidak berbohong dan ingin meningkatkan imej UMNO dan Imej dia sendiri, Kenapa tidak lakukannya. Adakan siaran langsung sidang parlimen tergempar. BUAT UNDIAN SIAPA YANG SOKONG BN DAN PAKATAN RAKYAT...supaya RAKYAT MALAYSIA TAHU SIAPA YANG BERBOHONG, SAMAADA ANWAR ATAU PAK LAH.... Jika Pak LAh berdolak-dalik atau flip-flop..Nak guna ISA... dan sebagainya ... aku yakin Anwar dipihak yang benar.... Dan Pak LAh kenalah buktikan bahawa Anwar berbohong... Janganlah kata saja tapi habukpun tarak... Saya bimbang kalau Pak Lah tidak buat begitu sikit masa lagi orang akan kata Pak Lah gila Kuasa, sebab dah tak cukup majoriti diparlimen masih nak memegang kuasa. Ianya bolehlah diibaratkan dah kalah 4- 3 dalam perlawanan bola sepak tapi dia kata dia menang walupun dia dapat 3 gol saja... kami pun desak jugak Abdullah, apa yg nak ditakutkan kiranya MP masih bersama2 Paklah. malu betul , Abdulah sebagai ahli Umno, keputusan yang senang nipun perdana menteri tidak tahu nak lakukan... jika dia benar Anwar berbohong. Sebab isu ini isu besar... Kita mahu lihat jika Pakatan Rakyat keluar dewan dengan malu tidak tahu nak letak dimana atau sebaliknya Umno yang malu.... Beri pandangan saudara...

Pakatan Rakyat KP Mencabar Dakwaan Hassan Malek


KENYATAAN YB DATO' HASAN MALEK MEMALUKAN
YB Dato' Hasan Malek yang membuat kenyataan di TV 3 hari ini 16hb. Set 2008 melalui Buletin Utama sangat memalukan seluruh masyarakat Kuala Pilah. Beliau menyatakan bahawa beliau telah disogok untuk meninggalkan UMNO dengan wang dalam PilihanRaya yang lalu bagi kali pertama dan kali kedua baru-baru ini. Beliau menambah, beliau menolak tawaran dari Parti Pembangkang kerana sayangkan UMNO dari dulu, kini dan untuk selama-lamanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau mempunyai maruah diri dan tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut.Kita melihat kenyataan beliau itu semata-mata kerana bimbang gelombang peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Gelombang haru-biru yang kita sebutkan dalam rencana terdahulu sudah melanda seluruh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional, tidak terkecuali YB Dato' Hasan Malek. Sebab itu kenyataan beliau di TV 3 dilihat sebagai sangat merapu.Bagi mempertahankan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat khususnya di Kuala Pilah kita akan meminta YB Dato' Hasan Malek bertanggung jawab atas kenyataan tersebut."Jikalah benar ada wakil dari Pakatan Rakyat yang cuba menyogok YB Dato' Hasan Malek untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, yang ini merupakan mempunyai unsur-unsur rasuah, maka YB Hasan Malek diminta segera untuk membuat Laporan Polis dan Aduan kepada Badan Pencegah Rasuah bagi diambil tindakan undang-undang terhadap Perasuah tersebut."Kami amat percaya beliau tidak akan berbuat demikian, kerana beliau bukan tidak berpengetahuan, tetapi oleh kerana budaya yang sudah begitu sebati dan membelit diri begitu lama, maka beliau hanyut dengan permainan kotor tersebut. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kerana pangkat, jawatan dan seumpamanya, beliau tetap mempertahankan sesuatu yang rapuh dan longgar. UMNO sudah tidak relevan lagi, semua sudah mengetahui hakikat ini, sebab itu rakyat mula menolaknya dalam Pilihanraya umum yang lalu, tetapi kerana saki baki pangkat dan kedudukan serta jawatan masih ada, beliau terpaksa juga mempertahankan UMNO dengan hujjah yang kadang-kadang kelihatan sangat dangkal. Dulu, kini dan Selamanya, ayat tangkal azimat yang boleh menakutkan semua orang untuk meninggalkan UMNO yang bersifat mendahului Agama.Dalam situasi Peralihan Kuasa sekarang, bukan sahaja YB Dato' Hasan Malek dilihat membuat kenyataan merapu, malah Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang, bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, merangkap Pengerusi MUBARAK turut menumpang sama. Suatu ketika dahulu beliau turut memberi semangat kepada kita agar terus berjuang bersama DSAI dengan lanskap politik baru. Tetapi suaranya mula berubah apabila dianugerahkan Tan Sri oleh kerajaan tahun lalu.Maka benarlah dalam sebuah hadits Nabi SAW menyatakan bahawa kalungan pingat itu umpama kalungan syaitan yang membelit diri.Rakan-rakan Pakatan Rakyat di Jemapoh tempat berdirinya YB Hasan Malek memanggil kita untuk membincangkan perkara ini. Jumpa lagi.
Posted by Hazman Hashim at 09:46 0 comments

Apa Muslihat Abdullah Ambil Alih Tentera




Dlm situasi yg amat tertekan oleh Najib, Mayuddin dan Mahader, dan terkini surat temu janji oleh wakil Pakatan Rakyat bagi membincangkan peralihan Kerajaan Pusat. Berkemungkinan Abdullah mengambarkan bahawa kedudukan beliau tidak lagi selamat. Setiap sudut dia serang dan di aibkan dgn cubaan yg cuba jelmakan oleh Barisan kabinet beliau sendiri akan kelemahan pengurusan pentadbiran negara dlm waktu ketika ini. Sekiranya, mana2 kumpulan yg di dapati cuba mengambil alih teraju beliau, maka akan di wujudkan suasana ketidak selesaan rakyat dgn mendakwa bahawa negara kini telah di ancam dari kestabilan politik dan ekonomi yg rapuh kononnya. Beberapa tokoh Provokasi telah di tampilkan termasuk dari Bukit Bendera yg di cipta untuk menimbulkan ketegangan kaum, sayangnya tidak mendapat layanan dari rakyat yg cukup matang dan dewasa dgn permainan kotor ini. Dengan kegagalan strategi ini, di alih pandangan ke beberapa individu pimpinan politik, wartawan dan blogger dgn penahanan tanpa bicara ISA. Apakah rakyat tidak pernah belajar dari keadaan kelam kabut ini? Adakah pertukaran ke Menteri Pertahanan, taktik terbaru meletakan negara dlm MAGERAN dgn Tentera akan mengambil alih Kerajaan. Mungkin juga taktik ini salah satu jalan pintas yg dapat menyelamat kekuasaan Abdullah. Dan mungkin ini jugaklah satu strategi yg memberi amaran kepada kumpulan yg cuba2 bercakap2 peralihan kuasa maupun menegur akan kelemahan pertadbiran beliau, Terlalu banyak agenda2 yg belum sempat di bereskan. Apa akan jadi dengan projek mega yg telah di atur sejak tampok pemerintahan negara dapat dlm genggaman. Tersepit dan tertekan dgn kumpulan ini, lebih baik bersiap sedia dgn memegang sendiri Jabatan Keselamatan Negara ini lebih awal sebelum ada orang lain yg menggunakan. Dan sebelum terlambat, KJ harus diketengahkan untuk melindungi beliau kelak. Sebab itu sebentar tadi, dgn pantas KJ membuat sidang akhbar, mencalonkan diri untuk menerajui Pemuda Umno dlm persidangan pemilihan Umno nanti. Kumpulan Mahader melalui anaknya Mukhriz dan Khir toyo perlu di sekat seawal yg mungkin. Kelemahan ayahanda Abdullah perlu ditutup serapi2nya dari pencacai2 ini. Kekuatan pengaruh DSAI dan Pakatan Rakyat perlu dimatikan segera dgn menghantar ke Kemunting. Pelbagai percubaan sebelumnya untuk menjatuhkan pengaruh DSAI, Liwat, agen Yahudi, pengkhianat bangsa, telah di makan sumpah dan semakin memberi impak yg teruk dan buruk terhadap imej UMNO itu sendiri. Semuanya gagal. Membawa Ezam ke Umno semula, sumpah saiful dan merapunya Nalakaruppan, lebih banyak melemahkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Pendedahan konspirasi ke2, akan lebih terserlah lagi dan akan terbukanya aib ciptaan sendiri jika pendakwaan Liwat Anwar ini di bicarakan di mahkamah 24 sept ini. Sudah berbagai2 taktik yg di cuba, semuanya gagal untuk mempengaruhi rakyat. JADI APA JALAN YG TERBAIK?. ISA. ........ Insyaallah.... Allah sendiri ada perancangannya. Reformasi'''' Takbir'''

Abdulah Badawi Enggan Bertemu Ds Anwar



Rabu 17 September 2008 16 Ramadhan 1429 Hijrah
Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan

PETALING JAYA, 16 Sept- Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.
Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.
Katanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.
"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.
Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.
Menurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.
"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.
Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.
Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.
Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.
Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.
Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.
Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.
"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar
Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.
"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya. -

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz di Tahan Polis


Seorang lagi blogger ditahan Sep 17, 08 6:38pm Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini. Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya. kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa. Mereka turut merampas laptopnya. Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan. Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana. Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan. Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Monday, September 15, 2008

16 sept. Perjumpaan DSAI dgn Abdullah Melahirkan Hasrat Rakyat.


Sebentar tadi sewaktu ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sempena Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Merdeka, dengan kehadiran penyokong yang penuh membanjiri stadium tersebut sudah pasti dengan tujuan untuk mengetahui perkembangan penubuhan kerajaan baru 16 September ini.
Ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi. Anwar berkata, pihaknya mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sebagaimana dijanjikan. Ternyata rata-rata yang hadir amat berpuas hati dengan jawapan di beri. Dato Seri Anwar Ibrahim juga akan memberitahu hasratnya berhubung Penubuhan Kerajaan Baru sebentar lagi.
Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Kata Anwar, tindakan beliau ini bukan untuk merampas kerajaan semasa tetapi mahu mengikut kehendak rakyat yang inginkan perubahan : Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok? Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat. Difahamkan sidang media akan diadakan sama ada pukul 11 pagi ataupun 3 petang esok. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan. Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet."Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan," katanya. Kata beliau, kerajaan persekutuan yang baru tidak akan dibentuk secara rasmi esok tetapi ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Kata beliau, antara pukul 1.30 dan 1.45 tengah hari ini seorang Ahli Parlimen bertaraf menteri telah menemui Anwar."(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata Tian yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar. Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September. Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Beliau juga lagi sekali mengingatkan janji beliau di mana tubuhnya kerajaan baru kelak harga minyak akan di turunkan dan tahanan ISA akan mendapat pembelaan yang sewajarnya di samping memperbetulkan sistem perundangan di negara ini yang semakin ke lembah kehancuran. Seramai 40 ribu warga Kuala Lumpur telah membanjiri Stadium Kelana Jaya.Mereka datang untuk menyambut hari MERDEKA MALAYSIA - Warga - tua muda dan kanak-kanak telah hadir. Minah cun, Mak cik bergetah, Pak cik berketayap, berkain tudung labuh, berscaft kepala, bertali leher, berdasi dan berjaket, baju batik dan baju t, jean biru, jean koyak - semua hadir.Tempat letak telah muntah dengan kereta. Mat Rempit bertaburan.Inilah kali pertama rakyat menyambut semangat MALAYSIA MERDEKA!

Angin Suram Yg bertiup Kerajaan UMNO




Kelihatan angin suram yang berlaku di dalam parti United Malays National Organization atau si alif, min, nun, wau telah bertukar menjadi ribut taufan yang bukan sahaja terkena kepada puak-puak UMNO, namun, ianya telah dibiaskan juga kepada kelompok-kelompok dalam parti Pakatan Rakyat. Strategi UMNO yang sering kali mengambil PAS sebagai barang mainannya tatkala UMNO yang semakin suram selepas dihentam Ombak Tsunami pada pilihanraya ke-12 terus berhumpas pulas untuk mengambil PAS sebagai patung-patung mainan bagi meneruskan kuasa kuku besi tanpa had dan batasan. Lukanya semakin melebar dan kini menjadi barah, selepas tumbangnya keganasan Kerajaan BN sewaktu P/raya kacil P/Pauh tempohari. Tarikh 16 September 2008 akan menjelang 4 jam lagi, UMNO semakin kalut mencari2 talian hayat mereka yang terakhir dengan berusaha mencari alat mainan yang selama 50 tahun mereka jadikan patung-patung mainan atau mainan LEGO dalam mengisi kekuasaan mereka, UMNO sedaya upaya telah gagal, namun taktik kotor UMNO yang selama ini diketahui rakyat Marhaen terus digunakan tanpa batasan. Memecah belahkan kesepakatan rakyat, menyuap mulut dgn rasuah dan fiftnah, menakut2kan dgn akta ISA. Malah badan kehakiman dipergunakan sebagai senjata untuk berkuasa dan menghukum dgn sewenang2nya. Dasar kesejahteraan yg sepatutnya ditumpukan untuk rakyat dan Negara, kini semakin hilang tumpuan. Perebutan kuasa antara mereka semakin parah. Bagi mereka, berkuasa adalah kiblat yg utama. Dengan kuasa, negara ini telah menjadi hak mutlak yg akan ditadbir tanpa mengerti istilah peradapan. Namun, walau apa pun yang bakal terjadi, malam ini, satu Perhimpunan menyambut Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya, Selangor sedang berlangsung disamping akan menyaksikan satu lautan rakyat Malaysia yang menyokong tsunami besar politik Malaysia bagi menjatuhkan dan menghukum kerajaan zalim UMNO dan BN ini. Walaupun secara rasminya, kerajaan UMNO di bawah rejim Dolah Badawi ini tidak akan tumbang pada keesokan hari, isyarat awal Tsunami telah pun berlaku semenjak di awal bulan September lagi sehingga menyebabkan 49 MP Barisan Nasional terpelanting ke Taiwan dan terus terpelanting ke Hong Kong. Sekuat mana pun strategi kotor UMNO ini dengan kekejamannya yang telah berlaku selama 51 tahun, rakyat sedikit pun tidak berganjak untuk melayan provokasi demi provokasi yang telah direncanakan oleh Abdullah Bedawi dan juak2nya.. Apa yang penting ialah, pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat tarikh 16 September menjelang pada malam ini akan merubah satu mimpi yang selama ini dikatakan oleh si jahat UMNO, akan menjadi realiti kepada seluruh warga Malaysia. InsyaALLAH, usaha keras rakyat Malaysia selama ini mendokong dan menyokong perubahan ini akan tercapai akhirnya walaupun banyak liku2 yang harus ditempuhi. Semoga kita bersatu di bawah perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di bawah satu niat yang sama, iaitu menolak kezaliman, menolak ketidak adilan dan merobah satu pentadbiran yang hingar bingar dan tempang selama ini di bawah kerajaan UMNO ini. ke arah satu sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang lebih baik, jujur, telus dan mempunyai akauntabiliti yang cemerlang. Semoga niat baik kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T. dan semoga kita bersama-sama memajukan sebuah negara Malaysia ini ke arah keharmonian dan kesatupaduan kaum yang bertunjangkan agama Islam yang syumul, harmoni dan bukannya ISLAM HADHARI!!!LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Debaran Malam Kemerdekaan Malaysia




Monday, September 15, 2008

HOTT!! Anwar Buat Pengumuman Penting Esok!!
Esok adalah saat dan hari yang amat dinantikan. Tidak sampai 6 jam lagi kita akan memasuki 16 September tarikh yang amat merimaskan Pak Lah dan BN sejak 6 bulan lepas. Apakah esok sinar dan sang suria yang diimpikan segenap rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Sehari dua ini Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terutama pemimpin PKR menyatakan kemungkinan 16 September kerajaan baru tidak dibentuk namun pelan peralihan tetap berjalan di atas landasan betul. Ramai sahabat-sahabat sebenarnya tidak sabar-sabar hendak mengetahui perkembangan terakhir isu ini. Kata mereka, kalau boleh mereka nak pusingkan jarum jam supaya berjalan dengan pantas jadi cepat mereka sampai ke destinasi 16 September. Namun esok tetap akan ada dan kita akan sampai juga. Seperti yang dinyatakan tadi riak dan bayangan ke arah pembentukan kerajaan baru jelas. Mstar melaporkan bahawa kenyataan ini ada benarnya di mana riak dan bayangan mula kelihatan apabila petang ini Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua berkata Penasihat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat. Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya. Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini. Sementara itu, Naib Presiden (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yang akan menyertai parti menyertai Pakatan Rakyat. Jeffrey juga berkata Pakatan Rakyat amat berhati-hati dalam Perkara penting begini sebab itu ianya mengambil sedikit masa. Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok (bukan malam ini).
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
Sumber Berita:MSTAR

KEJUTAN MAHA DAHSYAT AKAN BERLAKU MALAM INI

Sesuatu yang tidak terduga oleh pengampu Pak Lah apabila Anwar Ibrahim akan mengumumkan ahli BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat pada akhir ucapan beliau malam ini yang menyaksikan keesokannya akan berlaku perubahan kerajaan BN ke Pakatan Rakyat. Semua ahli BN akan keluar dari "persembunyian" apabila Anwar umumkan nama mereka malam ini. Kenyataan Anwar sebelum ini yang mengatakan bahawa beliau terpaksa menunda tarikh asal ke tarikh baru adalah strateginya untuk melekakan pemimpin BN yang terus dibuai mimpi agar mereka tidak terlalu menumpukan perhimpunan pada malam ini. Strategi pertama Anwar telah berjaya apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang kononnya perubahan kerajaan tidak berlaku esok membuatkan Polis meluluskan permit perhimpunan pada malam ini dan seterusnya kejutan "istimewa" akan berlaku pada malam ini. Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia By Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam. Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September. Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir. Sumber Berita: Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim reformasi Mon Sep 15, 2008 12:30 pm

Sunday, September 14, 2008

Ujian Dan Kesabaran Yg Perlu Di Tempuh Membentuk Kerajaan Merdeka

Iringi doa dengan Penuh Kesabaran







Di Harap semua rakyat Malaysia dapat sama-sama berdoa akan sebuah kejayaan yang penuh bermakna bagi rakyat ini demi kesejahteraan negara Malaysia di masa akan datang. InsyaALLAH, tinggal 2 hari lagi untuk kita melangkah tarikh penuh makna, 16 September 2008.

Bila Agaknya Anwar Ibrahim Berjumpa Agong. AHAD, September 14 @ 15:11:04 "Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kelihatan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya semakin hampir setelah pertemuan MP-MP daripada Pakatan Rakyat ke Taiwan telah berjaya mencapai objektif dan misi mereka. Mungkin, sejumlah lebih daripada 112 tandatangan Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah berjaya dikumpul dan ianya telah di senaraikan....Namun, apa yang masih menjadi satu misi klimaks kepada perubahan atau Tragedi 916 ini adalah pertemuan antara Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk di bawa usul ke Parlimen dan seterusnya penyataan rasmi perletakan jawatan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.Namun, garis sukar ini semakin mudah walaupun penuh dengan ranjau duri yang dicipta oleh Dolah dan sekutu UMNO dalam menyekat gelombang 916 ini. Apa yang pasti, kemaraan Pakatan Rakyat bukannya omongan kosong seperti yang diwar-warkan oleh media arus perdana UMNO, namun ianya adalah hakikat yang pasti dan harus diterima oleh gagasan United Malays National Organization ini dengan professional.Tindak-tanduk UMNO telah tampak terang, jelas, lagi nyata tak professional dalam beberapa hari kebelakangan ini dalam memaksa rakyat menerima kekuasaan milik UMNO. Namun, tindakan provokasi demi provokasi UMNO tampak tidak berjaya dan ianya adalah sesuatu yang memalukan dalam sejarah pentadbiran Malaysia di mata dunia.Mungkin besok atau lusa, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam merealisasikan harapan rakyat ini. Tunggu.......
"Sabar sebahagian daripada Iman" -
Berita Dari Taiwan : Wakil PKR Lewat Pulang Kerana Taufan
14-09-2008 05:38:27 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah...terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).“Hari ini ada taufan di sini...sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.-Sumber Berita: Mstar

Majlis Berbula Puasa 20hb sept 2008





Dengan hormatnya Pejabat Pakatan Dun Juasseh menjemput Jemaah Dun Juasseh dan Parlimen Bahagian Kuala Pilah ke Majlis berbuka Puasa :



Pejabat Pakatan Dun Juasseh (Lot 1871 Taman Jemapoh Indah) Tarikh : 20hb Sept 2008 ini. Semua AJK di pohon membuat sebaran untuk kesemua Jemaah Zon (1) DAN Zon (2) . Sehubungan itu segala bentuk sumbangan amatlah di alu-alukan. Sila bertemu Bendahari Saudara Helmi. Saudara Mizan (Media) dan Setiausaha Rozaini/Rosli hantar maklumat kepada saudara2 kita dan jangan lupa saudara2 yg bertugas luar Negeri Sembilan. Seperkara lagi, yg berkesempatan sama2 lah kita ke Stadium Kelana Jaya dlm satu Majlis berbuka puasa bersama DSAI dan Tuan Guru Hj Hadi 15hb Sept ini. Satu pengumuman Penting oleh Para Pemimpin Pakatan Rakyat dan akan di hadiri ratusan ribu para reformis dari setiap pelusuk negeri untuk bersama2 mendengar amanat tersebut. Dengan iringan doa, moga Allah memberi petunjuk kemelut derita rakyat ini.

Friday, September 12, 2008

Gempar!!! Saiful Akan Membuat Pengakuan Ada Konspirasi???


GEMPAR!! Saiful Mengaku Dipaksa ‘konspirasi’?
Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!
Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal “mangsa liwat”, Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan “drastik” dan “pasti menggemparkan”!!.“pihak-pihak tertentu” untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh
Apakah ini petanda baik yang “agenda 16 September” bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari “lamunan”. Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.
Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan “terbongkar”. Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.
[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]

31HB OGOS & 16 SEPT Wajar Di Martabatkan




16 September wajar dimartabatkan – Prof Khoo Kay KimKhamis, 11 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Eksklusif, Liputan Khas, Nasional
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.
SK: Prof membuat kenyataan dalam media arus perdana baru-baru ini bahawa 16 September tidak harus diraikan sebagai hari hari besar kerana telah ada 31 Ogos?
Prof Khoo : Ha ha ha( ketawa kecil)… itu yang saya hairan, ada wartawan yang telefon saya tapi yang dia tulis lain dari apa yang saya cakap. Dia (wartawan arus perdana) tanya saya, apakah saya setuju dengan saranan Anwar supaya 16 September di jadikan sebagai hari cuti umum sebagaimana 31 Ogos. Saya jawab lain tapi dia tulis lain.SK : Apa jawapan ProfProf Khoo : Saya kata dua tarikh itu berdasarkan fakta sejarah adalah penting dan wajar di rayakan sebagai hari kebesaran negara. 31 Ogos 1957 sebenarnya adalah tarikh British menyerahkan kedaulatan negara pada kuasa raja bukannya kepada orang tertentu sebagaimana di dakwa. Tetapi kemudiannya raja menurunkan atau memberikan kedaulatan itu kepada rakyat kerana kuasa tertinggi dalam Tanah Melayu pada ketika itu adalah Raja bukannya individu tertentu. Lalu mandat itu di terima oleh rakyat untuk di sambut sebagai kemerdekaan itu.
16 September pula adalah ulangan kita untuk mengingati tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 yang kemudiannya Tanah Melayu di tukar kepada Persekutuan Malaysia. Maka mengapa kita tidak boleh bertolak ansur untuk menjadikan 16 September sebagai sebahagian dari hari kebesaran negara. Kita mulakan dengan sambut 31 Ogos dan 16 September sebagai hari puncak perayaan. Dua minggu saja tempohnya dan hari mula dan hari terakhir di jadikan hari cuti. Bukan susah sangat.SK: 31 Ogos hari merdeka, 16 September apakah pula nama yang sesuai untuk diraikan?
Prof Khoo: Ha, ha ( ketawa kecil).. apa nama pun tak apalah, Hari Malaysia ke, Hari Persekutuan ke atau apa-apa sajalah tetapi mesejnya perlu jelas supaya rakyat memahaminya dalam kontek yang lebih luas.
SK: Maksud Prof
Prof Khoo : Sejarah Negara yang terhidang di depan kita selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia kita menemukan banyak jurang yang berlaku antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.Baik dalam kontek bahasa, budaya, ekonomi, pendidikan, perpaduan kaum, politik dan sebagainya banyak yang berbeza. Kita di semenanjung dengan kesemenanjungannya dan kawan kita di Malaysia Timur pula dengan cara mereka dan tidak ada titik pertemuan yang harmoni antara keduanya.Walaupun ada di bidang politik tetapi masing-masing ada agenda yang bukan bermatlamatkan penyatuan bangsa Malaysia tetapi lebih kepada kekuasaan dan pengaruh politik. Ini sebenarnya lebih memisahkan lagi.Kita di semenanjung ini pun dalam politik kita di pecah dan di pisahkan dengan kesukuan dan kebangsaan masing-masing. Maka lebih hebat lagilah jurangnya apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang turut di pisahkan lagi oleh Laut China Selatan.SK: Berdasarkan falsafah sejarah apakah mekanisma sesuai untuk menjadikan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak lebih bersatu dan ‘harmoni’?Prof Khoo: Kalau kita membicarakan soal 16 September, saya bersetuju 16 September di jadikan sebagai satu tarikh yang harus dikenang dan dirai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana 31 Ogos tidak sangat memberi signifikan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kalau ini berlaku saya rasa tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo itu oleh kerajaan pusat. Tetapi ini bukanlah jalan pokok ke arah itu tetapi ia boleh dijadikan simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik. Maka tidak salah kalau kita jadikan perayaan sempena 16 September sebagai satu titik tersebut.SK: Ada pihak menganggap menjadikan 16 September sebagi hari cuti umum sebagai hal remeh dan mencukupi dengan hari-hari cuti yang sedia ada?.Prof Khoo: Saya tidak berminat untuk bercakap hal politik tetapi dalam konteks sejarahnya kita tidak boleh meremehkan sejarah orang lain dan kesalahan yang lebih besar adalah kita memaksa orang lain menerima sejarah kita. Kita kena ingat bahawa sejarah memberi kesan yang besar kepada pelbagai disiplin hidup baik politik, ekonomi, sosial hingga ke pasaran saham. Banyak kegagalan pemimpin dunia dalam menguasai rakyat mereka di sebabkan mereka mengabaikan fakta sejarah. Sejarah juga membuktikan pemimpin yang meletakkan penguasaan kuasa di hadapan dan membelakangkan kedaulatan rakyat adalah pemimpin yang bersifat sementara.SK: “Perpaduan Asas Kejayaan” sebagai moto sambutan kemerdekaan baru-baru ini dianggap moto tahun 60′an dan tak wajar selepas negara merdeka 51 tahun. Prof setuju dengan saya?Prof Khoo: Saya setuju kerana berdasarkan status kedaulatan negara itu, perpaduan merupakan hiraki kedua selepas keamanan dalam piramid kemanusiaan. Tapi apabila kita meletakkan perpaduan itu sebagai satu ikon dalam kita memberi sesuatu manifestasi ia menggambarkan pemimpin negara tersebut sedang menghadapi masalah asas dalam mengurus tadbir negara dan rakyatnya. Ini kerana moto itu memberi makna atau bersifat kempen oleh kerajaan kerana ia sedang berhadapan dengan masalah yang menyebabkan moto tersebut disebarkan kepada rakyat.Pada pandangan saya, kita seharusnya telah selesai mengatasai masalah perpaduan setelah merdeka lebih 51 tahun tetapi saya hairan mengapa kita masih gagal menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum ini.SK: Andai 16 September berjaya di letakkan sebagai satu hari keraian oleh negara kita. Apakah moto perpaduan ini sesuai untuk dijadikan sebagai ikon sulungnya?Prof Khoo: Boleh juga kalau mahu kerana buat masa ini kita sedang berhadapan dengan mood perkauman yang memperlihatkan semakin menakutkan di mainkan oleh ahli-ahli politik.Ia tidak berapa ketara di Malaysia Timur tapi di semenanjung telah menampakkan putik-putiknya.Dalam teori sejarah keadaan ini di lihat sebagai fenomena melangkah kebelakang kerana macam saya sebutkan kita seharusnya menyelesaikan masalah perkauman ini dalam masa sepuluh tahun pertama selepas kemerdekaan tetapi kita gagal.Sistem pendidikan kita juga gagal, sistem sosial kita juga gagal, dalam ekonomi pun gagal malah banyak yang kita gagal sehingga kesannya selepas 51 tahun merdeka pun kita masih berhadapan dengan masalah asas iaitu perkauman dan perpaduan hingga ke saat ini.Walhal Penyata Razak 1956 dijadikan agenda perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan perpaduan dikalangan pelbagai kaum.Tapi hal ini tidak selesai sampai bila-bila pun apatah lagi apabila amalan ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai jalan mudah untuk berkuasa dan mendapatkan sokongan dari kaum yang diwakilinya. Sampai bila pun tak akan selesai.